Salam semua n selamat menjalani ibadah puasa.. :-)
Kali ni just nak kongsi ckit maklumat berkenaan bulan Ramadhan yg aku amik dari akhbar Harian Metro.. :-)
Kehidupan di dunia ini tidak bererti jika kita tidak mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT. Lebih tidakbererti lagi jika segala kesalahan, keterlanjuran serta dosa yg dilaukan tidak mendapat keampunan-Nya. Sebagai org beriman, kita dituntut sentiasa memohon keampunan kpd Allah SWT di atas segala dosa kecil atau besar. Sesungguhnya, bg org yg tidak memohon keampunan kpd Allah SWT, mereka dianggap angkuh dan sombong dgn-Nya.
Hari ini hari kedua kita umat Islam menunaikan ibadah puasa dgn penuh kesabaran dan ikhlas krn Allah SWT semata2 mengharapkan keampunan dan keredhaan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yg terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Satu drpd hikmah diwajibkan kita berpuasa adalah utk meningkatkan ketaqwaan kpd Allah SWT.
Firman-Nya dlm surah al-Baqarah ayat 183 : "Wahai org2 beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas org2 terdahulu drpd kamu supaya kamu bertaqwa."
Adalah baik bg kita merebut segala peluang yg Allah SWT sediakan pada Ramadhan ini drpd ia disia-siakan krn belum pasti lg sama ada kita berpeluang atau tidak utk terus bersama dgn Ramadhan pada tahun yg akan dtg. Ini krn Allah SWT menyediakan dlm bulan Ramadhan ini satu mlm yg nilai keberkatan dan ganjaran pahalanya pd mlm itu lebih baik dpd seribu bulan.
Firman Allah dlm surah al-Qadr :
"Sesungguhnya kami menurunkan (al-Quran) ini pd mlm Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dpt mengetahui apa dia kebesaran mlm Lailatul Qadar itu?"Malam Lailatul Qadar lebih baik drpd seribu bulan. Pd malam itu, turun malaikat dan Jibril dgn izin Tuhan mereka, krn membawa segala perkara (yg ditakdirkan berlakunya pd tahun yg berikut), sejahteralah malam (yg berkat) itu sehingga terbit fajar."
Berdasarkan surah al-Qadr, dpt kita fahami bahawa besar kelebihannya bg org yg beribadat pd malam Lailatul Qadar, di mana amalan yg dikerjakan pd malam berkenaan digandakan. Ia sama dgn solat yg kita kerjakan, bacaan al-Quran atau zikir serta amalan lain yg diamalkan. Kerana itu, bg mendapatkan malam berkenaan, Nabi Muhamma SAW mempertingkatkan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan bukan hanya setakat bg dirinya saja, malah baginda meminta ahli keluarganya bangun bersama utk beribadat.
"Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan, baginda akan mempertingkatkan amal ibadat, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga." (Hadis riwayat Bukhari)
Orang yg tekun beribadat semata2 utk menemui malam Lailatul Qadar pasti akan mendpt rahmat dijanjikan Allah SWT, terutama dgn melakukan amalan spt berikut :
1) menghayati mlm itu dgn memperbykkan beribadat spt solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, beriktikaf, berdoa dan sbgnya.
2) beriman dgn yakin bhw mlm Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dgn beribadat serta dikerjakan semata2 krn Allah SWT dgn mengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.
3) dlm kita melaksanakan ibadat di mlm Lailatul Qadar, hendaklah kita bertaubat dgn sebenar2nya iaitu taubat nasuha dgn terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
4) perbykkan berdoa, terutama doa khusus utk malam Lailatul Qadar spt diriwayatkan drpd Ibu Saidatina Aisyah RA. "Saya pernah bertanya Rasulullah SAW, seandainya saya mengetahui mlm Lailatul Qadar dgn tepat, apa patut saya akan doakan pada saat itu. "Baginda menjawab, berdoalah dgn doa berikut :
"Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan diatas kesalahan hamba-Mu, oleh itu maafkalah segala kesalahanku." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Allah SWT berfirman dlm surah al-Isra' ayat 9 :
"Sesungguhnya al-Quran memberi petunjuk ke jalan yg amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yg menggembirakan kpd org2 yg beriman yg mengerjakan amal2 soleh bhw mereka beroleh pahala yg besar."
No comments:
Post a Comment
Sudi2 la komen kat blog ni..:-)