Tuesday, October 27, 2009

SIFAT-SIFAT WANITA AHLI SYURGA

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?
Sebuah hadis Nabi menyatakan:

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Friday, October 16, 2009

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI SIA : DARI HAWA UNTUK ADAM

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.

TUDUNG : ANTARA AURAT DAN FESYEN

SEBAGAI orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai ‘fesyen’ dapat dilihat.

Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab: 59)

Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara.

Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja. Mereka juga harus memastikan ia benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:

- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.

- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.

- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.

- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.

- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.

- Tidak menyerupai pakaian lelaki.

- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.

- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.

Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.

Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185)

Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.

Oleh itu, sekadar bertudung semata-mata kerana kehendak semasa bukan kerana kesedaran atas tanggungjawab sebagai seorang muslimah, masih belum mencukupi.

Kita tidak berhasrat mempertikaikan niat seseorang wanita yang memakai tudung tetapi sekadar ingin mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab untuk menjadi muslimah sejati adalah satu perkara yang wajib dan amanah yang perlu dilaksanakan.

Bertudung tetapi melakukan banyak perkara yang dilarang Allah sudah pasti tidak bermakna.

Cubalah lihat sekeliling kita bagaimana sesetengah mereka yang berpakaian sedemikian tetapi tidak mencerminkan keperibadian muslimah sebenar.

Lintang pukang

Oleh itu apabila seseorang wanita Islam membuat keputusan memakai tudung atau berjilbab ia harus memastikan ia bukanlah sekadar satu hiasan lahiriah semata-mata.

Ia hakikatnya satu langkah ke arah untuk mewujudkan jati diri sebenarnya mereka sebagai muslimah. Janganlah sekadar memakai jilbab kalau solat dan ibadat lain masih ‘lintang pukang’.

Malahan mereka juga perlu membuang sifat-sifat tidak elok seperti meninggikan suara, mengumpat, mencampuri urusan peribadi orang lain dan suka melakukan perkara-perkara maksiat.

Inilah keadaan yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Kita melihat ramai wanita Islam yang berjilbab tetapi sejauh manakah mereka memikirkan bahawa bertudung itu tidak semestinya menutup aurat.

Maksudnya, kepala sahaja bertudung tetapi mereka masih melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam sama ada dari segi perbuatan dan tata cara berpakaian.

Allah menetapkan peraturan dalam soal menutup aurat dan mereka yang terlibat tidak harus mengatakan bahawa adalah hak mereka untuk menentukan haluan kehidupan mereka.

Kenyataan seumpama ini bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al-Ahzab: 36)

Justeru selagi masa masih ada dan di saat Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk membentuk diri menjadi muslimah sejati maka rebutlah kesempatan yang suntuk ini.

Janganlah menganggap bahawa masa sentiasa ada untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Ingatlah kematian yang menjemput manusia tidak mengira umur, masa dan ketika.

SOLAT ISTIKHARAH : PEMBUKA KETENANGAN DAN KEDAMAIAN HATI

Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan islam.

Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.

Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.

Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.

Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.

Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.

Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.

selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.

Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali.

Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.

Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.

Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seornag pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.

Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.

Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.

Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.

Perbincangan , penelitian yang hadir serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara seseorang itu memohon istikhrah dari Allah.

Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.

Isi Terpenting Istikharah

Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?

Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?

Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang.

Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.

Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Sapi Betina -Albaqarah)

Bila Mahu Dilakukan?

Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Mengapa Solat?

Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.

Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.

Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.

Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.

Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.

Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.

Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

HIKMAH DALAM NASIHAT (KEBIJAKSANAAN DALAM MENEGUR)

“Ahmad , aku tak puas hati dengan kau” seru Amir dengan wajah yang tidak menyenangkan.

“Erk…kenapa?” Ahmad terasa diri mempunyai seribu masalah, seribu kesalahan yang telah dibuat yang terasa tidak mungkin dimaafkan.

“ye la, kau ni suka simpan sampah. Buat kerja terkadang tak pernah nak habiskan. Pinggan suka bertangguh basuh. Lain kali, habiskan je la kerja-kerja tu. Bukan susah pun” Amir menyuarakan pandangannya, dengan wajah kecewa dengan sikap kawannya itu.
Ahmad pula, terasa seperti sebuah batu besar telah menimpanya, ia merasakan bahawa selama ini, dia sentiasa membuat kesalahan yang sama, tanpa mengambil kira perasaan orang yang terlibat.

“aduh sungguh aku ni kejam, penting diri sendiri..” rungut Ahmad dalam hati. Dia terus menghentikan bacaannya, terasa tawar buku yang sedang dibacanya itu.

——Cerita lain——-——Cerita lain——-——Cerita lain——-

“Ahmad, kamu free ke? ” lembut suara Amir bertanyakan situasi kawannya.

‘Hmm..boleh juga, tak buat apa-apa sangat ni, sekadar membaca sket-sket untuk kelas esok. Kenapa ye? Macam ada benda je ni? ‘ Ahmad menunjukkan minat terhadap soalan yang diutarakan kawannya itu. Pasti ada sesuatu yang ingin dibicarakan.

“Ala, takde apa sebenarnya. Sekadar nak berkongsi pendapat aku. Cuma nak bertanya kamu, selama kamu berkawan dengan aku, adakah kesalahan-kesalahan yang membuatkan di mata kamu rasa benda itu tidak baik?

” Jujur pertanyaan Amir pada kawannya itu.

“Erm..setakat ni, bagi aku takde rasanya. Biasa je. Apa yang kamu buat sekarang, rasanya teruskan sahaja. Kenapa tanya macam tu?…”

‘Takde, saja je nak tanya. Sebab kamu selalu dengan aku. Mungkin ada di mata kamu aku tersilap, tapi aku tidak sedar. Jadi, lebih elok aku bertanya. Mungkin boleh diperbaiki silap aku itu ‘ Amir jujur dengan jawapannya.

“ooo, macam tu. ermm, aku pulak macam mana?..ada ke yang kamu rasa macam aku buat silap yang tidak sedar, membuatkan kamu berkecil hati atau apa-apa sahaja?” Ahmad pula ingin mengetahui keadaannya dirinya dari kaca mata kawannya itu.

“Kamu baik. Rasanya cukup sempurna, tapi mungkin ada dua tiga benda yang kamu perlu baiki agar kesempurnaan itu tidak dicacati dengan benda-benda kecil ini.” Amir lembut menjawab.

“Apa ye dua tiga benda itu?” Ahmad merasa seperti berharga dirinya dipuji sedemikian, cuma bahagian akhir yang disebutkan Amir itu membuatkan dirinya ingin mengetahui apakah boleh dirinya diperbaiki lagi.

“Ala, simple je benda ni. Aku perhati, kamu bila sudah selesai masak, kamu sangat jarang membasuh terus pinggan yang kamu guna, pasti kamu akan biarkan dahulu di dalam bilik air itu. Walaupun aku tahu bukan sengaja kamu untuk biarkan lama-lama, tapi ada baiknya jika selepas sahaja kamu usai makan, kamu basuh semua sekali yang kamu guna. Jika kamu boleh perbaiki yang ini, aku sudah tiada komen untuk kamu. Kamu boleh dikatakan sempurna. ” Amir menghabiskan kata-katanya dengan senyuman.

Niat asalnya untuk menegur sikap Ahmad terasa sudah tercapai maksudnya. Ahmad pula dari reaksi wajahnya yang tersenyum, menggambarkan bahawa dia tidak berkecil hati dengan teguran rakannya itu. Dia rasa dihargai oleh Amir, penghargaan yang diberikan oleh Amir sebelum menasihatinya, membuatkan nasihat yang diberikan padanya cukup dekat di hatinya.

Di dalam hati, Ahmad berazam agar dirinya boleh memperbaiki sikapnya itu.

——————————————————————

Dua keadaan dalam menasihati seorang kawan. Yang mana menjadi pilihan anda?

JODOH PERTEMUAN, YANG MANA MENJADI PILIHAN?

“Wan, aku tak jumpa la orang yang sesuai dengan aku..” keluh seorang sahabat padaku.

“Camne ye, aku tak jumpa r yang betul-betul baik kat sini, dengan kata lain, tak berkenan kat hati aku…” keluh seorang lagi..

Saban hari, pasti ada di antara kita yang mendengar keluhan-keluhan sebegini menari-nari di telinga kita. Seorang pemuda berusaha mencari ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan seorang teman hidup, tetapi disebabkan terlebih mencari, sehingga lupa tentang persiapan diri. Seorang pemudi pula mengharapkan seseorang yang sudi menjadi teman dikala sepi, penyempurna iman pada diri, dengan itu juga mencari, tercari-cari sehingga lupa bahawa diri masih tiada persiapan lagi. Akibatnya, keluhan sahaja yang saban hari menyusul dan menyusul.

Kekecewaan dalam mencari menyebakan ada yang sanggup buang jati diri, yang selama ini menjadi benteng dan juga maruah diri. Terus diambil yang mana dirasa boleh mengisi kekosongan hati. Tanpa usul periksa agama empunya diri. Hanyut, hanyut bersama dunia sendiri. Hanyut dengan perasaan dan hati. Sehingga sudah tidak boleh memikirkan realiti dan mimpi.

Mengapa Menjadi Lebih Baik dari Mencari ?
Mungkin aku bukanlah yang paling layak untuk bercerita tentang bab ini, tetapi apa yang telah dilalui sedikit sebanyak boleh sama-sama dikongsi untuk kebaikan bersama. Seorang lelaki , pemuda khususnya, tanyalah sesiapa yang digelar pemuda, jika ditanya tentang jodoh, pasti mereka akan menjawab mahukan isteri yang solehah, yang tahu jaga diri, yang pandai jaga hati mereka, yang cantik akhlak, yang tahu agama agar boleh bimbing mereka jika tersalah langkah. Aku tidak katakan semua yang mahukan semua pemuda mahukan ciri-ciri ini, tetapi majoriti, jika ditanya jauh di sudut hati pasti akan terbit jawapan-jawapan ini.

Memang susah untuk mencari golongan-golongan yang begini, calon-calon yang kita impikan. Tetapi jika sifat-sifat yang diimpikan pada pasangan itu kita terapkan pada diri, Mahukan yang solehah, berusaha menjadi soleh, mahukan yang pandai menjaga hati kita, kita berusaha menjaga hati orang-orang disekeliling kita, bila kita betul-betul berusaha ke arah kebaikan, pasti tidak susah dalam menemukan orang yang dicari. Banyak terjadi apabila ada pemuda sudah berjumpa dengan pilihan hati, yang ada ciri-ciri, tetapi ditolak mentah-mentah kerana sifat diri yang tidak disukai, sifat suka menyakiti hati orang-orang terdekat menyebabkan sifat itu menjadi buah mulut orang , dan meneybabkan orang tawar hati untuk mendampingi seseorang, walaupun dia ada harta, ada muka, ada keturunan, tapi bila akhlak tiada, runtuh sebuah harga.

Sebutlah buah durian, pasti ramai yang tahu kesedapannya dan keenakannya. Dengan kesusahan untuk mendapatkan isinya, sudahlah buahnya tinggi di atas pokok, bila sudah jatuh, terpaksa pula menghadapi duri-durinya sampaikan ada yang terluka jika tidak tahu membuka isinya. Dari luar dilihat sangat hebat, tetapi bila sudah dibuka isinya , sudah busuk , pasti akan ditinggalkan begitu sahaja. Begitulah perumpaan bagi pemuda yang hebat,yang punya harta , muka, keturunan, tetapi jika akhlak tiada, pasti tiada siapa yang suka. Maka akan ditolak mentah-mentah segala yang datang darinya.

Bagaimana menjadi?

“Wan, aku kecewa la dengan muslimat ni, aku tak jumpa yang berkenan, ada tu, nampak baik tapi mulut laser, ade tu pulak macam menjaga bila depan kita, tapi last-last tau perangai dia, langsung tawar..”

“Ade je yang betul-betul baik. Cuma mungkin yang kau nampak yang ni je, sebab tu tak jumpa. Ramai muslimat kat atas muka bumi ni, kalau tak kat sini kat tempat lain. Usahakan menjadi, dalam menjadi ni, dua syarat utama yang insyaallah, boleh membantu. Petama, tundukkan pandangan ko, kurangkan mata tu melilau-lilau dengan wanita, nampak aurat orang, usaha palingkan, kernaa bila kita jaga pandangan mata ni, hati kita akan terjaga, bila hati terjaga dan bersih, masa tu kau boleh bezakan akan hak dan batil. Kedua, banyakkan puasa. Bila datang je ‘perasaan’ tu, puasalah, insyaallah, ia sedikit sebanyak membantu. Kerana ini pesan Nabi, bila Nabi pesan, banyak terkandung barakah dia. Dan bila makan tu, jangan selalu penuh atau berlebih-lebihan. Jaga makanan yang masuk perut tu. Dua ni cuba amalkan, dan yang lain-lain akan menyusul kemudian.”

Insyaallah, bila dua benda ni terjaga, kita akan dapat rasa nikmatnya ibadah tu. Untuk apa nak dapat nikmah beribadah ?

bila kita dah rasa nikmat ibadah, maka hati kita akan merasa sendiri cinta Tuhan itu tidak bertepi. Dan perasaan yakin akan datang pada kita, bahawa kita ni adalah milik Tuhan, jika kita berusaha mencintai Tuhan , maka Dia sendiri akan memberi orang yang juga mencintaiNYA kepada kita.Dan orang yang mencintai Tuhan, mendahulukan Tuhan dalam segala hal, adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal dunia dan akhirat, dan yang pasti merupakan orang yang baik, soleh ,solehah dan muslih(menjadikan orang lain turut soleh). Itu suatu janji yang pasti.

Apa Kesudahannya?

Kerana apa kita bersusah-susah dahulu itu semua ini?..Kerana inilah janji Tuhan, “sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan. Sesungguh-sungguhnya (Demi) setiap kesusahan pasti ada kesenangan”… Bila kita berusaha menjadi, dan sudah sampai masa untuk diri melangkah setapak dalam mencari redha Ilahi, disitu kita akan melihat rahmat disebalik kesemua kessusahan ini. Dengan bermula dengan mudahnya penerimaan orang yang dipinang, kemesraan ibu bapa sebelah sana, dan yang terpenting , mahar dan hantaran yang tidak membebankan , hanya cukup sebagai syarat sahaja. Ketika melihat hantaran inilah, jika kita melihat orang yang tidak menjaga diri sebelum itu, pasti pening apabila melihat harga hantaran yang terlalu menyiksa diri. Dimanakah mahu dicari duit sebanyak itu?..Jika tiada, maksudnya melepas si dia, sehinnga dia melihat bahawa perkahwinan itu umpama membeli si gadis dari keluarganya. Keresahan inilah yang sering membelenggu remaja-remaja.

Tetapi jika melihat kepada orang-orang yang menjaga diri mereka, dalam segala hal, perkahwinan mereka cukup lancar, mahar yang tidak terlalu rendah , dan hantaran yang tidak menyesakkan dada.Betul-betul dilihat bahawa perkahwinan penyempurna iman. Alhasil kita melihat, keluarga yang dibina, betul-betul boleh dilihat hasil ketenangan, kedamaian kerana keturunan yang dihasilkan betul-betul bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga tetapi masyarakat juga sejuk dan gembira dengan kehadiran mereka. Kejayaan dalam keluarga inilah yang menjadi penentu di mana akhir kehidupan kita.

PERKAHWINAN : ANTARA KEMAHUAN DAN REDHA

“Pokwe, nak tanye sket…Ape pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??”

‘Hmm…sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Ape pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Ape ko buat??’

Sunyi sepi….

“Ala, aku bukan ape, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku.”

‘hmm…ade ko tanye kenapa mak ko tak bagi?’

“Itu r, aku dah tanye, alasan dia, suruh habis belajar dulu.Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni..”

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni camne..’

“Aku tak faham r mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita camne. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku”..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelunggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.

Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas, dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya.

Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

“Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu”

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan, apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di balik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab?.. Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baj-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga…

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama’. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul.

Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa?.. Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga ber’kahwin’ dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. dengan kata lain, keluarga kita membesar.
Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan’ itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu?… Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati?.. Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak.

Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita??…mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?

Bagaimana Jika Sudah Terjadi

Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.

Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.

PENAWAR BAGI HATI YANG DUKA

Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah pencipta sekelian alam. Mengapa kita memuji?..kerana kebiasaan pujian diberikan apabila kita diberikan sesuatu yang berharga.


Apabila orang kaya membantu orang miskin, maka akan dipuji orang tersebut dengan pujian yang selayaknya.

Apabila kita bantu orang bina rumah atau kita buat gotong royong, maka akan dipuji ringan tulang.Seorang ibu, bila anaknya patuh dan taat padanya, maka akan dipuji anaknya di merata tempat bahawa dia bersyukur dapat anak sebaiknya.

Siapa Patut Dipuji?

Oleh sebab itulah, kepada tuhan, Allah, kita puji dia, kita ucapkan perkataan-perkataan yang membesarkan dia kerana dalam hidup ini kita tidak pernah menguasai diri kita. Setiap perlakuan kita , Allah yang atur. Nafas, pam darah , kawalan gula dalam darah , penyerapan oksigen dalam paru-paru , sehingga membuang air pun ,Allah yang kawal.

Kita ambil contoh, jika kita yang nak kawal sendiri nafas kita, maka kita boleh kawal nafas kita tak lebih dari 5 minit kita boleh bertahan. Dan pasti, kita akan lelah lepas tu, nafas kita jadi kencang lepas tu. Maknanya di sini, kita tidak boleh kawal nafas kita sendiri. Atau kita nak cuba kawal dari membuang air besar. Maka di sini, kita boleh tahan tak lebih dari 4 hari.Kalau boleh pun, akan sampai satu masa , akan keluar juga atau perut kita akan sakit. Jadi nak tak nak, kena buang air besar jugak. Kerana padanya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu pada diri kita.

Dan kalau kita nak kawal juga, setara manakah kita boleh kawal? Cuba kita perhatikan ketika kita tidur, siapakah yang mengawal diri kita, nafas, paru-paru, jantung….? maknanya secara keseluruhannya, kita satu habuk pun tak boleh mengawal diri sendiri, tetapi ada kuasa yang mengawal diri ini, itulah Allah.

Apa sifat Tuhan?

Allah ni sifatnya banyak, antaranya, dia maha pengasih, penyayang , kaya. Dan kaya Allah ni sehinggakan dia tak perlukan apa-apa dari makhluknya.

Sebagai contoh, seorang majikan , dia gajikan pekerja dia dari pukul sekian sehingga sekian. Bila pekerja tu buat apa yang disuruhnya, maka gajinya akan diberi sebanyak mana yang dijanjikan.Dan bila pekerja dia buat overtime , maka akan digandakan gajinya. Dan dia tak perlukan duit dari pekerja dia sebab dia majikan dan lebih kaya dari pekerja dia. Tapi kalau pekerja dia ponteng, buat malas, akibatnya dibuang kerja atau dipotong gaji dan sebagainya.

Begitulah Allah, bila kita buat apa yang disuruh, solat, puasa, zakat, haji, cari ilmu maka kita akan diberi ganjaran sebanyak mana yang kita buat sebab tu memang kontrak kita.Dan dila kita buat baik dengan manusia, tolong orang, sedekah, buat baik kat anak yatim, ajar orang mengaji dan lain-lain, maka ganjaran yang akan diberi akan ditingkat lagi. dan jika dalam amalan tu disertai dengan tawaduk , ikhlas , maka akan digandakan lagi.

Begitulah contoh kayanya Allah, ikut suka dia je nak bagi ganjaran banyak mana, dan kekayaan dia tak berkurang.

Sebab itulah kita memuji Allah. Dan disebabkan besarnya kepentingan puji Allah ni adalah untuk semua kebaikan dan kemudahan yang Allah bagi kat kita, maka kita diwajibkan puji Dia 17 kali sehari. Tak boleh kurang tapi lebih tak mengapa. Itulah solat 5 waktu . Dalam fatihah ni, cukup semua sekali syarat iman dan amal. Dan yang mula-mula sekali kita baca adalah Basmalah. Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha Penyayang. Pengasih Allah itu buat semua manusia manakala penyayang Allah itu buat golongan beriman sahaja.

Pengasih Tuhan, siapa yang buat dia akan dapat, siapa yang malas, maka dia takkan dapat. Dan penyayang Tuhan itu, diberikannya kebahagiaan, kedamaian dalam kehidupan, kelancaran , kesenangan berurusan, keberkatan rezeki.

Mengapa Sombong?

Dengan sebab semua-semua itu lah , kita tidak boleh berlaku sombong lagi takabbur dalam kehidupan kita. Kerana kita sebenarnya tiada apa-apa untuk disombongkan. Jangan kerana kita sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara , maka kita sudah sombong. Jangan kerana kita lebih cantik sikit, kita dah sombong.

Jangan kerana kita kaya kita sombong kerana Allah lagi kaya. Ingat, siapa yang beri kita cantik, kaya, pintar tu semua?…. Allah.

Cuba kita renungkan ayat ini

“apakah manusia itu tidak memerhati sesungguhnya kami menciptakannya dari “nutfah” (sel yang kecil), maka dia menjadi penentang yang nyata”

Begitulah perumpamaan yang Allah bagi, setara mana kita nak sombong atas muka bumi ni? Adakah kerana hubungan kita dengan sesama rakan-rakan lebih rapat berbanding orang lain maka kita mahu sombong? atau kerana kita diberi kelebihan sikit dari orang lain maka kita nak sombong?

Ingat…bila kita nak sombong-sombong ni, kita cuba check balik, dari mana kita datang? Dahulu, kita hanyalah dari titisan air mani sahaja. Satu dari banyak-banyak sperma yang ada. Dan ianya keluar dari 2 tulang sulbi lelaki.Kemudian ia bertukar menjadi embrio, fetus dan menjadilah kita sekarang ni. Dari titisan air itu, kita diberi paras rupa, otak yang cerdik, kekayaan jiwa dan harta yang melimpah ruah. Cuba kita renungkan , siapakah yang beri semua ini??….Allah.

Siapa Penyombong Sebenar?

Dan atas muka bumi ni, orang yang paling sombong adalah orang yang tak nak sujud pada Allah!!..Itu tanda sombong paling besar. Kerana dalam solat, ada satu bahagian yang kita kena sujud pada Allah. Kepala kita letak atas tanah!!Tempat orang jalan-jalan,lalu-lalang. Dan orang yang taknak sujud ni sebab dia dah rasa cukup apa yang ada dan dia tidak perlu pada sesiapa dah. Sebab tu Allah humbankan golongan-golongan ni ke dalam neraka Allah.

Apa neraka tu? Seksaan, jeritan, laungan, kepayahan, kesusahan, kelaparan ,kehausan, kebengisan, bunyi sebatan, bunyi lolongan , kebusukan, kejijikan dan segala jenis keperitan semuanya ada di neraka.

Sebab itu, apabila kita mahu menghindar diri dari neraka , renungilah ayat ini :

“jika kamu beryukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amat pedih!!”

Tanda kita bersyukur, kita akan membuat apa yang Allah suruh, rukun iman dan islam kita penuhi, membuat baik pada manusia ,tiada umpatan, caci maki, fitnah dan sebagainya. Tanda kita termasuk dalam kufur, kita tinggalkan apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang dilarang.

Siapa Tuhan?

Apakah sudah kita tahu apa itu Tuhan sebelum kita berterima kasih (syukur) padanya? Tuhan itulah tempat tumpuan dan matlamat pengabdian, juga tempat kita mencari perlindungan, kepada tuhan juga tumpuan kecintaan. Tuhan sebagai pemberi rezeki juga sebagai sumber perundangan kita. Apabila kelima-lima ciri ini kita kenal siapa itu Tuhan, maka di situ kita akan dapat bersyukur pada Tuhan sekelian alam, Allah.Allah itulah tuhan.

Apabila kita tidak mengenal Tuhan maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Mengenal tuhan banyak kaitan dengan iman. Tanpa pengenalan kepada Tuhan, maka iman kita tiada kemanisan, umpama gula yang tiada rasa manis garam yang tiada rasa masin.
bila terjadi bergini, lahirlah umat yang hidup pada membesarkan kehidupan dunia. Ketika ummat Islam sudah memuliakan dunia hasil dari hilangnya rasa berTuhan, maka di situ kita akan lihat kehebatan Islam akan tertarik dari mereka. Ketika ummat islam sudah meninggalkan penyeruan kepada kebaikan dan pencegahan pada kemungkaran hasil tidak kenal apa erti Tuhan, maka kita akan melihat keberkatan wahyu tiada pada umat itu.

Bilakah zaman itu?…Kita sedang hidup di zaman yang dikatakan itu.

Kenapa kita tak merasa hebatnya Islam?….renung dan fikirkan.

Kenapa kita nampak dunia ni besar dan kita tak nampak akhirat ? Cubalah kita duduk dihadapan sebuah bukit, dan kita letakkan tapak tangan kita depan mata dan tengok bukit besar tu dalam keadaan tangan kita di depan mata. Confirm kita takkan nampak. Tak Nampak. Sampai esok dan bila-bila pun tak nampak. Macam tulah ibarat bila kita besarkan dunia. Kita besarkan dunia, akhirat kita tak nampak, akhirat kita tak ingat, Kebesaran Allah kita tak ingat, seksaan Allah kita lupa, kedahsyatan neraka kita lalai.

Thursday, October 15, 2009

Keyakinan Diri

Keyakinan diri membawa maksud yakin pada kemampuan dan kebolehan diri sendiri dalam menghadapi apa jua tindakan yang hendak kita laksanakan sama ada dari sudut perbuatan atau pertuturan. Bukan semua orang yakin pada diri sendiri walau sudah cukup bekalan ilmu dan pengalaman. Ada yang tiada apa-apa ilmu atau pengalaman dalam sesuatu bidang tetapi yakin pada dirinya yang dia mampu laksanakannya dengan sebaik mungkin, ini kerana ia mempunyai beberapa sifat dan falsafah yang membolehkannya merentangi apa jua rintangan dan masalah yang dihadapinya, antara sifat-sifat dan falsafah tersebut ialah :


1. Cekal dan tabah

2. Tidak pernah berasa kalah atau putus asa dengan kekalahan, tidak merasa menang dengan kemenangan dan
tidak menjadikan kejayaan yang diterima tersebut sebagai noktah untuk terus cemerlang.

3. Kekalahan dan kesilapan adalah asam garam dalam perjuangan

4. Setiap orang dilahirkan adalah untuk menjadi insan cemerlang

5. Kejayaan itu milik semua orang, kejayaan itu tidak mengenali darjat, pangkat dan status

6. Kental dengan semangat

7. Berusaha tangga kejayaan

8. Membudayakan sifat versatile (mampu laksanakan apa jua) dalam hidupnya

9. Masalah itu sebenarnya adalah peluang

10. Pantang berundur sebelum berjuang

11. Orang lain boleh saya pun boleh

12. Apa kurangnya saya untuk capai matlamat tersebut

13. Siapa berusaha dia pasti berjaya

14. Hendak seribu daya tak nak seribu alasan

15. Manakan dapat sagunya kalu tak dipecahkan ruyungnya

16. Jelas matlamat yang hendak dicapainya

17. Tahu macam mana hendak bertindak dan faham risikonya

18. Sering bertanya dan meninba ilmu dari mereka yang berpengalaman

19. Merendah diri tapi tinggi matlamatnya

20. Berlatih tanpa kenal erti muak dan jemu

21. Berfikiran positif dalam apa jua keadaan

22. Terima kekurangan diri tapi tidak menjadikannya alasan untuk berjaya

23. Memaksimunkan usaha merebut peluang serta meminimakan kemalasan

24. Mengoptimunkan kekuatan yang ada sebaik mungkin

25. Belajar dari kesilapan lalu

26. Jika bukan sekarang bila lagi

27. Ada target harian, mingguan, bulanan dan tahunan yang jelas

28. Semangat yang tidak pernah pudar untuk berubah ke arah yang lebih baik

29. Menghayati konsep hijrah sebaik mungkin

30. Tiada masalah yang ada hanyalah peluang

31. Berkorban demi mecapai matlamat

32. Kejayaan harus bermula dan bertindak dari detik ini bukan esok

33. Allah bersama-sama orang yang sabar dan berusaha membaiki dirinya

BERAPA RAMAI LELAKI BOLEH MENJADI IMAM?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki

Sunday, October 4, 2009

ISTIMEWANYA WANITA

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.


Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah..

Coretan drpd sahabatku di facebook iaitu Muhamad Faris..
Hayatilah bersama2.. :-)

Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Ku harap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok….

Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati.

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya ? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama ? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan…

"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)

Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah.

Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik ! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu...

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..." (Mutafaq 'alaih)

Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana...

Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

BAGAIMANA ORANG MELAYU MENCARI PASANGAN

MUNGKIN TIDAK RAMAI DI ANTARA KITA YANG PERNAH MENDENGAR BAHAWA KITA MEMPUNYAI BEBERAPA SIFAT YANG DIPENGARUHI OLEH UNSUR-UNSUR ALAM SEPERTI TANAH, AIR, API DAN ANGIN. PERKARA INI MERUPAKAN PETUA ORANG-ORANG MELAYU BAGI MEMILIH PASANGAN. BAGI LELAKI YANG BERUNSUR API ELAKKAN DARI MEMILIH PASANGAN YANG MEMPUNYAI UNSUR SEPERTINYA.TAPI ITU HANYALAH PANDANGAN ORANG TUA-TUA. PENENTUAN UNSUR SESEORANG DITENTUKAN MELALUI ANAK KE BERAPA DALAM KELUARGA.

I) TANAH - ANAK PERTAMA, KELIMA, KESEMBILAN
II) AIR - KEDUA, KEENAM, KESEPULUH
III) API - KETIGA, KETUJUH, KESEBELAS
IV) ANGIN - KEEMPAT, KELAPAN, KEDUA-BELAS

WANITA BERUNSUR TANAH

TANAH YANG SUBUR MEMPU MEMBUAHI TANAMAN YANG HIJAU DAN
MEKAR. WANITA YANG BERSIFAT TANAH BIASANYA MEMPUNYAI
SIFAT-SIFAT SEPERTI:
* RENDAH DIRI DI HADAPAN SUAMINYA SERTA HORMAT DAN PATUH, SETIA SERTA RELA BERKORBAN DEMI KASIH SAYANGNYA KEPADA SUAMI.
* SEBAHAGIAN SIFAT TANAH, WANITA JENIS INI TIDAK CEREWET, TIDAK SUKA BERCAKAP MENINGGIKAN DIRI, TIDAK MENYOMBONG DAN BUKAN SEORANG PEMARAH.
* TENANG DAN MENGAMANKAN JIWA SUAMI, SELALU MEMBERI GALAKAN DAN SOKONGAN DAN TIDAK SUKA MEMBANTAH ATAU MEMBANGKANG.
* ORANG YANG BERPERAWAKAN MANIS DAN LEMAH LEMBUT, PEMBERSIH DAN SENTIASA MENJAGA KECANTIKAN UNTUK SUAMI.

WANITA BERUNSURKAN AIR

AIR SIFATNYA BERSIH DAN SUCI, SEJUK, NYAMAN SERTA
MENGHILANGKAN DAHAGA. AIR JUGA SIFATNYA MENCAMBAHKAN
BENIH, MENYUBURKAN SERTA MENYEGARKAN. WANITA BERSIFAT
AIR MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI BERIKUT:

* MENGHIDUPKAN HATI SUAMI MENJADIKAN SUAMI SENTIASA ERSEMANGAT.
* MENGAMBIL BERAT TENTANG SUAMI DAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK SERTA TIDAK MEMBIARKAN ANAK-ANAK HANYUT DIBAWA ARUS HIDUP.
* HATINYA BERSIH SERTA BOLEH MEMBAHAGIAKAN SUAMI DAN ANAK-ANAK.
* MENENANGKAN HATI SUAMI BILA SI SUAMI MENGHADAPI MASALAH.

WANITA YANG BERUNSURKAN API

API SIFATNYA PANAS DAN MEMBAKAR TAPI MENERANGI KEGELAPAN MALAM. IA JUGA MENGHANGATKAN KEDINGINAN MALAM SERTA DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK. WANITA BERSIFAT API:

* CINTANYA SENTIASA HANGAT MEMBARA KEPADA SUAMI SERTA KUAT CEMBURU.
* CERGAS DAN CEPAT DALAM GERAKLAKU MENJADIKAN DIA SEORANG YANG CEKAP DALAM MENGURUSKAN HAL-HAL RUMAHTANGGA.
* PENASIHAT YANG BAIK KEPADA SUAMI.
* PANDAI DAN CEKAP MENGURUSKAN RUMAHTANGGA. PANDAI MENGHIAS DIRI AGAR KELIHATAN CANTIK DAN MENARIK DIHADAPAN SUAMI.
* SENTIASA WASPADA DAN CEPAT BERTINDAK BAGI MENYELAMATKAN KEADAAN.

WANITA BERUNSUR ANGIN

ANGIN MEREDAKAN KEHANGATAN, MENJADI SUMBER TENAGA.
WANITA YANG BERUNSURKAN ANGIN:

* MEMPUNYAI SIFAT LEMAH LEMBUT DAN MENYENANGKAN SUAMI.
* PANDAI MEMUJUK RAYU SUAMI DENGAN KATA-KATA YANG INDAH.
* MEMPUNYAI PERILAKU YANG BERSOPAN-SANTUN DAN BERPEKERTI MULIA DAN TIDAK SUKA MENYUSAHKAN SUAMI.
* PANDAI MEWUJUDKAN SUASANA SELESA DLAM RUMAHTANGGA AGAR IA SENTIASA DIPENUHI KEGEMBIRAAN DAN KETENANGAN