Dalam menjalinkan hubungan persahabatan, memang sukar utk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang-kala apa yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dan kemudian timbul cakap-cakap belakang yang menyatakan rasa tidak puas hati. Namun, kita harus sedar, sebagai insan biasa kita tidak sempurna. Oleh itu, sikap saling hormat-menghormati, berterus-terang dan saling percaya penting dalam menjaga hati seseorang sahabat. Semak beberapa tips di bawah bagaimana cara untuk kita menjaga persahabatan agar terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah.
1) Jangan Lempar Penghinaan
- jangan sesekali merendahkan, mengejek dan menghina sahabat dlm bentuk apapun, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial, dan sebagainya. Elakkan berbuat demikian krn tidak ada masalah yang selesai dgn penghinaan dan mencela bahkan yang ada nanti hanyalah perasaan sakit hati serta rasa dendam antara satu sama lain.
2) Jangan Campur Urusan Peribadi
- jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampuri urusan peribadi sahabat yang tak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum, setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang-kala tidak boleh diceritakan walaupun dgn sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sgt sensitif dan jika tersalah cakap ia boleh menimbulkan kemarahan sahabat.
3) Jangan Buat Perbandingan
- jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau merasa terhina.
4) Jangan Menyampuk Bila Bercakap
- sungguh tidak sopan apabila kita sedang bercakap kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbualan dgn cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.
5) Jangan Ungkit Kisah Lalu
- ingatlah bahawa setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kpd orang lain, begitu juga dgn diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah cuba untuk mengungkit dan menceritakannya kpd orang lain. Takut ia akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya krn telah membongkarkan kekurangan yang dimilikinya.
6) Kawal Kemarahan Dengan Baik
- apabila kamu marah, maka berhati-hatilah krn kemarahan yang tidak terkawal boleh mempengaruhi tingkah-laku dan percakapan. Jika kemarahan tidak dikawal dengan baik, takut akan melukai hati sahabat seterusnya menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal amarah dengan sebaik mungkin dan jika ia tetap terjadi, lontarkanlah kata-kata yang tidak akan emnyakiti hati sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa yang singkat dan pohonlah kemaafan seandainya kata-kata yang diluahkan itu dirasa keterlaluan.
7) Jangan Ketawakan Sahabat
- jangan mentertawakan sahabat krn kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan drpd segi penampilan, rupa, bentuk badan, dan sebagainya. Ingatlah, ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.
No comments:
Post a Comment
Sudi2 la komen kat blog ni..:-)