Tuesday, March 31, 2009

Ku Rindukan Suasana Dulu..


Hahai..bertemu lagi..actually..aku ni boring sebenornya huhu..tengah bt nota tadi la ni nak rehat jap (huhu ada hati lg nak rehat sdgkan exam ada lg 21 ari..) ntah la hahaa..:)
Ok..mlm ni aku nak citer ttg kisah aku n mmber2 yg dah kenal sejak masuk UM..kami ditakdirkan berjumpa di kolej 8, telah bersama2 sejak mggu haluansiswa lg n seterusnya bersama2 sbb kami satu course kecuali Yana (yg dibelakang, kanan skali). Yana amik course Pengajian Al-Quran..ntah la tetiba aku rasa nak tengok gmbar2 dulu n muncul la idea nak citer kat sini ttg hbungan persahabatan aku..sebenarnya ada lg sorg iaitu Aina..tp dlm gmbar ni aina x dak tp dont wori ada lg gmbar2 aku n mmber2..satg aku edit kat sini..:)
Aku sbnarnya rindukan kemesraan yg terjalin antara aku n mmber2 terutama yg sama course la..ntah la napa tetiba la ni kami dah x semesra dulu..kalo ada salahku, tlg la berterus-terang dgn aku..insyaallah aku bleh terima sbb aku ni jenis yg open..kalo ada rasa x puas hati tu tlg la ye gtau aku sbb kalo x gtau mana la tau scara sedar @ x aku akan bt kesalahan yg sama yg korg x puas hati..aku gak yg salah kan..hmm sbnarnya aku dah lama redha ttg apa yg berlaku sbb aku sedar pasir di pantai pun berubah inikan pula manusia yg sentiasa berdepan dgn pelbagai jenis dan corak kehidupan yg Allah telah tetapkan..aku ni bukannya baik sgt tp i'll try to be a good friend to all of my friend insyaallah..
Hmm..hatiku ni mmg sedih n hiba tp aku pasrah dgn segala ketentuan Illahi (tetiba plak tertulis ayat sedih mcm mntak perhatian ja haha..:-P) aku ni mmg jenis yg x kisah ttg hati sendiri sbb nak sgt jaga hati kwn2 sbb bg aku hati sorg sahabat tu penting n skali kita lukakan hati kwn @ skali kita kehilangan kwn kita akan terasa lebih terluka dan kehilangan ramai kwn yg lain (aku terbaca mengenai ini dlm artikel dlm satu majalah) sbb tu aku terlalu menjga hati kwn tp hati aku....paham2 sndiri la..bukan aku mntak hati aku ni dijaga tp at least consider la ckit ttg org disekeliling yg menjadi kwn kita(bukan emosional tp juz luahkan apa yg dirasa..tetiba rasa nak nangis plak huhu) Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini dan kuatkanlah aku dlm menempuh onak duri dan cabaran yg Engkau telah tetapkan kpdku didunia ini amin Ya Rabbal 'Alamin..
Cukuplah hanya sekadar ini shja..apa yg penting ialah aku sgt2 rindukan kemesraan dan keakraban spt dahulu..aku sntiasa berdoa semoga hbngan persahabatan kita ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat insyaallah..
Maafkanlah segala kesalahan aku..sesgguhnya kita ni manusia biasa yg x terlepas drpd melakukan kekhilafan dan kesalahan krn kita x dikurniakan dgn sifat Maksum..sifat Maksum hanya dikurniakan oleh Allah kpd Nabi2 dan Rasul2 shja..sekian wallah hu 'alam

Aina yg disebelah kiri sekali berbaju oren tertera huruf 'N'



Monday, March 30, 2009

Napa Malas Sgt...!!!huhu

Hahai..lama benor aku x post entry kat diary aku ni..rindu mmg rindu tp mcm besa la aku ni agak prasan sibuk so i dont have enough time nak post story kat cni hehe..;-)
Hmm...aku ni sbnarnya dah bebas dari belenggu asgnment yag belambak-lambak tp aku ada lg agenda besar iaitu EXAM!!huhu aku start exam 22 April paper psikologi org dewasa n tua..prof ckap susah sgt2..huhu takutnya cek..tlg2!!sapa bleh tlg study kat aku sila angkat kaki hahaaa..:)
I have a big problem..masalah aku ialah aku sndiri pun x tau napa aku rasa malas sgt..baru ja bukak buku nak study mula la aku nak nonton citer @ yg paling aku suka bt time2 nak dekat exam ialah layan novel @ cerpen di alam maya huhu aku x tau la weiii..sapa bleh tlg nasihatkan aku supaya aku ada rasa keinsafan nak study aku bg 10 sen haha (budak2 x bleh pegang duit byk2..) :-P wake up NURUL!!! ada lg 21 ari ja sblum exam..awk ingat awk tu pandai sgt ka? suka2 ati ja malas2 n lengah2kan time study..uwaaa!!! mama tlg cek..:(
K la aku rasa cukup la dulu..aku nak bermujahadah jap hahaaa..:) aku nak rewind blik napa aku malas hahaaa..sori aku tengah tension so merapu la ckit entry ni huahuahua..:)
Adios n wassalam.......

Tuesday, March 24, 2009

Malam Anugerah Kinabalu - Sunway Hotel Resort & Spa















Salam n bertemu lagi dlm alamaya..:)

Lama dah rasanya aku x post entry kat diary aku ni..huhu rindu plak..4 ur information aku agak busy n taht's why la aku x sempat nak jenguk2 n nak post story kat sini..kali ni insyaallah aku nak cerita ttg dinner kolej aku iaitu MAK Fasa 2 yg telah berjaya diadakan dgn jayanya di Sunway Hotel Resort & Spa..best sgt2 nampak grand n meriah..tema mlm tu ialah Black, Red and Masquerade..ala yg pakai topeng tu ala2 Hollywood gitu haha..:) aku x beli pun topeng sbb x sempat huhu..aku bertolak dari kolej pukul 7.30 mlm n samapi kat hotel tu pukul 8..pastu dlm pukul 1 pagi baru la samapi balik ke kolej semula..mlm tu mmg melaram abis semua org..aku besa2 ja..;-) mmg happening la sbb ada artis jemputan iaitu kumpulan Bunkface..best gak lagu diorg tp aku kurang minat..aku minat lagu2 yg berentak slow n paling aku suka ialah nasyid..:) x tau nak cerita apa dah..tengok ja la gmbar2 yg sempat aku post ni..:)





Kumpulan BUNKFACE..:)


Sunday, March 22, 2009

TAUBAT NASUHA


Sesungguhnya hakikat Taubat Nasuha itu terbahagi kepada 6 perkara :

1)Menangis

Taubat Nasuha memang perlu sangat di iringi dengan air mata, Nabi Muhammad SAW dan semua sahabat baginda dalam riwayat menceritakan akan mereka adalah selalu bergenang air mata walaupun untuk dosa oarng lain, apatah lagi dosa diri sendiri..Jika tak boleh manangis, pura pura menangis juga di benarkan…

2)Tidak mengulangi

Bukanlah Taubat namanya jika repeat back to the same action yang di katogorikan dalam senarai taubat-taubat sepanjang hidup. Sesungguhnya batal sudah akan taubat kamu bila kamu ulang balik dosa itu.Menghampiri kepada perkara yang boleh mengulangi dosa juga akan membatalkan taubat, yelah,contoh kalau dah taubat tak nak berzina, tapi in the same time masih lagi menghampiri zina, bergurau antara pusat dan lutut misalnya.., tak ke hampeh?, so basic yang paling simple dalam taubat adalah: never repeat forever and ever!Senang cerita sampai mati tak akan buat dosa itu, dan sanggup mati daripada mengulangi dosa itu…

3)Tiada Niat untuk mengulangi

Jika tadi tak mengulangi, sekarang niat untuk mengulangi pun kena bersih…Ada Ustaz yang menyatakan bahawa sekiranya orang yang mendakwa dirinya sudah bertaubat, tapi masih ada niat untuk ulang balik dosanya jika ada peluang atau sering berkhayal melakukan dosa itu, maka taubatnya adalah batal, kerana dia adalah belum betul betul bertaubat…So, baca perenggan seterusnya untuk atasi masalah ini.

4)Menyesal

Antara azab yang paling menyeksakan hidup adalah ‘menyesal’.., menyesal akan datang apabila peluang di berikan tetapi telah di sia-siakan, sebagai contoh ahli neraka akan menyesal gila bila Allah tayang shurga yang patut mereka dapat.., sebab Allah dah siap shurga sorang satu, tapi bila bakal ahli shurga itu telah tidak melayakkan dirinya, maka Allah telah bahagi-bahagikankan shurganya itu kepada ahli shurga yang lain.., tak menyesal gila dibuatnya? Meroyan habis kau!Dan bila ahli neraka melihat azab, menyesal sehingga menggigit jari jari sampai putus putus..oh!Jadi balik kepada isu menyesal dalam adab adab Taubat, kenalah faham bahawa selain tidak mengulangi dosa, juga kena rasa menyesal gila pada perbuatan dan ketelanjuran terhadap dosa dosa yang lampau..

5)Jangan cerita dosa kita pada orang lain.

Dalam adab Taubat, dosa hanya perlu cerita pada Allah sahaja kecuali dosa jenis terlibat dengan hak orang lain, seperti mencuri ke, terambik barang ke, terumpat ke, itu memang nak kena cerita direct kepada mangsa jenayah kamu itu.Dalam kes ni, samalah juga macam kes pakcik diatas, silap-silap bila kita cerita dosa kita pada orang lain, sekali datang pulak rasa bangga… terus batal taubat!

6) Menzahirkan Taubat.

Ini yang paling penting, pendek cerita, orang yang mencuri bila bertaubat kena pulangkan balik barang yang di curinya, orang yang bergaduh bila dah bertaubat kenalah berdamai dan saling memaafkan, orang yang membunuh bila dah bertaubat kenalah mintak maaf kepada ahli kelurga yang dibunuh…, panjang cerita, terpulanglah kepada jenis dosa masing masing dan kembangkanlah sendiri akan bagaimana nak zahirkan taubat…Sebab, dosa dengan Allah pasti akan diampunkan kerana Allah adalah Maha pengampun, dengan syarat kita bertaubat, tapi bila dosa dengan makhluk Tuhan, inilah yang paling di takuti..
7) Tidak putus asa.
Adalah menjadi kesalahan besar pada mana mana penzina atau pembuat dosa apabila berputus asa dengan Allah kerana hakikatnya sifat Allah adalah Maha pemurah lagi Maha Pengampun, dan Rahmat Allah adalah lebih besar dari mana-mana dosa…
Seperti diterangkan dalam surah Al Baqarah ayat 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
Dan juga surah Al-Baqarah ayat 222,"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
So, jangan putus asa walaupun kamu jenis yang lepas taubat buat balik dosa… dengan syarat bila kita doa mintak ampun kat Allah, buatlah cara seolah-olah kita betul-betul tak layak untuk dapat pengampunan disebabkan dosa yang menggunung tinggi tapi dalam hati mengharap kepada Rahmat Allah yang melangit luas.
Tapi jangan pulak salah guna sifat Pemurah Allah, untuk buat lebih banyak dosa… Naduzubiullah, itu mengcabar namanya.. dosa lagi besar untuk niat begitu…
Maka bila kita dah terbuat dosa atas kelalaian kita , kelemahan kita , keterlupaan kita dan sebagainya, sememangnya itu sifat manusia sebab Nabi Muhammad SAW telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi:
"Setiap anak Adam pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat ".

Bak kata pepatah penjajah dari Negara Komanwel:

“Every man will pay the penalty for his own misdeeds. The men who remember this will be angry with no one, indignant with no one, revile no one, blame no one, offend no one, and hate no one…”

Saturday, March 21, 2009

CERMIN DIRI KITA..


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepadakesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Tuesday, March 17, 2009

16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA :

1) MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
2) MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
3) MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
4) MALAM 10 MUHAMRRAM
5) MALAM NISFU SYA'ABAN
6) MALAM 'LAILATUL QADAR'
7) MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
8) KETIKA HENDAK BERBUKA
9) ANTARA AZAN DAN IQAMAH
10) PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
11) SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
12) ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
13) SELEPAS KHATAM AL-QURAN
14) KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
15) SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
16) SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA :

1) KETIKA MELIHAT KAA'BAH
2) DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
3) DISISI MULTAZAM
4) DIBAWAH PANCURAN EMAS
5) DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
6) DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
7) DIATAS BUKIT SOLAT
8) DIATAS BUKIT MARWAH
9) DITEMPAT SA'I
10) DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
11) DI MUZDALIFAH
12) DI MINA
13) DISISI JAMRAH AL-ULA
14) DISISI JAMRAH AL-WUSTO
15) DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
16) DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.

(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)

Sunday, March 15, 2009

Simfoni Ukhuwah (SIFU 09)

Pagi sblum bertolak ke PERNIM..say CHEESE!!


Dgn Murni (8 tahun) n Zarish ( 1 tahun lebih)


Ada bakat jadi ibu mithali x?hehe


Salam..

Kali ni aku nak cerita kat semua ttg program SIFU iaitu lawatan ke rumah anak2 yatim n aids PERNIM kat ampang yg diadakan pada 7 Mac 2009..aku join program ni sbg peserta n setiausaha..kat umah tu ada seramai 60 org kanak2 dari umur 2 bulan sehingga sekolah menengah..yg dah ada anak pun ada gak yg dok kat umah tu..pengasas PERNIM ialah Pn.Hjh Norlina Hj Alawi..


Bersama2 Adrian yg baru berumur 4 bulan..cute little boy


Mmg tersentuh hati n naluri keibuan bila melihat kanak2 tersebut membesar tanpa ayah ibu disisi..:( aku mula merancang n insyaallah kalo Allah izinkan aku nak buka sebuah rumah caregiver utk menempatkan kanak2 @ warga tua @ sesiapa shja yg memerlukan bantuan kemanusiaan amin..doakan aku agar dpt membuka rumah caregiver..

Kat umah tu ada 2 org kanak2 yg berumur 10 tahun n 8 tahun mengidap aids pada tahap 2 dan tahap 4 n ada bayi n kanak2 yg di detect ada virus hiv aids dlm badan mereka, kena tggu sehingga mereka berumur 2 tahun baru dpt kesan s/ada diorg mengidap aids @ x..mmg sedih tengok kanak2 tersebut..mereka mmg berdikari..bayangkan kanak2 umur 5 tahun dah diajar cuci kasut sendiri n iron baju sendiri..huhu mmg menyentuh perasaan..:( aku berdoa semoga Allah berikan ketabahan hati n kecekalan kpd mereka dlm menempuh kehidupan di dunia yg serba mencabar ini n berdoa agar mereka dpt menjadi manusia yg berguna kpd agama, bangsa n negara insyaallah..
C u again next time..

Bergambar kenangan sblum balik kolej..:)

Bestnya dapat balik KAMPUNG!!!


Posing kat moto baru bapak aku..:)

Salam...
Seminggu lamanya aku x coretkan sesuatu disini, rindu plak rasanya..:) 4 ur information..aku balik kampung pada 8 Mac 2009 ritu hehe..best rasanya dapat balik umah n tido di bilik sendiri..:) aku ponteng kelas ari selasa hingga kamis semata2 nak dok kat umah lama2..:) nyesal ada gak tp jumpa parents lg penting drpd segala2nya..:) lgpun aku balik nak release tension..aku balik umah pun aku dpt gak bt ckit assignment kalo nak dibandingkan kalo dok kat kolej aku byk abiskan masa dgn tido n prasan sibuk ja huhu..ntah la napa aku rasa sem ni aku main2 ja x dak commitment lngsung utk siapkan assignment yg belambak2 tu..so aku bt kptusan drastik utk balik umah sambil2 curi peluang berlama2 di umah bleh gak bt assignment w/pun x siap semua tp ada gak hasilnya alhamdulillah..:)
15 Mac 2009 aku dah balik kolej..maka bermula la rutin harian ku iaitu p kelas n tutorial after that dok dlm bilik layan perasaan hahaha..huh x kuasa aku nak layan perasaan..aku layan blog lg best..:) spt biasa mak aku akan bekalkan aku dgn mknan utk dikongsi bersama2 dgn mmber2..alhamdulillah murah rezeki aku amin!! hua hua hua..:) tima kasih byk2 mak sbb bersusah payah bt bekal utk cek..cek sayaaaaannnnggggg sgt2 kat mak n bapak..sblum trun keter masa kat stesen bas bapak aku bg rm100 yaahooo..best2..:)
Itu ja la kot serba sedikit utk aku lpaskan gian aku menulis kat diary ni..:) c u next time..wassalam n bubye

Dlm bas mara liner semasa on the way nak balik umah..:)

Friday, March 6, 2009

CINTA







INGATLAH WAHAI MANUSIA2 SEKALIAN..


Sekadar Renungan



"Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan.. Sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata.. Hati yang suci itu lebih putih dari ladang kapas & tiada cinta yang ikhlas selain menyintai Allah"

Biar nafsu sunyi tanpa godaan,biar kaki sunyi tanpa berjalan,tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT.

MUSLIMAH SEJATI


Muslimah Islam..

Beginilah jalanmu..

Tundukkanlah pandanganmu..

Keraskanlah suaramu..

Seriuskanlah perwatakanmu..

Tampilkan ketegasanmu..

Bila engkau di depan atau di belakang..

Atau di kiri atau di kanan lelaki..

Walau atas apa alasan sekalipun..

Ketuk keegoan mereka..

Bangkitkan mereka dari mimpi..

Jelaskan dengan amalmu..

Bahawa percampuran bukan caranya..

Bahawa keseronokan adalah palsu..

Bahawa di sini tiada kebahagiaan..

Hanya kehancuran..

Andaikan engkau belum berkahwin..

Ingatlah janji tuhan..

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..

Jangan menggadaikan maruahmu semata-mata..

Kerana seorang lelaki..

Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu..

Hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki..

Kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya..

Muslimin yang baik tidak melihat paras rupa..

Muslimin yang soleh tidak memilih wanita yang terdedah auratnya..

Muslimin yang warak tidak memilih wanita melalui keayuan dan kemanjaannya..

Serta kemampuan menggoncang iman mereka..

Tapi, muslimin yang baik menilai wanita melalui akhlaknya..

KAIFIAT AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah sepert orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al- Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan