Friday, May 8, 2009

Dewan Induksi Kepimpinan - PERMADAH UM


santai dulu semasa baru sampai ke Sg.Congkak tu..kenangan bersama Fairulniza n Faridah
hahai..rindunya rasa sbb dah 3 ari aku x lawat n post entry baru kat diary ni..sbnarnya rini pd pkul 5 ptg aku baru smpai kolej..aku p Dewan Induksi Kepimpinan anjuran PERMADAH UM yg diwajibkan ke atas semua MT n Exco baru sesi 2009 / 2010..so aku pun korbankan masa cuti nak blik awai ke umah n p la join DIK ni yg diadakan di Sg. Congkak area2 Selangor..aku p sana pd 6 Mei 2009 pkul 2.30 ptg ada org yg dtg amik dgn kereta.. :-) smpai ja kat Sg. Congkak aku dah mula rasa teruja sbbnya kat ctu ada sungai yg byk batu n jernih airnya..aku dgn rasa gembira n teruja x pk n x risau dah pasal aktviti yg bakal aku lalui..

mlm 6 Mei 2009 bermulalah catatan yg baru dlm hidup aku..aku diamanahkan utk memegang jwtan Timb. Exco Kebajikan PERMADAH sesi 09 / 10..mlm pertama tu kami dah start bt aktviti iaitu sesi suai kenal yg berlanjutan smpai jam 12 tngah mlm..ha sblum aku lupa, kami juga diberi tnggungjwb utk menyampaikan tazkirah slpas subuh, zohor, asar, maghrib, isyak n subuh esoknya..ianya bertujuan utk mendedahkan kami bercakap di hdpan org ramai dgn penuh keyakinan n mengenepikan perasaan malu..dah mmg tugas pemimpin utk bercakap di hdpan org so kami diajar utk bercakap di hdpan org n kami bebas memilih tjuk2 sendiri..kami dimnta bersurai n dibenarkan blik ke bilik utk tidoq sbb kata Kem Komanden tu iaitu Tuan Faiz, kami kena bngun awal esk..sblum bersurai kami diminta membaca surah al-Mulk sbg pelindung drpd segala gangguan..aku n beberapa org lg yg hadir terus menuju ke Dorm Langsat iaitu tmpat penginapan kami selama 3 hari 2 mlm di Sg. Congkak tu..kami tidoq dgn x salin bju sbb tkut x sempat n tukar semula pakaian kalo dikejutkan awal nnt krn masa yg diperuntukkan kpd kami utk bersiap-sedia mmg ckit..kalo laki x pa la ni p'puan mmg x ckup la masa byk tu..kami dikejutkan oleh kak Izzatul yg dtg ketuk pntu dorm kami pd pkul 2 pgi..



Presiden PERMADAH sesi 2009 / 2010 - Al-Hafiz

7 Mei 2009

aku n mmber baru aku iaitu Salwa x tidoq tau sbb tkut terlewat..kami hnya diberi masa selama 30 mnit utk bersiap n diwajibkan tiba di surau tmpat perhmpunan pd pkul 2.30 pg..mmg dahsyat la..kami mmg diberikan masa yg ckit..rupa2nya pkul 2.30 pg tu kami kena adakan meeting berdasarkan kenyataan isu n persoalan yg disediakan oleh pihak urusetia..ops!!lupa plak nak gtau kami dibahagikan kpd 4 kump iaitu 4 org dlm setiap kump..alhamdulillah aku satu group dgn Salwa n kump kami gak dianggotai oleh Solah n Shazzuwan @ Wahab..aku n Salwa ketawa ja sbb mcm dirancang plak kami akn berada dlm satu kump dgn Solah n Wahab sbb Solah S/U manakala Salwa plak Timb. S/U n Wahab plak ketua Exco Kebajikan manakala aku plak Timb.Exco Kebajikan heheheee..:-) kami sepakat melantik Wahab sbg Ketua Kump kami.. kami pun dimnta berbncang dlm kump n kena sediakan minit mesyuarat berdasarkan kenyataan isu n persoalan yg telah diberi kpd kami..setiap kump mendpt kenyataan isu n persoalan yg berbeza..kami diberi masa sejam utk berbincang n siapkan minit mesyuarat tersebut..kump kami paling last submit minit mesyuarat tu sbb Salwa amik keputusan utk salin semula minit mesyuarat kami supaya nmpak kemas n tersusun..lpas tu kami disurh blik ke dorm masing2 utk tidoq..pada pkul 5 pg kami msti berada di surau utk sesi Qiamullail..aku n Salwa x tidoq gak smpai la pkul 4.30 aku n Salwa bngun mandi n get ready utk ke surau..kami berdua ja yg mandi pada pgi tu..mmber2 yg lain x nak mandi lg sbb sejuk..mmg x dinafikan keadaan sekeliling mmg sejuk maklumla kwsan hutan n sungai yg airnya sentiasa mengalir tenang n mendamaikan..sampai di surau kami bt solat taubat n tahajjud serta bacaan al-Ma'thurat iaitu himpunan surah2 n doa2 yg selalu Nabi SAW amalkan pd waktu pg, ptg n mlm..pastu kami menunggu masuknya waktu subuh..lpas subuh kami diberi masa 15 mnit ja utk balik ke dorm n tukar kpd pakain riadah abb kami nak exercise hehehehe..aku dah pkai pakaian riadah cuma balik ke dorm utk pakai sport shoes ja..kami didenda ketuk ketampi 10 kali sbb lewat 10 mnit huhuhuhu..pastu kami ditggalkan oleh kem komanden n dia soh kami yg incharge exercise utk pg tu n decide sndri nak main permainan apa..kami bersetuju utk pisahkan kum muslimin n muslimat..kump muslimat iaitu kump p'puan yg terdiri drpd 8 org wanita bakal pemimpin ewah2 bersetuju utk bermain nenek2 si bongkok 3 hahahahahah sbb kami x tau nak main apa lg tambahan plak kami x diberikan dgn peralatan sukan..kump muslimin iaitu kump lelaki main sepak apa ntah ala2 sepak raga gitu heheheh.. :-) pastu pkul 7.30 kami dimnta bersurai n diberikan arahan supaya kami memasak sarapan sendiri n pkul 8.15 semua mesti dah siap n dah ready kat surau..huhuhuhu kami mmg btol2 kesuntukan masa..aku jdi tukang tengok ja kat dapur sbb aku mmg x reti nak bt keja kalo org ramai sgt kat dapur..smpai 8 org sekaligus masuk dapur keja yg senang pun jdi susah tambah2 plak muslimin dok gak kat dapur menyibuk n memerhatikan segala2nya yg kaum muslimat bt..aku terus menjauhkan diri n bt kptusan utk jdi pemerhati yg bertauliah ja heheheh.. ;-) utk sarapan n mkn tngah hari Salwa la yg dipertanggungjwbkan memikul tugas2 utk memasak..dia x kisah tp dia gtau aku yg dia malu org tengok dia bt keja hohoh..7 Mei tu aktviti kami byk diisi dgn slot2 yg berkisarkan ttg pengenalan bgmana nak jdi pemimpin n bgmana nak mempopularkan PERMADAH ke peringkat global hehehe..slot yg pertama diisi oleh Ust.Faisal iaitu student UM n dia bertanggungjwb menubuhkan PERSADA iaitu persatuan anak2 darul aman..dia menceritakan pelbagai pengalaman dia n berkongsi tips2 utk dptkan kelulusan drpd HEP utk sesuatu projek yg hendak dijalankan iaitu dgn hantar byk2 KKD kpd HEP n utk projek sepanjang tahun plak kena hantar KKD 2 mnggu skali n pelbagai lg ilmu2 yg berguna yg beliau curahkan kpd kami bakal2 pemimpin PERMADAH 09 / 10..pastu slot yg kedua plak diisi oleh En.Aziz yg memperkenalkan PERMADAH scra lebih detail kpd kami..tpi slot tersebut lebih byk menceritakan ttg sistem2 dlm PERMADAH..sistem2 tersebut amat2 penting n kami semua iaitu bakal2 pemimpin PERMADAH yg baru perlu amik tau ttg sistem2 dlm PERMADAH supaya mudah nak jlnkan kerja n nak perkenalkan PERMADAH kepada masyarakat yg berada di luar UM..aktviti pd mlm harinya byk berkisar ttg aktviti dlm kump..mcm2 perkara yg kami bncangkan dlm kump n semuanya berkaitan ttg inisiatif kami utk menerajui PERMADAH sesi 09 / 10..

aku yg sukakan kehijauan alam semulajadi.. :-)

8 Mei 2009

Mcm besa la kami dikejutkan pd pkul 2.30 pg n dimnta berkumpul di surau pd pkul 3 pg..kaum muslimat pun smpai la ke surau pd pkul 2.50 lbih kurang..kami tngok surau gelap ja..kaum muslimin x nmpak lg pun..ish xkan x bngun tidoq lg..nnt kalo lambt msti kena denda mcm ptg kemarin (kata2 kaum muslimat yg kegelisahan)..semasa sdg menanti ketibaan kaum muslimin, kaum muslimat yg menanti di dlm surau kesemuanya terlelap sebentar n terbangun pd pkul 3.15 apabila terdengar duara org sdg menengking dgn kuat..kaum muslimat pun dgn segera berlari-larian kluar dri surau n berkumpul di tanah lapang di hadapan surau..kami terlihat org yg x dikenali sdg memberi arahan dgn nada suara yg teramat marah n kecewa dgn sikap bakal pemimpin iaitu kami..kami diuji mental n fizikal pd pkul 3.30 pgi lebih kurang dgn disuruh trun kedlm sungai dlm kiraan 10 n blum sempat kaki mencecah air kami dipggil semula naik ke daratan n blumpun sempat semua org berkumpul kami disuruh skali lg trun ke dlm sungai n hal yg sama berlaku iaitu kami dipggil naik ke daratan semula..lpas itu kami dileteri lg n kemudiannya prg yg memberi arahan tersebut membahagikan kwasan sungai sebelah kanan kpd kaum muslimat n kwasan sungai sebelah kiri kpd kaum muslimin..kami disuruh trun ke sungai n menenggelamkan separuh badan ke dlm air sungai n lpas tu kami disuruh menenggelamkan keseluruhan badan ke dlm air sungai yg sejuk n dingin sedingin salji hua hua hua..mmg btol beb sejuk giler air sungai tu..waktu siang yg panas pun sejuk tambahan plak di waktu pagi yg hening lg la sejuk sampai ke tulang hitam huhuhuhu..aku menggigil giler smpai mmber yg pegang tngan aku pun heran..lpas kami di suruh berendam kami dipggil naik ke daratan n tetap dipisahkan kump muslimin n kump muslimat, kami (kump muslimat) disuruh tidoq atas pasir yg ada tahi kucing huhuhuhu cuba bayangkan pastu kami kena guling2kan badan n pastu mmber2 kena gulingkan badan atas kita n kena bt mcm tu sampai ke org yg berada di hujung barisan tdi..kena bekerjasama, kena tggu org yg lambat..pastu kami disuruh masuk ke dlm sungai utk membersihkan badan yg penuh dgn pasir beserta najis kucing..huhuhu mmg menyedihkan..tp aktviti tersebut bertujuan utk menjadikan kita kuat n sentiasa bertahan walaupun menghadapi pelbagai ujian yg mendtg krn kita telah meletakkan keyakinan yg tinggi terhadap Allah SWT..Allah SWT berada dlm setiap denyutan nadi kita..so kita xkan berasa kecewa @ gagal dlm setiap tindakan yg kita amik insyaallah..begitulah sedikit sebyk kata2 org tu yg dpt aku ingt..maklumlah aku ni susah ckit nak ingt apa2 perkara pun kalo berada dlm keadaan yg tertekan hhehehehe.. ;-) tp tdi kami mcm santai n bebas ckit walaupun kena masak srapan sendiri..mcm besa masak bihun goreng ja la heheheee.. :-) lpas subuh kami smbung tazkirah dgn giliran org yg x bertazkirah lg..pastu pkul 7.30 kami kena masak sarapan n berkumpul di dewan pkul 8.15 utk slot yg seterusnya..slot yg seterusnya dikendalikan oleh presiden PERMADAH sesi 09 / 10 iaitu Hafiz n dibantu oleh S/U PERMADAH sesi 09 / 10 iaitu Solahuddin..kami dibgtau ttg organisasi PERMADAH sesi 09 / 10 n presiden menyampaikan amanat beliau n harapan beliau terhadap barisan MT n Exco2 PERMADAH sesi 09 / 10 di samping menyuruh kami memutuskan yuran yg kami sggup byar utk program DIK itu n kata putus telah dicapai..kami bersetuju membayar seorg RM15..pastu S/U plak terangkan ttg sistem terbaru yg digunapakai oleh HEP dlm meluluskan KKD setiap program..pastu slot kedua n terakhir pd 8 Mei 2009 iaitu hari ketiga DIK diteruskan oleh ucapan n kata2 semangat oleh mantan presiden PERMADAH sesi 08 / 09 iaitu abg Amin..pastu abg Amin mntak kami bt tahlil sempena kematian tok wan kak Izzatul ptg kemarin..

Tetiba jdi malu2 kucing plak heheheh.. ;-)

DIK ni menerapkan sifat kebersamaan setiap peserta iaitu bakal2 pemimpin PERMADAH..setiap keputusan @ tindakan yg hendak dilakukan mesti mendpt persetujuan drpd semua MT n Exco2..selain itu, DIK ini juga menerapkan semangat persaudaraan antara sesama pemimpin sama ada MT @ Exco2 disamping memupuk sifat saling perlu-memerlukan antara satu sama lain n memupuk semangat bekerjasama dlm apa2 jua keadaan sekalipun..sepanjang 3 hari 2 mlm disana, kami sentiasa menjlnkan aktviti secara bekerjasama n sentiasa bersolat scra berjemaah..kalo kaum muslimin solat tanpa menunggu kehadiran kaum muslimat maka denda akan dikenakan..begitulah yg terjadi kpd setiap peserta DIK ini..aku sgt2 bersyukur krn Allah SWT menjadikan aku insan terpilih utk menyertai DIK disamping dpt membuang sifat pemalu x bertempat n dpt memupuk sikap berani utk berhadapan dgn org ramai serta dpt meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri insyaallah..

mcm nak terbang ja..hohoh

No comments:

Post a Comment

Sudi2 la komen kat blog ni..:-)