Wednesday, August 5, 2009

Etika Bersahabat

Dalam mana2 perhubungan pun, kita x dpt lari drpd masalah. Sama ada hubungan di rumah ataupu dipejabat ataupun di sekolah ataupun di institusi2 pengajian tggi, persefahaman atau sikap x mahu mengalah sering menjadikan sesuatu perhubungan hambar atau retak. Bagaimana utk mengeratkan persahabatan? Marilah kita tinjau 13 tips utk kita praktikkan bersama.

1) KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap sahabat itu menyinggung perasaan. Mungkin dgn kesabaran yg ditunjukkan, si sahabat akan berubah dan mula berfikir ttg hati dan perasaan org lain.

2) BERTERUS TERANG
Jgn seskli memendam perasaan jika anda tidak menyenangi sikap teman2 di sekeliling. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yg membelenggu diri akan selesai dan jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3) IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan org sekeliling akan lebih menghormati kita.

4) SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org sekeliling dan sudah tentu org lain juga akan menghormati kita.

5) JUJUR
Belajarlah menjadi seorg yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadikan hubungan pesahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka2 krn itu aan merenggangkan persahabatan.

6) SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan x berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan berjaya.

7) SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorg yg pemaaf sekiranya sahabat anda menyinggung perasaan anda. Sika pemaaf bukan sekadar mulia ttpi juga dpt memberikan kesan positif terhadap diri sendiri.

8) BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur satu faktor penting utk membina perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri sendiri dan org lain. Ttpi jgn harapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dgn kita dan dlm masa yg sama kita pula mengambil kesempatan ke ats mereka. Ini tidak adil namanya!

9) JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama org sekeliling. Sikap mulut lepas ini selalu mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10) NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah diluahkan secara baik dan bukannya dgn melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingati itu satu perbuatan yg mulia?

11) AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri. Ambil berat antara satu sama lain. Jika sahabat dilanda masalah, ambil masa utk berada di sisinya tanda setia kawan. Namun berpada-pada juga, jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya, mungkin akan membebankan diri sendiri. Kita juga ada masalah yg perlu diselesaikan!

12) SALING BERHUBUNG
Anda mungkin dipisahkan oleh jarak dan kesibukan. Apa kata eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon atau sekadar menghantar sms sudah memadai tanda ingatan.

13) BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah adalah perkara normal. Insya-Allah itu akan menjadikan perhubungan bertambah baik dan lebih saling mengenali serta memahami. Tetapi elakkan bergaduh tanpa bermaaf-maafan. Beralah dan saling meminta maaf utk menjernihkan keadaan.

No comments:

Post a Comment

Sudi2 la komen kat blog ni..:-)