Tuesday, December 14, 2010

RAHSIA SENYUMAN :-)

• Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

• Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

• Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

• Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

• Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

• Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

• Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

• Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'.

• Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

• Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

• Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

• Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

• Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

• Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

P/S : SO MARILAH KITA SEDEKAHKAN SENYUMAN KPD ORANG DI SEKELILING KITA..SELAIN SBG SEDEKAH, SENYUMAN JUGA BANYAK KHASIATNYA.. :-D

JODOH DI TANGAN ALLAH

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat.

Sunday, December 12, 2010

Bagaimana Bercouple Cara Islam

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya

Mari Aku Khabarkan Tentang Cinta

Aku khabarkan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta yang memang tidak pernah putus-putus. Lantas kebahagian, cinta diraih lalu impian disulam bersemadi. Tidak akan terputus dari susunan kata yang terungkap indah lalu diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencinta itu sendiri.

Keunikan Cinta.

Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis. Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat menjadi amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap kata-kata yang manis. Lalu kita membicarakan tentang cinta. Di sini, didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap helaian kamus anda akan menjumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau akan jumpa pengertiannya. Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai kita yang mencipta segala cinta yang tercipta. Diungkapkan madah-madah cinta seperti kita sang pujangga yang hebat?

Apakah cinta itu pada hubungan Adam dan Hawa dan kisah-kisah manusia lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti bait-bait ilmunya. Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami melalui jelas sifatnya cinta itu sendiri. Analogi cinta sebagaimana Iman, tersembunyi dalam hati terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah yang dipacakkan dan nafas yang dihembus. Iman yang dipahatkan bersulamkan takwa dan hati seorang hamba.

Cinta Dipahat pada Jalur Pengorbanan.

Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat tidak ada jelas bezanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban. Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila. Cinta si ibu kepada anaknya tidak terhingga untuk membesarkan anaknya dan seorang ayah sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa kepada sebuah keluarga.

Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Kenikmatan Yusuf a.s. memilih kehidupan di penjara kerana dilihatnya nikmat sebenar di sana. Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap kata-katanya daripadanya diambil untuk panduan dan bekalan kita semua. Oleh sebab nikmat jugalah pejuang teragung Muhammad s.a.w. tidak pernah berhenti berjuang.

Bicarakan tentang Cinta.

Maka ada bezanya antara cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Aku cuba jelaskan bezanya di sini. Apabila kau baca lihat makna cinta, lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia. Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya melihatnya .Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki kepada Penciptanya yang Agung.

Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu bezanya pada dasarnya. Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi. Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi. Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Begitu juga cinta Majnun dan Laila, ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.
Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada segenap keindahan noktah Penciptanya. Pada Dia Pemilik dan Pencipta cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan pada naluri. Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada Tuhannya. Dan kerana cinta itu pada kuncinya adalah satu, hanya kepada Allah. Yang tidak terjangkau oleh masa. Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada Kekasihnya. Hatta, nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang dimiliki olehnya adalah pinjaman daripada Pencipta. Kekasihnya yang hakiki dan cinta abadi. Letakkan cinta pada tempat yang seadil-adilnya.

Kembali aku kepada nilai kehidupan yang kujalani, lantas aku bertanya adakah semuanya kulakukan bagai seperti apa aku katakan? Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada Tuhanku dan Nabiku?

Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku. Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak. Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah daripada cinta Penciptanya jua. Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia. Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani.

Friday, December 10, 2010

Seni Mengurat Dalam Islam

Assalamualaikum wbt n selamat pagi..dah lama rasanya x menulis @ mengepos entry kat sini..kesibukan menguasai diri sehgga tiada masa melepak kat sini..pagi ni terbaca satu artikel menarik dlm Harian Metro..tajuknya seni mengurat dlm Islam : larangan dalam berpacaran..sya terpanggil utk share keseluruhan artikel ini dgn sahabat2 di sini..

Siapa sangka kita akan bertemu jodoh dgn seseorang yg sebelum ini tidak pernah dikenali. Malah dlm sekelip mata si dia sudah menjadi isteri kita. Itulah dinamakan jodoh yg Allah swt kurniakan kpd seseorang. Zaman datuk nenek moyang kita, kebanyakannya menyerahkan kpd ibu bapa utk memilih jodoh, tiada istilah bercinta @ mengurat.

Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kpd anak2 memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijabkabulkan. Jika menuntut di menara gading, pastinya ada banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh. Ada yg bermula dgn meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yg sukar utk diungkapkan dgn kata2. Ada sebahagian yg kuat jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun byk pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang pelamin.

Begitulah hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Setiap pertemuan itu pastinya drpd "mukadimah" cinta iaitu mengurat. Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat?

Cinta itu sbg permulaan (mukadimah) kpd perkahwinan. Tidak menjadi kesalahan mengurat jika ianya membawa kpd kebaikan. Contohnya, seorang lelaki mahu menyampaikan hasrat hatinya terhadap wanita yg dirasakan layak menjadi teman hidupnya, seni mengurat perlu ada. Tetapi, dari sudut berbeza, mengurat mungkin membawa keburukan jika berlaku perkara yg bertentangan dgn agama iaitu perzinaan.

Akibat berzina amat buruk krn melanggar hukum Allah. Allah berfirman yg bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat". (Surah al-Israak ayat 32)

Justeru, apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat selain memelihara diri drpd keghairahan seks yg boleh membawa kpd zina. Islam tidak menyekat fitrah manusia utk sayang menyayangi, cuma kita dilarang jika bibit-bibit kasih sayang itu membawa kpd kemaksiatan. Islam tidak pernah menghalang memikat @ mengurat, tetapi perlu ada seninya dan tidak melanggar batas kesusilaan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki itu berminat terhadap seorang wanita dan mahu menjadikan teman hidup, mereka perlu berjumpa dgn wali utk meminang. Menjadi satu kesilapan jika terus berjumpa dgn wanita pilihannya tanpa bertemu ibu bapanya.

Kita dianjurkan mendirikan solat istikharah utk meminta Allah perteguhkan keputusan yg ada @ petunjuk membuat keputusan yg belum ada. Mereka yg bersolat istikharah tidak akan kecewa krn solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dlm membuat keputusan yg belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yg pasti.

Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dgn memilih wakil yg baik utk meminang. Jika bersedia, bawalah keluarga berjumpa dgn wali perempuan utk mengenali calon menantu serta menyatakan hasrat dgn lebih jelas. Selepas kedua-duanya bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan. Selepas bertunang, haram bagi seorang wabita itu dipinang lelaki lain.

Sepanjang masa pertunangan, mereka bolah mengenali di antara satu sama lain. Ketika itu barulah dapat dirasakan keserasian sebelum majlis perkahwinan. Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan "lesen" melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sbg suami isteri. Ini bagi memelihara zuriat yg bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

Percintaan dlm Islam ialah hubungan cinta yg disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yg soleh dan solehah serta taat kpd perintah Allah.

Jadi berdoalah utk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasarkan godaan nafsu dan keduniaan.

Jika masih "berat" bertemu jodoh, jgn bersangka buruk kpd Allah. Ini pastinya satu ujian yg mengandungi 1001 hikmah. Barangkali Allah mahu selamatkan mereka drpd mendapat pasangan yg tidak sesuai. Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan supaya Allah memudahkan urusan kita. Jangan membuat keputusan tidak berkahwin selama-lamanya krn ia bertentangan dgn fitrah dan syariat agama.

Nabi Muhammad saw memberi panduan melamar seorang wanita adalah dgn melihat calon mengikut aturan yg ditetapkan syarak. Drpd Anas bin Malik, beliau berkata, Mughirah bin Syu'bah berkeinginan utk menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah saw bersabda : "Pergilah utk melihat perempuan itu krn dgn melihat itu akan memberikan jalan utk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua". Lalu dia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan dia menceritakan kerukunannya dgn perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebelum berkahwin, pasangan diharuskan melihat dan berkenalan. Menurut Riwayat Muslim drpd Abu Hurairah bahawa Nabi pernah bertanya kpd seseorang yg akan menikahi seorang wanita. "Apakah engkau telah melihatnya?" Ia menjawab : "Belum". Baginda bersabda : "Pergi dan lihatlah dia".

Meskipun sudah berkenalan, seseorang itu dilarang berpacaran berdasarkan ayat al-Quran yg menegah drpd berlakunya perzinaan. Berpacaran bukanlah perkara yg tepat bagi mengenal pasangan. Mereka bolah mendapat maklumat drpd orang paling rapat dengannya seperti sahabat baiknya. Minta penilaian drpd orang tua dan keluarga sebab mereka yg "jatuh cinta" tidak melihat kekurangan pasnagannya, bau busuk pun dikatakan wangi. Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap pasangan walaupun mereka memberi isyarat berminat kpd kita. Berikan pujian dgn ikhlas dan jujur terhadap sikap serta personaliti mereka. Jadikan mereka mempercayai kpd keikhlasan kita supaya mereka dapat berkongsi suka duka @ luahan emosi. Janganlah bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan pergaduhan @ rasa tidak senang kpd pasangan. Berusahalah utk mencuci hati drpd perasaan negatif.

Untuk menjadikan semua orang di sekeliling kita berasa senang dan sayang kepada kita, bersihkan hati dgn menjaga ibadah seperti solat, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf jika melakukan kesalahan, banyakkan bersedekah dan sentiasa memikirkan hal yg positif.

Dilahirkan sbg lelaki, kita perlu banyak mengenal kerenah wanita terutama menjaga perasaan, kehendak, pemikiran dan kesukaan mereka. Cuba elakkan mencari kelemahan dan kesilapan kecil yg ada pada bakal pasangan. Apatah lagi bertindak mengutuk @ memalukan mereka. Pasangan pastinya akan tertarik kepada kita jika kita mengasihinya bukan kerana harta, wajah @ keturunannya. Cari ruang untuk sentiasa mewujudkan suasana yg gembira yg dalamnya ada terselit kisah lucu.

Apa yg paling penting, carilah pasangan yg sekufu, setara dan sepadan dgn kita. Kehidupan yg dilalui adalah "medan" untuk terus memperbaiki diri dan belajar sesuatu perkara yg baru.

P/S : KEPADA SAHABAT2 LELAKI, AMBIK BERAT LAH BERKENAAN DGN HAL INI.. :-)

SEMOGA KITA SEMUA DPT SESUATU DRPD ARTIKEL INI, INSYAALLAH..

Sunday, October 17, 2010

Sahabat Sampai Syurga

Khas buat Sahabat2ku yg dikenali sejak dri sekolah rendah (SKSR), sekolah menengah (SMKPR) dan seterusnya sehingga ke alam universiti (Universiti Malaya), yg dikenali sejak hari pertama mendftar di kolej kediaman kinabalu (UM) sehingga kita terpisah membawa haluan masing2 pada tanggal 9 Ogos 2010..kenangan bersama kalian x dapat dilupakan..sahabat2 ku, jika ada takdir drpd Yang Maha Esa, kita pasti akan bertemu lagi, insyaallah..

Biarkan kerinduan di lautan memori...
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi...
Masih segar di ingatan saat mesra berputik...
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi...

Sahabat...

kau sesungguhnyaTemanku...
dikala suka dan lara...

Tika ku buntu diselubungi sendu...
Kau tiupkan ketabahan kuntum...
mengukir senyuman

Bagaikan embun...
hilang diterbit fajar...
Kau pergi jauh mengejar cita...
Menggapai redha Yang Esa...

Duhai sahabat dengarkanlah...
Bicara hatiku ini...
Meskipun jarak memisahkan...
Namun tiada rentap kasih...

Biarlah waktu menetukan...
nilai ukhwah yang terjalin...
Teruskanlah perjuangan...
hinggaKe titisan darah terakhir...

Dan aku masih di sini...
terus mendaki puncak tertinggi hidupku...

Dan aku terus menanti...
saat yang manis...
akan berulang kembali...

Sahabat...

Sunday, August 8, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya RAMADHAN!!

Assalamualaikum wbt..
diharap semoga semuanya berada dlm keadaan sihat n sentiasa ceria..bersyukur krn masih diberi nafas oleh Allah SWT utk bernafas dibumi-Nya..Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu dgn bulan mulia penuh keberkatan, iaitu Ramadhan al-Mubarak, yg semestinya dtg bersama2 dgn rahmat n keberkatan drpd Allah SWT..x sabar rasanya ingin menunaikan ibadah puasa n solat sunat tarawikh yg hnya terdapat dlm bulan Ramadhan sahaja..
semoga Allah SWT panjangkan umurku dan kurniakanku kesihatan yang baik supaya aku dpt menunaikan apa yg difardhukan oleh Allah sepanjang bulan Ramadhan dan semoga dpt ku bertemu dgn Ramadhan yg akan dtg pula, amin ya rabbal 'alamin..

Thursday, July 29, 2010

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu..
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh..
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Wednesday, July 7, 2010

PILIHANKU...

Pilihanku...
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati...
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata...
Takut jika diwarnai kegelapan...
Kita buta hilang arah...

Pilihanku...
Bukannya pada manis tutur kata bermadah...
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela...
Andainya suara dikaburi fitnah...
Kita rebah tiada bermaya...

Pilihanku...
Bukan pada banyaknya harta dunia...
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga...
Bimbang kemewahan membawa leka...
Menghilangkan cinta kita pada-Nya...
Lalu dimanakah bahagia?

Pilihanku...
Seorang yang buta...
Buta menilai paras rupa...
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku...
Keikhlasannya melakar cinta yang diredhai...
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku...
Seorang yang bisu...
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti...
Kerana harapan disandarkan pada Illahi...
Pendiriannya menusuk nurani hawa...
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu...
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur...
Hina kerana sederhana...
Iman memujuk jiwanya...
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah...
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan...

Pilihan Kami...
Pada agama yang memelihara
Pada syahadah yang mengiringi
Pada Al-Quran yang membimbing.

Biar...
Cinta kami pada Maha Menyintai...
Kerana janji-Nya pasti...
Cinta kami pada Kekasih Illahi
Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki...

Kasih isteri pada cinta yang diberi...
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya...
Bukan cuma kekasih duniawi...
Tapi teman menuju Syurgawi...

Ramai yang mencari cinta tapi tertipu olehnya, ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya, ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya. Kerana cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Bila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan dari leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digadai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya IMAN...apapun cabaran, kita tetap mara ke hadapan, insyaALLAH...

Wednesday, June 23, 2010

CINTA...

CINTA...
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kaun akan tahu betapa aku sangat meRINDUImu,
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGANmu,
Andai saja Kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku,
Andai saja Kau HILANG dariku,
Berjuta nyawapun tidak mampu mengHIDUPkan JIWAku,

CINTA...
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu...
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku...
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan...
Biar harta dan jasad terkorban...
Kerana cinta ini yang ku damba!

CINTA...
Menyebut namamu takkan pernah jemu...
Mengingatimu takkan pernah lupa...
Memujimu takkan pernah rapuh...
Janjimu sentiasa teguh...
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita...
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
Aku mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintaMu..
Itulah pelindung yang memeliharaku...
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku...
Itulah kebahagiaan yang menyinariku...

Engkau yang selalu ada...
Engkau yang sentiasa bersama...
Saat suka dan duka...
Aku cinta padaMu...
Aku cinta pada takdirMu...
Aku cinta pada jalanMu...


Atas nama cinta...
"Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..."

Atas nafas cinta...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahhu Akhbar...


Jihad cinta buatmu Ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu...
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu...

Tuesday, June 15, 2010

Titipan Istimewa Buat Calon Zaujahku..Drpd Adam Utk Hawa

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a’la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam…
Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

"Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu”

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini.
Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa–bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.
Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air.

Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu?

Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?”

Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”

Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”

Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”
Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.

“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”

Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa’:34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.
Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.
Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak.

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,

Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melaluisiratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.
Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengahmehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku..

Friday, May 7, 2010

17 KEBAIKAN SUJUD


1.Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit  daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi serta terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dsb. 

16. Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dsb. 

17. Dari sudut perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang. 

Wallahu'alam.

Sunday, May 2, 2010

Tentang Aku ja niii....heehehhehehe

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh n Salam Sejahtera..

X dak apa2 pun, just nak berkongsi ckit2 apa yg aku tau ja..maklum la, aku ni bukannya ustazah..ada org kata aku ni iman n maruah x tau letak mana, konon berlagak mcm ustazah (kata aku ni dah bg org laki sentuh aku la, mana dia tau pun aku x tau, aku sendiri pun heran byk kali gak la aku dok pikiaq bila masa aku bg org laki sentuh badan aku, hmm)  - pengakuan berani mati aku di alam siber ni hehehee ..kata aku ni langau jahat la - gtau apa yg dia kutuk org (kwn aku sndiri - aku mmg kena gtau sbb dia kwn aku, x niat pun nak laga2kan depa mcm yg dia buat kat aku n kwn aku yg dia kutuk tu..lpas tu dia trus mengata aku mcm2 via sms) hmm..huhu x pa la..selalunya paku dulang paku serpih, mengata org sendiri yg lebih..aku selalu berpegang kpd kata2 : "jika 1 jari menuding kpd org lain, 4 jari lg menuding kpd diri sendiri"..sblum menilai org lain, kita seelok2nya menilai diri kita sendiri..jika rasa diri tu dah berada di tahap maksum mcm nabi2 Allah, x pa la nak menilai org tu mcm ni, orn ni mcm ni @ yg sewaktu dgnnya..dia dpt mandat dari Tuhan kot untuk menilai iman n maruah seseorg..aku x kisah pun apa org nak kata pasai aku, yg penting aku x kacau kehidupan dia, aku x mntak duit dari dia n aku x penah menyusahkan dia pun (dia yg slalu selfish tp dia x penah sedaq)..alhamdulillah, Allah kurniakan aku kesabaran lg n Allah juga kurniakan aku sikap x mementingkan apa yg org nak kata kat aku, yg paling penting mak bapak aku tau apa yg aku buat, segala2nya aku gtau mak aku, ckit pun x penah sembunyi..kehidupan peribadi aku semuanya aku ceritakan kat mak aku, smpaikan hal aku minat lelaki ni ka, lelaki ni minat aku ka hahahahaha (ngeri la kenyataan ni)..so mak aku tau bila aku sedih, kecewa, hepi, n segala mcm lg..semua ttg kwn2 aku sama ada lelaki atau perempuan semua aku cerita..so aku x perlu risau dgn tanggapan or kata2 org sekeliling yg sakit melihat kelebihan n kebahagiaan aku..wooohaaa!!kenyataan yg x bleh blah hahahahhaa.. :-D


Kawan-kawan @ sahabat amat penting dlm hidup kita selepas mak ayah..kalo dok jauh mcm aku ni kan hehehhee, sapa lg yg nak diharapkan melainkan kawan-kawan..xkan la nak kena suruh mak ayah or adik-bradik lain sentiasa dgn kita setiap masa walaupun dok berjauhan..so, disini kita nmpak kepentingan kawan-kawan..kawan yg baik akan sentiasa dgn kita x kira masa susah @ senang..jgn la masa senang lupa kawan, masa susah ja nmpak kawan..time tu semua org jdi kawan baik, friends forever..masa senang, kawan baik kemana, ungkapan friends forever pun hilang mcm tu ja..dlm soal ni, x muncul soal upah-mengupah kawan-kawan utk ingatkan kita, apa yg perlu dibuat or sebagainya..itu merupakan satu kewajipan setiap manusia utk saling ingat-mengingati n bantu-membantu / tolong-menolong antara satu sama lain..setiap mukmin itu bersaudara, setiap doa drpd seorg mukmin kpd mukmin yg lain amat bermakna..kalo kita memutuskan ikatan silaturrahim sesama kita, dlm kubur nnt nak jawab apa bila malaikat bertanya siapa saudara kamu n kewajipan kita kpd saudara kita yg lain????FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL..

So....

KAWAN @ SAHABAT ITU AMAT PENTING DLM KEHIDUPAN KITA..

Drpd kawan @ sahabat lah kita kenal dunia sosial dgn lebih luas..kawan @ sahabat merupakan kenangan dan pengalaman hidup yg paling manis n x dpt dilupakan selama-lamanya..

X kisah la apa pandangan @ pendapat korang semua ttg Kawan @ Sahabat ni, yg penting bg aku, Kawan @ Sahabat ni sangat-sangat2 penting n aku x dpt bayangkan hidup aku tanpa insan yg bergelar Kawan @ Sahabat..x kisah la kawan aku tu penah ngutuk aku, tp bila dia sentiasa ada dgn aku setiap masa x kira masa susah @ senang, dia ialah KAWAN @ SAHABAT AKU!!!

bila saya ada masalah dan rasa macam dah tak berdaya, Allah bukan sahaja temukan saya dengan orang yang boleh belai jiwa saya dengan kata2 nasihat. tapi Allah hantar juga pada saya orang yang bermasalah yang saya harus nasihati. setiap nasihat yang meluncur dari diri adalah sebenarnya nasihat yang Allah nak beri pada diri saya sendiri. setiap gerak saya adalah gerakNya, RahmatNya..

 



Tuesday, April 27, 2010

KAWAN @ SAHABAT - Ungkapan Yg Berbeza Tp Mengandungi Makna Yg Sama



1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
   Mula-mula kejar.. dah dapat sepak...

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
   Mula-mula gosok..lepas tu pijak....

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
   Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS...
   dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
   Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah
   takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
   Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
   kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK.
   Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.

10) lagi.....kawan tu mcm ape ye ??? ?
 Haa..kawan tu mcm  AWAK LA. .

bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis....dan tersenyum2...

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
 Bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya..

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya dan tidak akan pernah melaga2kan kawan-kawan..seorang kawan juga akan menutup mata dgn kelemahan @ kekurangan kawannya, bukan mengutuk @ mengata @ menjaja kekurangan itu kpd org lain..seorang kawan juga tidak akan pernah ada niat utk memutuskan perhubungan dgn kawannya apatah lagi menzahirkan utk memutuskan perhubungan dan menjadikan kawan sebagai musuh (itu sbnarnya lawan)..kalo x nak berkawan, awal2 lagi jgn cari kawan, lebih baik dok sorang2 sejak mula2 lagi..tp siapa dpt melawan takdir n kehendak Allah SWT..seseorang mukmin itu bersaudara antara satu sama lain..di dlm kubur nanti, malaikat akan bertanya tentang hubungan kita dgn saudara kita so, bila kita dah memutuskan perhubungan dgn kawan @ saudara seislam kita, apa yg kita nak jawab kat malaikat nnt??? (FIKIR2 DAN RENUNG2KAN) 
kalo kawan x dianggap penting, lebih baik hidup sorang2 kat dalam hutan or gua..orang yg menganggap kawan tidak penting adalah orang yang paling bodoh di dunia..

kata-kata orang bijak pandai : sebelum kita menilai kebaikan dan keburukan kawan @ org sekeliling, adalah lebih baik kita menilai kebaikan n keburukan diri sendiri dulu..orang yg x berbuat baik sesama kawan @ saudara tidak berhak utk menilai kebaikan @ keburukan seseorg kawan..padang cermin dan nilai diri sendiri dulu baru bleh kata kat org mcm2..
Iman, Maruah n Ketaqwaan seseorang hanya berhak dinilai oleh Allah SWT..siapa kita utk menilai Iman seseorang, Maruah seseorang dan Ketaqwaan seseorang???? (RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL)..

SAHABAT SEJATI IALAH ORG YG BERKATA BENAR, BUKAN YANG MEMBENARKAN KATA-KATA ANDA!!!!