Thursday, July 23, 2009

Alhamdulillah...

Hahai..lama x post entry kat cni..busy ckit hohoh..
Alhamdulillah aku bersyukur sgt2..nak tau kenapa? ha sbbnya aku dah dpt kolej..aku baru angkut brg masuk bilik smlm..huhu letih bangat sih sbb bilik aku tngkat 3..lpas siap angkut brg maka bermula la episod kemas-mengemas..aku dok katil daouble-decker tngkat atas..kena memanjat plak bila nak tidoq huhuhuhu..x pa la yg penting aku dpt bilik..roommate aku student FSKTM tahun 2..senior plak india student sains kot tahun 4..sem i sem last senior aku tu..ok la bilik ni walaupun agak sempit sbb ada loker besar ditengah2nya yg memisahkan antara ruang senior n ruang aku ni..aku dok floor B400 bilik B414..bilik lama aku dulu A114 hehehehhe..
hmmm...aku nak kena ke keda kat kedah utk program sehari bersama keluarga angkat..pagi jumaat aku bertolak dari cni..program tu ari sabtu 25 Julai 2009..pagi ahad aku balik cni plak..huhu mmg memenatkan..niat krn Allah pasti kita gembira walaupu penat btol x?sapa yg setuju sila angkat 2 jari tanda peace hahahahhaha...ntah apa2 ntah..
k la..x tau nak citer apa lg..nnt ada idea aku post entry lg..nak siap2 p tapau mknan jap.. :-)
jumpa lagi insyaallah..wassalam

Sunday, July 19, 2009

Di Tag oleh Sap


1. Copy badge untuk diletakkan diblog anda
Dah buat dah..

2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag)
# mementingkan keluarga
# suka senyum
# seorg yg ceria
# seorg yg simple
# mudah diajak berbual
# x suka fikirkan sgt masalah yg dihadapi
# paling x suka jika ditikam dari belakang oleh kwn2 yg dianggap spt adik beradik ( x suka dikhianati)
# sukar buat keputusan n sukar nak ubah keputusan yg telah dibuat
# suka berkawan n x berkira sgt dgn kwn
# sangat emosional ( hati mudah terusik)
# nampak mcm sombong tp sebenarnya terlalu peramah n friendly

4. Pilih 6 orang penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka
eina-nana
suehaz
anas
memoribilia
cengko
n kpd semua pelawat yg ada blog

Saturday, July 18, 2009

Mukadimah Hidup

Berikan sepenuh kasih sayang kpd kedua ibu bapa, krn mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa ; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.

Kasihi akan keluargamu, krn mereka adalah insan yang terdekat sekali di dlm hidup kita dan tidak mungkin dipisahkan dgn apa jua pun ; bagai air yang dicincang tak akan putus.

Pada guru, hendaklah ingat akan jasa-jasanya krn dia adalah satu-satunya pemegang pelita yang menerangi kegelapan hidup kita ; krn hidup tanpa ilmu adalah hidup yang sia-sia.

Berbudi luhur dan beramah mesra dgn jiran tetangga, krn mereka adalah sebahagian dari keluarga kita.

Pada sahabat, hendaklah berlaku jujur serta hormat-menghormati dlm memupuk pergaulan yang abadi ; krn sahabat yang sejati itu ibarat bintang yang menghiasi bulan di waktu malam.

Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dgn hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka.

Oleh itu sayangilah dirimu, cintai Allah, kasihi akan Rasul-Nya ; krn tidak dijadikan kekasih-Nya Muhammad, melainkan menjadi rahmat semesta alam.

Thursday, July 9, 2009

Kehidupan Di Luar Kampus...

Hmm aku sbnarnya x tau nak citer apa..entry kali ni khas utk mmber aku iaitu Aina yg sruh aku update blog sbb dia nak latest story ttg aku hehehe..best dpt kwn yg baik mcm aina..susah senang sentiasa ingt mmber..alhamdulillah bertuah aku dpt kwn mcm aina..thanks aina sbb jadi kwn n sahabat aku..utk pengetahuan ang..aku dok kat kota damansara la ni..aku berulang ke UM dgn teksi n kosnya RM28 sehari p balik..aku tggu borang rayuan kolej2 lain kluar..doakan aku dpt dok kolej ye x kira la kolej manapun jnji dpt dok kolej..jimat ckit duit..cian kat bapak aku nak bg duit byk2 tiap2 bulan..nak tggu ptptn lambat lg nak masuk huhuhu..apasal la masuk lambt sgt (sambil menggeleng2kan kepala n bt muka konpius huhuhu) aku dok kota damansara ni umah kak sepupu aku..dok kat cni ok gak cuma yg x tahannya ialah kos naik teksi ke UM..kak sepupu aku ada anak umur 13 bulan..lelaki comey sgt2..namanya mohd irfan fitri..walaupun tension n sedih sbb isu kolej ni tp hati terhibur n tenang dgn gelagat irfan..aku percaya semua yg terjadi ni ada hikmah disebaliknya..Allah xkan menguji hambaNya melainkan hambaNya mmpu utk mengharungi ujian dariNya..k la ye..aku x dak idea la ak bercerita..aku tengah pening kepala ni dari semalam lg..aku baru sampai umah pkul 8.15 mlm..aku ada KO-K bola baling kat pusat sukan..x training lg sbb hujan tadi..pkul 7 abih kelas pkul 8.15 baru sampai umah sbb sangkut dlm traffic jamed..besa la KL..kalo x jamed bukan KL la tu hohoh..c u again next time..aina, aku harap ang berpuas hati dgn entry ni hehehe..rindu giler kat ang aina..wassalam

Wednesday, July 8, 2009

CINTA...


1)Cinta layaknya seperti seekor rama-rama,
Semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian.
Biarkan rama-ramamu terbang kemana saja ia suka,
Siapa tahu bila ia telah lelah & sedar akan kewujudanmu,
Ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu
Menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yg kau x sangka,
Mungkin saja rama-rama yg kau kejar itu bukan rama-rama yg Allah peruntukkan buatmu..

2)Cintailah seseorang yg menyintai anda berbanding dengan menyintai seseorang yg anda cintai kerana cinta yg dicari itu baik tetapi cinta yg didapati itu lebih baik..Renung-renungkan.

3)Saat tetamu sepi mengetuk hati,
Ada satu kekosongan dirasai,
Jiwa kontang mulai meraih simpati,
Pada insan yg menjual diri,
Demi mendambakan cinta palsu yg hakiki,
Jauh dari kasih-Nya yg abadi,
Wahai jiwa yg kontang,
Inilah Iman yg gersang,
Membuat hati sentiasa walang,
Merindui Tuhan memberikan petunjuk,
Agar nafsu dalam sentiasa tunduk,
Pada Allah ku cuba sentiasa tawadhuk,
Agar cinta yg didambakan beralih bentuk,
Dalam hati subur mewangi,
Kasihnya Allah tiada bertepi,
Inilah cinta yg ku cari selama ini,
Doa harapan ku ukir setiap hari,
Agar berkekalan cinta di hati..


Monday, July 6, 2009

LUAHAN HATI SEORANG HAWA BUAT ADAM…


Lelaki yang kami rindui,
Hanya Iman penggerak hidupnya,
Tiangnya agama,
Badannya Taqwa,
Ilmu teguh di dada,
Hatinya sarat cinta,
Kepada Allah dan Rasul,
Suluhannya bukan nafsu semata-mata,
Tapi ihsan kaya di jiwa.

Lelaki yang kami rindui,
Terhibur dengan kalamullah,
Merasa manis dengan zikrullah,
Rindukan perjuangan Rasulullah,
Cintakan sunnah kekasih Allah,
Gagah menjaga maruah,
Di akhir zaman yang penuh kerenah.

Lelaki yang kami rindui,
Mengemudi bahtera rumah tangga,
Petunjuknya Al-Quran,
Petanya sunnah junjungan,
Panjinya Islam,
Sauhnya Iman,
Layarnya Taqwa,
Pakaiannya sabar,
Semangatnya membara,
Setiap ketika,
Menggamit ketaatan.

Lelaki yang kami rindui,
Malamnya syahdu dek tangisan,
Tidak terbuai dek lena yang panjang,
Munajatnya pilu
Penuh keinsafan,
Sujudnya penuh kehambaan,
Gentarkan neraka jahanam,
Agar tak menyentuh anak isteri tersayang.

Lelaki Idamanku


Lelaki Idamanku,
Tertegak Islam dalam dirinya,
Sejernih salju,
Matinya dilingkari cinta Yang Satu,
Iman dan Taqwa menjadi sepatu,
Dengan roh Islam dia melangkah maju,
Dahagakan pahala,
Hauskan Ilmu,
Gagah melawan nafsu,
Solatnya dihayati penuh syahdu,
Kata-katanya benar tidak menipu.

Lelaki Idamanku,
Teguh dalam saf perjuangan,
Teman-temannya adalah,
Pencinta syariat Islam,
Yang menyampaikan ilmu didada,
Buat umat yang kehausan,
Yang mengurangkan harta,
Untuk jalan jihad,
Demi Islam agama yang agung.

Kembali Meneruskan Perjuangan..

Salam...hahaii kini aku kembali bercerita kat sini heheheh..:-)
Aku dah kembali ke KL utk meneruskan perjuangan aku yg tggal sethun lg di UM..tp aku sedih sbb aku x dpt dok di kolej..aku dok kat umah keluarga di Kota Damansara..aku kena berulang la setiap ari utk ke kelas..aku anggap ni pengorbanan aku dlm mengejar cita2..semoga Allah memberkati aku amin!!dlm geng aku, aku sorg ja yg x dpt kolej..x pa la insyaallah aku cool ja mayb ni cara Allah nak menguji aku sama ada aku bersabar @ sebaliknya..aku sentiasa menghubungi Dr.Zul utk mengetahui sama ada masih ada x lg bilik kosong..Dr.Zul kata mayb mggu depan baru dpt tau..aku sentiasa berdoa agar masih ada tmpat kosog utk aku..dok Kota Damansara ni aku kena p balik dgn teksi, x tau brapa cas sehari..doa2kan aku dpt dok kolej ye..insyaallah amin!!
X tau nak tulis apa lg dah..aku bila sedih x dak idea nak bercerita..nnt aku post entry lain plak k..ni just entry yg ntah apa2 bila aku x tau nak share dgn sapa..thanks kpd sapa2 yg sudi membaca..insyaallah jumpa lg di lain entry..wassalam

Kenduri Kahwin..Sepupu Aku


masa pasang khemah sehari sblum hari kenduri..

Salam..lamanya x bercerita kat sini..x berkesempatan pun nak melawat blog ni..maklumlah dok asyik perasan sibuk sgt hehehee..ha kali ni aku nak story kat semua ttg kenduri kahwin abg cik aku iaitu anak pakngah aku yg no.2..majlis kahwin tu telah diadakan pada ari sabtu bersamaan 13 Jun 2009 bertempat di Taman Seri Aman, Charuk Nau, Baling, Kedah DA..kebetulan umah tok aku bersebelahan dgn umah pakngah..jadi x dak masalah la utk aku balik n nyibuk kat sana hahaha..2 ari sblum kenduri bapak aku dah antar aku adk aku bongsu p dok sana..mmg best time kenduri kahwin..aku yg nyibuk ni pun terasa busy..aku tlg kak cik(adk abg cik) hias bilik pengantin n aktiviti yg paling best time kenduri kahwin ialah berinai hehehe aku tumpang 10 jari tangan aku utk berinai hahahaha.. :-)
Pagi hari kenduri pun aku n kak cik aku still hias bilik pengantin sampai la pkul 10 pastu kami disuruh bersiap2 sbb nak p umah pengatin perempuan plak..x jauh pun umah pengantin perempuan dlm 20 minit ja dari umah pengantin lelaki..dlm pkul 12.45 rasanya rombongan pengantin lelaki ( 2 buah van n 3 buah kereta) pun sampai la di rumah pengantin perempuan..lepas mkn n bergambar kitorg pun bwak la pengantin perempuan balik..sampai ja kat umah pengantin lelaki, pengantin baru tu terus diperkenalkan kpd tetamu yg hadir n melayan tetamu2..lpas penat abg cik n isterinya iaitu kak cik masuk ke dlm umah utk sesi bergambar plak..aku kena jadi jurukamera plak hohoh maklumlah aku ni pakar dlm segala2nya (astagfirullah..x abih2 dok prasan hehehehe) dlm pkul 4 lbih2 x ramai dah yg dtg kami sekeluarga n pengantin baru dok kat ruang depan umah berhadapan dgn khemah tu nak berbual diselangi dgn gelak ketawa..famili sebelah bapak aku ni kalo berkumpul mmg riuh sekampung..yg ni ngusik yg tu yg tu ngusik yg ni n mcm2 lg..sampaikan aku pun kena ngusik..hmm pengantin baru lg la kena ngusik hehehee..mmg hepi sgt2 maklumlah bukan selalu jumpa..time raya pun x dpt berkumpul mcm time kenduri..so bila dah berjumpa mmg riuh la..mcm dunia kami yg punya hahahaaa..sampai pkul 6 lbih gak la kami bersembang sambil2 menyimpan apa2 yg patut..pastu pkul 9 mlm aku n famili pun bertolak balik..kami yg keletihan seharian berhempas-pulas bt keja diam x berkutik dlm van masa perjalanan balik ke umah aku yg terletak di Bukit Mertajam..
Tengok la gambar2 yg sempat aku rakam masa kenduri tu..gambar aku x byk gambar pengantin la byk tp byk yg aku x masukkan dlm laptop lg sbb byk sgt tambah berat laptop aku hehehee..ok Jom Tengok Gambar!!!




aku n abg cik sblum bertolak ke umah pengantin perempuan..

ni la kak cik, isteri abg cik (maaf kurag jelas ckit)

aku merasmikan katil pengantin hahahaha..:-)

hasil gubahan kak cik Shuhada, adk abg cik..