Friday, January 30, 2009

Operasi Khidmat Masyarakat di Naka, Kedah

MT n AJK OPKIM 2009 yg gembira walaupun keletihan


Salam n salam sejahtera semua!!


Rasa2nya dah lama sgt aku x bercerita kat cni..utk pengetahuan semua, aku baru balik dari operasi khidmat masyarakat (OPKIM) yg dianjurkan oleh persatuan mahasiswa kedah UM yg diadakan di Desa Keda Bendang Tok Teri,Naka Kedah Darul Aman..aku n roommate aku, Dhila dok serumah masa kat sana.Kami dok umah ayah n mak angkat iaitu En.Yahya bin Yusoff n sekeluarga (Terima Kasih ayah mak sbb sudi amik nurul n dhila sbg anak angkat selama 6 hari 5 mlm..nurul mintak maaf kalo nyusahkan mak n ayah)


Ni la kampung Keda Bendang Tok Tri yg kami p..



Ni la famili angkat aku..verybig n hepi famili..love u all muah3


Aku rasa sedih sgt masa nak bertolak balik ke UM, maklumla dlm masa 6 hari ja aku jadi rapat dgn keluarga angkat serta org2 kmpung tersebut.Layanan yg diberikan mmg ok n org2 kmpung baik sgt2..Org2 kmpung byk berkorban masa, tenaga n wang ringgit utk kami semasa kami semua peserta2 OPKIM berada di sana.Jasa mak n ayah serta org2 kmpung akan dikenang smpai bila2 insyaallah!..Insyaallah kalo ada masa nurul p sana lg..


Selama 6 hari kat sana aku rasa mcm sekejap ja sbb setiap ari aktiviti kami penuh sgt2 sampai pkul 12 tngah mlm sehingakan x dak masa nak bersembang lama2 dgn mak n ayah angkat.Ada masanya plak rasa kehadiran aku membebankan mereka plak sbb mak kena masak n ayah plak sggup tggu kat surau smpai kami abih aktiviti sbb ayah tau kami tkut nak balik umah sbb jalan nak ke umah gelap x dak lampu jalan pun.Lumrah alam la tu kalo takut apa yg nak diherankan hehe..


Dlm OPKIM ni aku ditugaskan sbg bendahari n in-charge unit mknan utk VIP..so mmg busy sgt2 la aku..dah la unit mknan x dak ajk tersendiri, semua benda aku uruskan sendiri nasib baik aku ada kwn yg baik aku tarik ja depa utk tlg akuthanks sgt2 kpd dhila, dek nor n jannah sbb sentiasa tlg aku..kwn2 lain yg membantu pd 28hb pun x dilupakan gak..thanks ye semua sbb sudi membantu aku..


kami bertolak pulang pada 29hb pukul 3.30 ptg n sampai di Kolej 8,UM pukul 2.45 pagi..huhu mmg letih sgt2 tp aku bergembira dlm keletihan sbb berpuas hati prgram yg dijalankan sepanjang 27hb hingga 29hb berjalan lancar walaupun ada perubahan pada jadual prgram..Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat Illahi..




Ha..aku nak story kat korg semua ttg aktiviti yg dilakukan sepanjang 6 ari aku disana iaitu bermula 24 Januari hingga 29 Januari 2009..


Rombongan pertama termasuk aku sendiri bertolak ke Naka pada 24 Januari pukul 10.30 pagi dari Kolej 8, UM..kita hanya merancang Tuhan yg menentukan segala2nya..kami dijangka tiba di Naka petang dlm pukul 5 @ 5.30 petang tp spt yg dikatakan kita hanya merancang Tuhan yg menentukan, kami terperangkap dlm kesesakan jln raya yg mata dahsyat!kami tiba di Naka sekitar jam 9 mlm..aku n semua yg berada dlm bas tu dah letih merungut2 sbb terlalu lama berada di dlm bas..rombongan kami disambut dgn meriah oleh penduduk keda Bendang Tok Teri..walaupun mereka menunggu kami sejak dari petang lg ttpi sambutan yg diberikan kpd kami tidak sedikit pun menampakkan kekurangan walaupun kami tiba bukan on-time nak buat mcm mana kan bukan salah kami hehe..kami diberi mkn bihun goreng yg sejuk sbb bihun tu dimasak petang tadi tp oleh krn lapar kami mkn dgn penuh berselera walaupun bihun tu sejuk..:) selepas mkn, kami n penduduk kampung berkumpul di dlm surau utk pembahagian peserta kpd keluarga angkat..aku n dhila ditempatkan di rumah En.Yahya Yusof..rumah beliau bernombor 18 berhampiran dgn surau..kami pulang ke rumah pada pukul 11.30 mlm..mlm tu kami tidur pukul 12 lebih selepas berbual2 dgn ayah n mak angkat..keesokan harinya, iaitu 25Januari 2009 kami kena berkumpul di surau pada pukul 9 pagi utk meeting sblum rombongan kedua sampai n meeting sblum program yg dirancangkan dilaksanakan..pada tengah harinya pula, kami pulang ke rumah angkat masing2 utk mkn tengah hari dan solat zohor sblum berkumpul pula pada sebelah petangnya utk membincangkan perkara2 yg dirasakan perlu dibincangkan hehe..:) kami busy dgn meeting shja n pulang ke rumah pada sebelah mlmnya walaupun prgram x bermula lg..pada 26 Januari 2009, pukul 9 pagi kami berkumpul di surau n buat persediaan utk menerima kedatangan rombongan kedua yg dijangka tiba pada pukul 11 tengah hari..selepas rombongan para peserta tiba, mereka dibahagikan terus kpd keluarga angkat n selepas selesai acara pembahagian tersebut mereka pun pulang ke rumah angkat masing2 n kami diarah utk berkumpul semula di surau pada pukul 2 ptg utk persiapan upacara perasmian..aku,dhila n dek nor pergi ke rumah mak Jurinah utk menolong mak Jurinah masak mee goreng utk VIP mkn sbb itu mmg dibwh bidang tugas aku..upacara perasmian bermula pada pukul 3.30 ptg, aku, dhila n dek nor sibuk mengemas taska utk dijadikan tempat mkn VIP n alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik walaupun nampak agak kelam-kabut sbb kami x sempat nak hidangkan mee goreng sblum VIP masuk ke dlm taska tp everything was fine sbb ada usher lelaki yg bleh diminta tlg utk menuangkan air kpd VIP..kami bertiga mmg busy pada hari itu n ke'busy'an kami tidak berakhir pada hari pertama saja sbb kami akan melakukan perkara yg sama pd hari2 seterusnya utk menyediakan, menghidangkan, melayan VIP mkn n seterusnya mengemas semula taska tersebut slpas digunakan..hari pertama (26 Januari) berakhir dgn jayanya alhamdulillah syukur yg x terhingga ku panjatkan ke hadrat Illahi sbb perancangan kami berjaya n lancar..


Pada hari kedua iaitu pada 27 Januari 2009, pukul 8 pagi kami dah kena berkumpul di surau utk get ready utk prgram seterusnya pula..penduduk keda mmg byk berkorban masa n tenaga dlm membantu kami menjayakan setiap aktiviti..kami dibawa melawat ke ladang getah n utk pengetahuan semua, ni merupakan kali pertama aku masuk ladang getah n masa kaki aku melangkah dlm ladang getah tekakku mula terasa loya n spt semua mknan yg aku mkn waktu sarapan tu bagai nak keluar semuanya, tp aku bertahan n gagahkan diri n alhamdulillah aku berjaya bertahan sehingga akhirnya kakiku melangkah keluar drpd ladang getah tersebut..dlm perjalanan ke surau utk get ready tk aktiviti gotong-royong membersihkan kampun, surau n ada sebahagian drpd kami yg menolong penduduk memasak bubur syura n memasak utk kenduri sblum forum perdana bermula..pada hari kedua ni, prgram terbesar kami ialah forum perdana yg diadakan pada pukul 9 mlm..keda Bendang Tok Teri menyewa 8 buah bas utk menjemput penduduk2 drpd keda2 lain utk menghadiri forum perdana yg akan dijalankan pada mlm hari, penduduk keda Bendang Tok Teri mmg pemurah n baik hati krn sggup mengadakan kenduri utk menyambut kedtgan penduduk2 drpd keda2 lain..aku,dhila,dek nor n jannah mcm biasalah busy dgn penyediaan mknan utk VIP dan seterusnya mengemas semula taska slpas digunakan..mlm kedua ni kami balik rumah pada pukul 1 pagi..bayangkanlah betapa letih n busynya kami sepanjang OPKIM 2009 nie tp kami melakukan semua kerja dgn rela hati..:) kami busy sepanjang hari sampaila pukul 1 pagi selepas abis post-morterm yg membincangkan masalah2 yg dihadapi pada hari tersebut n mengemukakan cadangan2 @ tindakan yg perlu diambil supaya prgram yg akan dijalankan pada keesokan harinya tidak menghadapi sebarang masalah..


Pada hari ketiga pula iaitu 28 Januari, kami semua membantu penduduk kampung memasak utk prgram terbesar kami iaitu Kenduri Rakyat..walaupun kenduri rakyat merupakan prgram kami ttpi dgn kerja keras pak lang @ lebih mesra dipggil abah, kenduri rakyat itu diadakan dgn duit yg abah terima drpd pejabt KEDA..alhamdulillah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 dgn org yg berniat utk melakukan kebaikan kpd masyarakat sekeliling tanpa meminta balasan..inilah bantuan yg Allah turunkan kpd kami di saat kami kekurangan dana utk menjalankan prgram Kenduri Rakyat ALHAMDULILLAH..hari ketiga ni aku, dhila, dek nor n jannah agak relaks sbb dgn tiba2 aku dpt 4 org AJK utk menolong aku served mknan utk pekerja pejbat kesihatan yg dtg membuat pemeriksaan kesihatan percuma n mengadakan pameran kesihatan kpd peserta2 OPKIM serta kpd penduduk keda Bendang Tok Teri..hari ketiga juga berjalan dgn baik walaupun sukaneka yg sepatutnya dijalankan pada hari kedua ditunda n dibawa ke hari ketiga..sambutan yg diterima drpd kanak2 n org dewasa amat menggalakkan..pada mlm harinya, diadakan malam kebudayaan iaitu dgn diadakan pertandingan kanak2 terampil..seperti biasa kami semua boleh pulang ke rumah pada pukul 12 tngah mlm selepas post-morterm..


Pada hari keempat iaitu 29 Januari 2009 menjadi hari yg paling sedih bg semua peserta OPKIM 2009 krn hari ni merupakan hari terakhir kami berada di Keda Bendang Tok Teri..Kami berkumpul di surau pada pukul 8 pagi utk bersiap sedia sblum upacara penutup diadakan..upacara penutup berjalan dgn lancar walaupun terlewat drpd yg dirancangkan..selepas abis upacara penutup aku, dhila, dek nor n jannah x abis lg dgn kerja kami mengemas taska n aku meminta bantuan solah utk mencari 2 3 org lelaki utk menolong aku mengangkat n menghantar kerusi n meja yg digunakan ke surau semula..selepas abis semuanya kami bergambar kenangan dgn ahli keluarga angkat serta bergambar kenangan dgn MT,AJK serta peserta2 OPKIM 2009..walaupun selama 3 ari kami berjemur di tengah2 panas dan bermandi peluh tp kami semua gembira krn setiap prgram yg dirancangkan berjalan dgn lancar..utk pengetahuan semua, muka aku yg mmg sensitif dgn panas terik mentari telah mengelupas n berbelang hitam huhu sedih2..:( walaupun sedih aku tetap bergembira hehe {agak pening ayat aku nie..buat2 paham je la ye..:) } selepas selesai semuanya aku n dhila pulang ke rumah n menukar pakaian seterusnya mengangkut beg pakaian kami ke surau krn kami dijangka bertolak pulang dgn bas UM pada pukul 3 ptg tp terlewat setengah jam..kami semua bersalam-salaman dgn mak2 angkat n berpeluk-pelukan serta semuanya menangis krn sedih nak meninggalkan keluarga angkat walaupun baru mengenali semuanya selama 6 hari tp hbungan yg terjalin antara kami semua begitu mesra seolah-olah telah lama kenal..itu yg membuatkan kami semua sedih n berjanji akan dtg lg ke Keda Bendang Tok Teri InsyaAllah..kami bertolak pulang dgn linangan air mata kesedihan n pandangan kesayuan dilemparkan ke perkampungan yg aman itu..dlm masa 6 hari saja aku telah memperolehi kenangan yg terindah sepanjang hidup aku alhamdulillah aku bersyukur krn terpilih utk mengikuti OPKIM 2009 ini..


Kami sampai di UM pada pukul 2.45 pagi..setelah sampai bilik, barulah aku terasa keletihan yg teramat sgt..dlm keletihan itu, terselit rasa bangga krn ini merupakan kali pertama aku mengalami pengalaman sebegini n juga merupakan kali pertama semasa cuti aku x balik umah aku huhu..maknanya boleh buat catatan sejarah la hua3..:) riak keletihan jelas terpancar di wajah kami semua n di sebalik keletihan itu juga terpancar kegembiraan yg tak terhingga krn berjaya menjayakan prgram yg dirancang selama 4 hari di Desa Keda Bendang Tok Teri alhamdulillah..

Aku rasa setakat ni ja la catatan aku buat masa ni..insyaallah lain kali ada cerita yg best2 lg aku cerita kat korg semua ye..tggu kemunculan aku dgn cerita yg lain pula ye hehe..:) See U Again









Bersama dgn Pengarah OPKIM 09 bergambar dibwh terik matahari..:)

Monday, January 19, 2009

Pilihan Raya Kampus

Haihaihai...bertemu kembali hehe..dah lama rasanya aku x menulis kat blog ni..rindu plak rasanya..:) Alhamdulillah aku dah selesai menjalankan tanggungjwb yg paling besar iaitu mengundi amin! hehe..HA!!kali ni aku kembali dgn cerita panas yg melanda UM n U2 lain yg wujud scara sah di Malaysia hua2..kalo korg semua nak tahu, PRK di UM paling ganas la..seriously aku x tipu n aku sendiri mengalaminya tp alhamdulillah x teruk sbb aku kan lembut ckit so diorg x berani la nak kacau teruk2 sgt hehe (perasan sgguh la..)
ceritanya begini..
pada 18 januari 2009 pkul 11.00 mlm, aku n roommate aku telah diamanahkan utk mengedarkan flyers di floor A iaitu blok bilik aku yakni A100, A200 n A300..so kami berdua pun menjalankan tugas tanpa rasa ragu2 n takut2, actually aku sbenarnya penakut ckit tp aku tabahkan hati n beranikan diri alhamdulillah aku jadi berani :) masa dekat floor A100 aku n mmber aku perasan ada 3 @ 4 org penyokong pro-m mengintai2 n mengekori setiap langkah aku n mmber aku (mcm cerita seram plak huhu) diorg ekori kami berdua sehingga ke floor atas iaitu floor A300..nak dijadikan cerita, ada la sorg drpd penyokong tu yg mntak flyers drpd mmber aku n tanpa rasa syak wasangka mmber aku pun bg la flyers tu kat dia pastu dia kata x dak cop JTK n x bleh edarkan n dia dgn kurang ajarnya terus buang flyers tu ke dlm bakul sampah depan mata kitorg..kami berdua sabar lg n teruskan dgn keja kami..pastu penyokong yg extrem sgt tu ikut aku plak n terus rampas flyers yg ada kat tangan aku tanpa sempat aku masukkan bwh pintu bilik kat floor A200..3 kali dia buat mcm tu kat aku n aku masih sabar lg n mmg aku x nak cari gaduh n aku ni kan lembut ckit (sori ye perasan lg hehe) pastu dgn perasaan yg membuak2 marah aku terus menuju ke tangga n terus naik ke floor A300 n kebetulan aku terserempak dgn mmber aku iaitu Atikah aku terus ikut dia masuk bilik Rehan..aku n mmber aku borak2 dulu dlm bilik Rehan n cerita ttg apa yg kami alami kat depa n depa pun apa lg terkejut beruk la (tp x jdi beruk lg hua3, sori ye kwn2) kami berdua dinasihatkan oleh depa supaya bt x tau ja n terus edarkan flyers lg..penyokong2 pro-m yg fanatik sgt tu terus ekori kami tp alhamdulillah aku sempat edarkan flyers ke 10 buah bilik..tp terjadi 1 peristiwa yg melibatkan Dhila iaitu mmber aku yg sama2 bertugas dgn aku tu, flyers kat tangan dia diragut dgn kasar oleh penyokong fanatik tersebut yg bernama Izzati (kalo x silap la, x dak masa aku nak ingat nama org yg x bertamadun mcm tu) tp alhamdulillah mmber aku pegang flyers dgn kuat n dia x dpt la ragut..dia marah mmber aku katanya 'ni x dak cop JTK mana bleh edar!' mmber aku dgn bengangnya terus sembur dia n ajak dia jumpa dgn Mila iaitu setiausaha JTK (alhamdulillah kebetulan Mila ada kat situ sbb ada org call dia gtau pasal hal ggu-menggu ni..kesimpulannya, Mila amik nama dia n nama mmber aku skali..saja ja nak mengaburi mata dia hehe rahsia2..diorg ni mmg main kotor la..flyers diorg pun x dak cop JTK gak setiap pagi penuh dlm bilik diorg lg main kotor beberapa hari sblum PRK diorg dah edarkan siap edar pagi2 buta lg time org tengah tidur..kami edar flyers scara terang2an org x tido lg..berani krn benar, takut krn salah!!
Eh! ok la ye aku ada latihan sofball plak ni huhu nnt lambat plak..insyaallah kalo ada kesempatan aku bercerita lg kat korg..wassalam

Friday, January 9, 2009

POSITIVE SELF-TALK

- I control my thoughts, emotions and actions
- I am a good, valuable and worthy person
- I am capable of achieving the goals that I set for myself
- I love myself so much
- I am responsible to myself
- I learn from mistakes and I can find opportunities for improvement and growth
- Everyday I am becoming more knowledgeable, more aware, more caring and more in control
- Regardless of what happen in my life, I have decided to be HAPPY

10 Tips To SUCCESS

- REMEMBER GOD
- NEVER HURT YOUR PARENTS
- STUDY SMART
- INVOLVE WITH SOCIETY
- GOOD RELATIONSHIP WITH YOUR FRIENDS
- PRAY
- CONFIDENCE
- BELIEVE IN YOURSELF
- NEAT AND CLEAN
- RESPECT OTHERS

Kenangan Terindah


Hmm kali ni aku nak story kat korg ttg kenangan terindah yg ada dlm hidup aku n yg paling x dpt aku lupakan sehingga hari ni..Kenangan terindah itu terjadi semasa aku dlm tingkatan 6 di Sek.Men.Kebangsaan Tinggi BM..Kenangannya ialah ketika pertama kali dlm hidupku aku dpt ramai kwn n aku mmg gembira sgt2..1st time dlm hidupku dikelilingi oleh ramai org yg bleh digelar kwn n sekaligus sahabat..antara kwn2 ku ialah farah,ija,ros,fazilah,hasliza,norizan,ida m,ida c.a,zila,hajar,wani,ruhi,aid,fitri,syafiq,ucop,prakash,vimal,sha'a,wandy,hafizudin n bleh dikatakan student yg berada satu kelas dgn aku ialah kwnku..bleh x korg bayangkan betapa ramainya kwn aku..dlm kelas aku tu ada lebih kurang 40 org pelajar n semuanya kwn aku hehe..mmg best sgt2 n aku terharu sbb diorg semua x memilih kwn mereka kwn dgn sapa ja tanpa memikirkan kepentingan org tersebut kpd mereka..mereka kwn dgn org tersebut tanpa faktor lain melainkan krn diri org tersebut..mereka mmg x hipokrit n semuanya baik..
Aku paling terhutang budi kpd farah n ayah mak farah serta ida m,ida c.a, n hajar sbb depa x kisah antar aku balik umah lepas sek kalo bapak aku busy n x bleh amik aku kat sek..walaupun jalan ke umah aku bertentangan dgn jalan ke umah mereka tp mereka sanggup gak antar aku..aku bleh balik naik bas sek tp masalahnya kalo aku naik bas sek maknanya pkul 3 la baru aku sampai umah..so sbb tu la mereka sggup antar aku..aku slalu gak balik naik moto dgn hajar n ida m..mmg aku terhutang budi sgt2 dgn mereka sbb mereka terlalu baik..mintak tlg bila2 masa pun mereka x kisah sgt..
Masa tu walaupun pk subjek semua susah n berat tp aku x brapa risau sgt sbb aku ada kwn2 yg membantu n sama2 belajar mengharungi kesusahan tu..kami slalu rehat sama2 n bayangkanlah hampir2 10 org mkn kat meja yg sama..meja mkn tu mmg geng2 kami ja yg control hehe n yg paling best kami akan mkn mknan yg sama cthnya kalo sorg mkn nasi semua org akan mkn nasi n kalo sorg mkn bihun sup semua org akan mkn bihun sup n kalo mkn roti canai pun mcm tu gak heehee termasuk la dgn minuman sama keadaannya gak..:) mmg hepi sgt2 time tu n geng2 kami gak la yg byk cakap masa cikgu x dak dlm kelas hua3..bisingnya kelas kami lebih dari pasar ikan samapi ke koridor bawah org bleh dengar kebisingan kelas kami :) kelas kami mmg terkenal dgn bising n kelas kami gak la yg bagus masa keputusan STPM diumumkan sbb x sampai pun 5 org student kelas kami yg x dpt sambung study kat U..mmg membanggakan walaupun cikgu2 selalu komplen yg kelas kami bising sgt2..Alhamdulillah aku n kwn2 dpt sambung study kat U n mmg sedih sbb kami terpisah..ada yg dpt tawaran kat USM,aku plak sorg2 kat UM,n selebihnya kwn2 aku dpt kat UUM n sorg kat UPM..
Bila terpisah ni mmg aku slalu terkenangkan saat2 indah kami kat sek dulu..kalo la bleh aku nak berkumpul kembali dgn kwn2 aku mcm kat sek dulu2 tp apa bleh bt kami dah jadi semakin busy n kalo nak berjumpa masa cuti pun susah sbb ada yg keja @ x balik cuti n sbgnya..aku plak kalo cuti aku free ja tp masalahnya aku x dak transport, kalo aku bleh bawak moto mmg aku p jumpa kwn2 aku..aku ni penakut ckit kalo nak bawak moto sbb tu jgn terkejut kalo aku kata yg aku x dak lesen moto lg huhu..nak bawak keta bleh tp x amik lesen sbb kesuntukan masa n aku takut nak p test huhu..aku ni mmg penakut sgt2 kalo berkenaan dgn hal yg melibatkan jalan raya..almaklumlah kan dah byk cerita pasal kemalangan yg membuatkan aku jadi lebih bertambah takut..
Tp, walaupun kami terpisah n jarang berjumpa kami x penah lupa utk menghantar berita melalui SMS ataupun phone call biarpun jarang tp kami mmg x penah lost contact..bleh dikatakan wku tau semua berita kwn2 aku..mmg susah nak dpt kwn mcm korg semua!!kat sini,aku slalu terluka dgn kwn2 aku n disaat2 aku sedih aku lg teringat kat kwn2 aku yg best2 n hepi go lucky semuanya..kami semua x penah ada masalah n x penah pun bermasam muka, x mcm kwn2 aku kat sini huhu sedih2..kwn2 aku kat sini slalu bermasam muka dgn aku n aku x tau plak apa masalahnya sbb depa trus hindarkan diri tanpa gtau apa2 kat aku..kalo dulu,kwn2 aku mesti akan terus gtau apa yg depa rasa x puas hati n aku bleh terima segala teguran kwn2 sbb hanya kwn2 yg kenal diri kita mcm mana sbb kita menghabiskan hampir satu hari dgn kwn2..so sapa yg lebih kenal akan kwn2nya?korg jawablah sendiri yea..:) tp walaumcmmanapun aku tetap bersyukur sbb aku dpt kenal ramai org n dpt tambah kenalan aku..Alhamdulillah Ya Allah, hambu-Mu ini bersyukur sgt2 sbb Kau memberi ku peluang utk berkwn n mendpt ramai kwn..walaupun berbeza sikap tp aku tetap syg semua kwn2 aku dunia n akhirat..jgn Kau pisahkan kami di dunia disbbkan oleh masalah2 yg dihadapi melainkan dgn kematian yg telah Kau takdirkan utk setiap hamba2-Mu, amin ya robbal 'alamin.

Thursday, January 8, 2009

Bingkisan Mutiara Kata


Biar KEPAHITAN itu pergi agar KEMANISAN mengisi,

Biarkan KEKECEWAAN berlalu agar KEGEMBIRAAN mewarnai,

Biarkan KEGELISAHAN lenyap Jangan kita hilang SEMANGAT,

Biar PENDERITAAN itu menyapa agar KEKUATAN kita jana semula,

Biarkanlah diri ini DERITA agar aku tahu KEPAHITAN DERITA ini,

Agar aku sedar KESENGSARAAN ini tak sama bahkan hanya secebis dari PENDERITAAN Rasulullah SAW,

Tuhan sesekali TIDAK MENZALIMI hamba-Nya

Tapi manusia yang MENZALIMI diri mereka sendiri,

Cahaya Kelam PAHALA DOSA berupaya memilihnya walaupun kadang kala tersasar lantaran PAUTAN NAFSU,

Namun...

Peluang dari-Nya sentiasa ada,

Namun...

Kasih dari-Nya sentiasa memayungi,

Diturunkan AD-DIN memperhalusi AKAL,

Dianugerahkan AKAL memperhalusi AKHLAK,

Dikurniakan AKHLAK mencantikkan PEKERTI,

Menjadi sebaik-baik Umat,

Tunduk sebagai Hamba,

Berjalan sebagai Khalifah,

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata IMAN,

Menyemai sepohon TAQWA,

Agar dapat berteduh dari kepanasan NAFSU,

Agar dapat berlindung dari angin hasutan SYAITAN,

Dalam mencari KEREDHAAN ALLAH SWT.

Bingkisan Untuk Seorang Kawan


Kawanku,
Persahabatn kita umpama air laut yg membiru,
Lautan bukan sentiasa tenang,
Kadangkala Tsunami melanda,
Kadangkala ombak memukul pantai,
Kadang kala pula ia tenang dan mendamaikan.

Kawanku,
Pahit,manis,masin harus kita tempuhi utk mengeratkan hubungan ini,
Semakin lama ku kenali dirimu,
Semakin aku menyayangimu,
Hanya Allah yg mengetahui ttg sayangku ini wahai kawanku.

Kawanku,
Aku sentiasa memohon kpd Yang Maha Esa,
Agar persahabatan yang dibina akan mendapat keredhaan dariNya
Di dunia dan akhirat.

Kawanku,
Satu yang ku pinta,
Seandainya diriku ini selalu menyakiti hatimu,
Ku pohon wahai kawanku,
Maafkanlah aku,
Aku mengerti...
Aku bukanlah seorang kawan yang baik.

Kawanku,
Aku berjanji padamu..
Aku akan cuba menjadi kawan yang baik,
Walaupun kau meninggalkan aku kerana orang lain,
Waluapun kau punyai kawan rapat lain selain diriku,
Ketahuilah wahai kawanku,
Aku tak pernah kisah,
Kerana aku sedar,
Siapalah aku untuk menghalangmu,
Satu pintaku..
Ingatilah aku walau dengan secebis ingatan,
Hargailah aku walau dengan secangkir senyuman dan ucapan,
Maafkanlah diriku ini,
Kau kawanku dunia dan akhirat,
INSYAALLAH

Kawan Ketawa @ Kawan Menangis?


Hmm..saya x tau mcm mana nak mulakan bicara ttg kawan..saya ada ramai kwn tp aku hanya ada beberapa org sahabat..erm nak tau apa bezanya kwn n sahabat?kwm ialah org yg ada dgn kita bila dia perlukan kita tp sahabat ialah org yg sentiasa ada dgn kita sama ada masa suka atau duka..pernah dengar pepatah "kwn ketawa senang dicari ttpi kwn menangis susah dicari".Ha,inilah yg membezakan antara kwn n sahabat.Kwn menangis ialah sahabat kita n org yg paling kita perlukan dlm hidup.Kwn pun kita perlukan tp kwn x dpt menjamin yg dia sentiasa di belakang kita semasa duka.Dlm 10 org kwn hanya x hairanlah jika hanya seorg yg menjadi sahabat kita.Sahabat sentiasa memberi sokongan sama ada mental @ fizikal.aku penah terbaca satu artikel yg aku pegang sehgga ke hari ini iaitu,jika anda mempunyai kekasih jgn lupakan kwn anda,jaga persahabatan sptmana anda berusaha menjga perhubungan dgn kekasih anda,jaga hati kwn sptmana anda menjaga hati kekasih,kwn lbih penting drpd kekasih sbb anda kenal kwn terlebih dulu drpd anda kenal kekasih,hati kwn lbih penting sbb jika anda melukai hati kwn anda akan kehilangan bukan seorg kwn ttpi lebih ramai kwn lg.Ingatlah bahawa persahabatan merupakan hubungan yg paling mulia di dunia.So,dptkah anda fikir,betapa pentingnya kwn @ sahabat?Kwn merupakan cerminan diri kita.Hanya kwn yg tau kelemahan kwnnya.Jadi,jika kita rasa x puas hati dgn sikap kwn kita,tegurlah dia dgn berhemah jgn hindarkan diri drpd dia sbb dia x tau apa yg telah dia bt sehgga anda menghindarkan diri dari dia.Ttpi sanggupkah anda menerima teguran dari seorg kwn?Saya sggup menerima teguran drpd seorg kwn sbb saya beranggapan teguran tersebut bukan utk menampakkan keburukan kita ttpi utk kebaikan kita jugak.Tp sygnya,kwn saya x penah berterus-terang dgn saya mengapa dia x bertegur-sapa dgn saya,mengapa dia bt ekspresi muka yg seolah2 x suka saya bergaul dgn dia n sbgnya malah kwn saya lebih suka mengutuk saya di belakang saya.Tindakan kwn saya itu menunjukkan yg dia lebih suka menonjolkan keburukan saya drpd menyimpannya sdgkan saya berusaha menutup keburukannya n menonjolkan kebaikan dia.Saya mmg sedih sgt bila tau yg dia kutuk saya.Saya ada satu rahsia..1 ari saya terbaca msg antara kwn saya n seorg lg kwn saya,antara kata2 mereka ialah "aku geram la dgn nurul mlm ni,dia over n tunjuk pandai n tunjuk dia amik tau semua perkara sampai sggup kata kat mmber sendiri,kesian .... merah muka dia".Yg seorg lg plak kata "dia tu bendahari ja tp memandai-mandai".Kisahnya begini,mlm tu meeting,saya hanya nakkan kepastian pengarah projek ttg hal kutipan tajaan saya x berniat pun nak kata ...x bt keja,saya dah mntak maaf dgn ... n dia kata dia ok ja dia x kisah pun lgpun mmg dlm meeting perlu ada persoalan xkan la nak setuju ja dgn kata2 pengarah,kalo mcm tu lebih baik x pyah bt meeting,biar pengarah ja yg bt keputusan n bentangkan ja kat AJK2 sbb xdak persoalan pun ttg setiap keputusan pengarah.Begitulah kata2 ...,dia sruh aku bersabar ja dgn setiap kata2 org sbb kita perlu jadi diri kita btpa nak ikut rentak org itu hipokrit namanya.Aku bersyukur sgt2 sbb ... paham objektif n tujuan meeting yg sebenarnya.Sejak dari hari tu, aku dah x kisah dah apa pun yg depa nak kutuk aku sbb Allah tau yg sebenarnya.Aku hanya berdoa ja semoga Allah maafkan segala dosa depa mengutuk aku.
Pada 7 Jan 2009 pkul 12 tngah hari...kwn aku si C ni kata kat aku cepat la amik sampul duit tu satg ilang plak n pada masa yg sama aku tngah berbncang perkara yg penting ttg projek dgn S so aku x la bg perhatian sgt kat kwn aku si C ni tp aku ada kata kat dia x pa org tu nmpak aku biaq la dulu ada org nak boh duit lg pastu dia tampar tgan aku mmg perit la rasanya n aku tngok dia dgn muka yg x puas ati ckit la..dia trus balik n ptg 7 Jan 2009 tu dia nmpak aku tp langsung x tegur aku..aku x kisah lah sgt tp besar sgt ka kesalahan aku smpai dia x mau bertegur sapa dgn aku??salah aku kah??Sehgga 8 Jan 2009, dia langsung x tegur aku n bila aku nak join diorg bersembang aku perasan mimik muka 2 org kwn aku yg penah ngutuk aku tu lain mcm ja..so sepanjang masa dlm kelas aku hanya mendiamkan diri sahaja..lebih baik mcm tu..biarlah depa bt apa yg depa suka..kadang2 aku merasakan yg aku hanya jadi kwn depa masa depa perlukan aku kalo x perlukan aku maka, lupuslah aku sbg kwn depa.Aku terima setiap ketentuan takdir dlm hidup aku..aku hanya berdoa agar Allah memelihara hubungan aku dgn kwn2 aku agar kekal biarpun lpas ni masing2 akan membawa haluan sendiri..
Semoga Allah mengampunkan semua kesalahan aku amin..bukan niatku nak membuka keburukan kwn sendiri tp aku hanya meluahkan perasaan sbb aku alone..disaat aku sedih n perlukan kwn, aku x dpt pun kwn tp masa gembira ramai kwn yg aku dpt..aku pasrah dgn segala ketentuan Allah..

Mak Bapak,along rindu sgt2 kat mak n bapak


Aku merupakan anak sulung dan juga anak perempuan tunggal dlm keluarga tp x lah manja biasa2 ja mcm anak2 yg lain gak..aku rapat dgn mak sbb aku kan perempuan, dgn bapak pun rapat tp kalo nak mntak duit @ apa2 yg aku nak mak msti jadi org tengah antara aku n bapak hehe kadang2 rasa lawak pun ada sbb aku tkut nak mntak trus dri bapak sbb kalo bapak tanya sbb-musabab aku nak benda apa2 ja aku msti terkedu, x tau nak jawab apa..aku membahasakan diriku sbg "cek" maklumla org penang la katakan..
Mak n Bapak merupakan insan yg paling aku sayangi dlm dunia ni..tp kan aku slalu bt mak n bapak rasa kecewa dgn sikap aku..ntah la aku x sedar apa sebenarnya yg aku slalu bt tp aku mmg merasakan yg mak n bapak rasa kecewa dgn aku..aku slalu bt apa yg aku rasa betol walau sebenarnya x betol..pendpt mak n bapak ttg sesuatu perkara slalu aku pandang remeh ja n aku slalu melawan cakap mak n bapak..pernah skali aku tengok mak nangis sbb aku merajuk n marah2 mak..aku terus mntak maaf kat mak n dgn senangnya mak memaafkan aku, hati seorang ibu mmg lembut n mudah ja memaafkan n melupakan kesalahan2 yg anaknya bt..aku slalu gak rasa x puas hati kat bapak sbb bapak slalu marahkan aku kalo aku bt keputusan ttg apa2 ja..aku sedar apa yg bapak katakan itu semuanya betol cuma aku ja yg nak tunjuk pandai n keras kepala..mak n bapak kan dah lama mengharungi dugaan n cabaran dlm hidup so mak n bapak dah ada byk pengalaman..setiap kata2 mak n bapak ada betolnya n ada sbbnya napa aku x bleh bt benda tu..semua tu menunjukkan betapa mak n bapak amik berat ttg kehidupan anak2nya supaya x terjerumus ke arah jalan hidup yg salah..setiap keputusan yg kita bt menentukan arah hidup kita di masa depan..xkan lah mak n bapak nak tengok anak2nya tersesat dlm kehidupan di dunia n akhirat khasnya..dulu, lepas ja SPM bapak suruh aku masuk Form 6 tp aku x mau sbb aku nak trus ke U ikut mcm kwn2, aku rasa kalo masuk Form 6 aku lambt masuk U n ketinggalan drpd kwn2 yg dah masuk U..tp bapak dgn sabarnya nasihatkan aku yg Form 6 lebih baik drpd U n dpt timba byk lg ilmu sblum masuk U..bapak kata lg yg Form 6 tu lg tinggi drpd diploma tp aku x percaya..walaupun aku menentang tp aku masuk gak Form 6 dgn keadaan terpaksa sbb bapak suruh..tp bila dah sebulan aku di Form 6 ramai cikgu2 yg bercerita ttg kelebihan Form 6 berbanding diploma barulah aku sedar semua yg bapak kata tu betol..kalo la bapak x paksa sgguh2 suruh aku masuk Form 6 aku x tau la kat mana aku skrang ni..Alhamdulillah dgn berkat kesabaran bapak n mak menasihatkan aku, aku skrang dah 2 tahun di UM..walaupun aku amik kos pengajian melayu tp aku dah cukup bersyukur sbb aku dpt melihat senyuman kebanggaan mak n bapak sbb aku anak sulung yg masuk U n seterusnya menjadi contoh kpd adik2 aku..skrang ni barulah aku sedar, apa yg bapak n mak leterkan dulu bukan nak bt aku jadi jahat tp sebaliknya nak jadikan aku insan yg berguna..aku dpt melihat senyuman mak n bapak setiap kali aku balik rumah..aku bahagia n bersyukur sgt2 Allah kurniakan aku seorg mak n bapak yg sgt prihatin terhadap kehidupan anak2nya..walaupun bapak aku seorg yg tegas tp aku sgt menghormatinya n menjadikan mak n bapak sbg idola aku yg paling aku sanjungi..MAK, BAPAK..CEK SAYANG SGT2 KAT MAK N BAPAK..cek janji lepas ni cek xkan bt mak n bapak kecewa lg dgn cek..cek berjanji yg cek akan menjaga mak n bapak lepas cek keja nnt INSYAALLAH semoga Allah memakbulkan permintaan cek ni, amin ya robbal 'alamin..