Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dgn cabaran yg kecil. Kini sampailah masa utk kita merenung ke dlm diri sebagai org yg mulia bersama mereka yg terkena musibah. Tiba juga masa utk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bg org2 Mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan.
Semua yg dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.
"Dan kami pula telah nyatakan kpd kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul" - Surah Ibrahim, 14 : 45
Anggaplah dugaan yg diterima itu bagaikan duri2 kecil yg tidak ada ertinya. Mohonlah kpd Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurniaan-Nya. Jadikan Rasulullah saw sbg teladan yg redha dan bersabar dgn palbagai cabaran yg menimpanya dlm menegakkan Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad saw malunya kita jika hanya dugaan kecil, kita sudah berputus asa.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kpd kamu (ujian dan cubaan) seperti ygtelah berlaku kpd org2 yg terdahulu drpd kamu?Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)"
No comments:
Post a Comment
Sudi2 la komen kat blog ni..:-)