Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikaltetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Ibu Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
"Surah Al-Ahzab: Ayat 71 -
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
HIDUP MEMERLUKAN PENGORBANAN. PENGORBANAN MEMERLUKAN PERJUANGAN. PERJUANGAN MEMERLUKAN KETABAHAN. KETABAHAN MEMERLUKAN KEYAKINAN. KEYAKINAN MENENTUKAN KEJAYAAN. KEJAYAAN PULA AKAN MENENTUKAN KEBAHAGIAAN.
Wednesday, May 6, 2009
Andainya Perempuan Tahu.....

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
* Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...
* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
* Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..:)
* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Wanita itu Cantik

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkaumenangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti."
"Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menupang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."
19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa Wanita itu lebih makbul drpd lelaki krn sifat penyayang yg lebih kuat drpd lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah SAW akan hal tersebut, jwb Baginda ; 'Ibu lebih penyayang drpd Bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia-sia.'
2. Wanita yg solehah (baik) itu lebih baik drpd 1000 lelaki yg soleh.
3. Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis krn takutkan Allah. Dan org yg takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yg tinggal bersama2 anak2nya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dlm Syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (brg mknan dari pasar ke rumah lalu diberikan kpd keluarganya) maka pahalanya spt melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan drpd anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Alangkah bertuahnya kita dijadikan Allah seorang wanita.
Buat renungan bersama..
Saja Suka2..:-)
teringin sgt nak p tempat yg cantik mcm ni..Hai!!!! aku sbnarnya x tau nak btpa di pagi hari 6 Mei 2009 ni..pkul 2.30 ptg ni aku akan bertolak ke Sg.Congkak utk menghadiri prgram kepimpinan anjuran permadah UM..hmm aku x tau la mcm mana aku nak 'masuk' dgn geng2 permadah yg lain sbbbbb....aku ni lain ckit..aku ni kalo x kenai mmg malu tp kalo dah kenai aku ni jdi terlalu peramah la plak heheheh..nak bt mcm mana kan dah mmg mcm ni sifat yg Allah anugerahkan kat aku..aku bersyukur sgt2..:-) dulu...ada org kata aku ni sombong tp dia kata lpas dah start sembang dlm masa 5 mnit aku dah x bleh dok diam hehehehee..dah mmg sifat aku, aku mmg x reti nak start sembang dgn org yg aku x kenai..kalo ikut first impression org mmg depa akan kata aku ni sombong tp lpas dah start sembang msti depa kata aku ni mulut murai sbb asyik nak bercakap ja..mama aku kata aku ni radio buruk sbb ckap x henti2..aku stop ckap bila aku tidoq ja hahahahaha...cian suami aku nnt kena dengaq aku berleter sepanjang ari aman bila aku tidoq ja..;-) hmmmm apa la agaknya aktiviti selama 3 ari 2 mlm kat Sg.Congkak tu ek?aku x dpt bayangkan la..sku jdi mcm blurrr smpai nak bwak apa pun aku x tau..sbb kalo ada prgram apa2 kan kita akan dibgtau apa yg perlu di bwak n aktiviti2 apa yg akan diadakan..ni x tau apa2 pun..juz tau tmpat n pkul brapa kita akan dijemput hik hik hik dijemput beb..:-) ntah apa2 la..what ever ja la..;-)
Maaf ye entry ni boring sbb aku dlm keboringan tahap terlampau ni huhuhuhu..:-( aku x tau nak bt apa..nak tngok citer cina la lpas ni..pastu pkul 1 aku nak siap2 dlm pkul 2.15 aku p tggu la kat depan gate 8th kolej..Fauzan katanya nak mai amik (ntah la aku pun x kenai hahahaha)..jnji aku slamat smpai ke Sg.Congkak..aku x risau sgt sbb ada lg 3 org perempuan yg akan dijemput bersama2 dgn aku..
X sabaqnya nak tggu 9 Mei 2009..sbb aku akan keluar dari kolej utk bercuti selama 2 bulan yeh yeh yeh nak balik umah..tp dlm gembira ada sedih sbb aku x balik umah terus..mcm yg telah aku tulis dlm entry yg lepas aku nak p umah mak angkat aku dulu kat Kedah (aku kan anak angkat yg baik hehehehe puji diri sendiri lg..aku mmg sengal ckit kwek2)..
K la..aku x mau merapu panjang2..berdosa plak bt keja yg x berfaedah iaitu merapu ntah apa2 kat blog ni hohoh..nnt aku dok kat umah susah ckit la nak post entry setiap ari sbb aku kan anak yg rajin so busy tlg mama ja la hehehehe..sapa lg nak tlg aku ni anak tunggal perempuan..so mmg aku la yg kena tlg mama n aku suka bt keja umah terutama memasak hehehehe..sapa2 yg nak rasa msakan aku sila ke umah aku di Penang ye heheheh..:-) aku ciao dulu wassalam
Monday, May 4, 2009
Blurrrrrr....
Hahai..huhu napa ntah aku rasa amt2 boring rini..hmm bila busy study utk exam pun aku merungut n bila boring dok kat bilik x tau nak bt apa2 pun aku merungut ish3 aku ni x bersyukur lngsung dgn segala nikmat yg Allah bg Astaghfirullah ampunkan segala dosa2 aku Ya Allah..
So, rini 4 Mei 2009..seharian aku dok kat bilik..bngun tidoq tdi terus kemas2 brg yg ada ckit2 lg x siap kemas..pastu basuh baju yg aku pakai masa g dating hehehe pastu aku g mandi..dah wangi2 aku p tapau mknan kat dewan sbb bila bt byk keja aku rasa lapar sgt2 hahahaha..;-) lpas tu aku bukak laptop n online ja la..so dpt dirumuskan rini aku hnya online n layan baca cerpen kat http://penulisan2u.blogspot.com..hehehehe/ alhamdulillah at least dpt gak ilangkan boring n dpt gak jwb persoalan yg aku kemukakan sndiri iaitu apa la yg aku nak bt seharian kat bilik rini?hehehehe aku mmg suka bertnya kat diri sndiri n pastu bg jwpan yg kadang2 x msuk pun dgn soalan huhu..ntah apa2 la aku ni..pening2..:-)
Esk, 5 Mei 2009..aku akan bersendirian lg dlm bilik tanpa bt apa2 keja kecuali online n mkn..;-) pastu 6 Mei 2009 insyaallah pukul 1 tngah hari aku akn bertolak ke Sg.Congkak utk prgram Dewan Induksi Kepimpinan PERMADAH UM..prgram tu smpai 8 Mei 2009 pastu hari yg ditggu2 oleh aku iaitu 9 Mei 2009 jam 11.15 pagi aku akan bertolak ke umah mak angkat aku di Naka, Kedah..lawat keluarga angkat dulu pastu baru blik umah sndiri sbb kalo aku blik umah sendiri dulu for sure la aku x p Naka sbb mmg dah tabiat aku kalo dah dok umah mmg x mau kluar p mana2 dah heheheee..:-)
Hmm....x tau la ada aktiviti apa kat Sg.Congkak tu..tp aku pnjam baju kurung Ayu sbbnya semua baju kurung aku, aku dah post utk disimpan oleh pak cik Nordin yg bertanggungjwb utk menyimpan brg2 student setiap kali cuti semester panjang bermula..aku plak x terfikir lngsung nak kena bwak baju kurung utk prgram tu..ye la aku ingtkan prgram mcm tu byk guna tshirt n track suit sbb nak bt aktiviti mental n fizikal xkan nak pakai baju kurung kot..hohoh x logik la x bleh diterima oleh akalku yg waras ni hehehehe..;-) ntah la lain2 penganjur utk setiap prgram lain2 la cara aktiviti tu dijalankan btol x?hehehehehe..;-)
Hmm...aku pun x tau nak merapu apa lg ni..nnt2 aku ada idea aku post entry lg ye..k ciao wassalam..:-)

dgn Dhila n Wanie time kitorg dpt free gift dari ruumz.com..:-)
Saturday, May 2, 2009
Alhamdulillah..dah abis exam
Hahai..alhamdulillah aku rasa bebas sgt smpai rasa nak terbang pun ada hehe..sbbnya aku dah abih exam tdi..dah x pyah nak ketaq2 nak p exam..x pyah tido lewat bngun awai..x pyah ngadap buku utk 2 bulan hehe sbb cuti..x pyah nak tension2 dah pk pasai exam..lpas ni juz tawakal ja n pk pasal result plak..pk pasai result x la tension sgt mcm pk nak exam..;-) tdi lpas ja abih exam pkul 5 ptg, aku, ikin, wani n ayu bertekad hohoh nak kuar p jlan2 kat pasar mlm di masjid jamek utk ilangkan tension..hehe kami dah merdeka dari exam alhamdulillah..:-) paper tdi bt aku rasa down ckit..paper tdi ada 2 bhgian iaitu bhgian A n bhgian B..utk bhgian A insyaallah ok kot..utk bhgian B ada masalah ckit sbb apa yg aku hafal x masuk tp masuk yg aku x hafal..masuk soalan yg jwpannya aku juz baca mcm2 tu, aku pandang2 sebelah mata ja huhu..mmg tension masa tngok soalan..rasa mcm nak reyukkan ja kertas tu..pastu aku nmpak plak prof yg ngajar utk bhgian B tu aku rasa mcm nak menjerit n marah ja..ntah la..mayb aku emosi kot sbb soalan spot yg prof ckap x masuk pun..satu pun x masuk..yg masuk soalan lain yg mmg prof pun x spot..huhu harap2 jwpan aku tdi menepati sedikit sebyk apa yg soalan tu mntak amin..
K la..aku pun dah ngantuk ni..lain kali aku cerita lg..wassalam
K la..aku pun dah ngantuk ni..lain kali aku cerita lg..wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
