Sunday, September 27, 2009

Diri Pada Tahap Nafsu Mardiyah Diredai Allah SWT

Pada entry yang lalu kita membincangkan mengenai nafsu ammarah, tangga paling rendah yang mengakibatkan diri selalu diselubungi keburukan dan maksiat.


Di tangga kedua ialah nafsu lawwamah, kemudian diikuti tahap lebih baik nafsu mulhimah, muthmainnah dan nafsu radiah serta mardiyah.


• Nafsu lawwamah - Nama ini diambil daripada al-Quran, sebagaimana pada ayat 2 dari surah al-Qiyamah, maksudnya: "Dan aku bersumpah dengan an-nafsul-lawwaamah (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)."

Diri pada tahap ini meningkat sedikit, berbanding diri yang dikuasai nafsu ammarah.

Jika pada tahap nafsu ammarah diri tidak terkilan dengan kesalahan dilakukan, bahkan megah dengan dosa, tetapi pada tahap ini diri kesal atas keterlanjuran dan kekurangannya menunaikan kewajipan.

Di dalam diri terasa seperti ada sesuatu yang mencelanya. Tetapi dengan adanya suara celaan dari dalam diri itu menunjukkan ia masih hidup. Walaupun berpenyakit masih belum parah.

• Nafsu mulhimah - Sesetengah ulama tidak memasukkan tahap ini dalam peringkat sifat yang dilalui diri manusia. Tetapi ramai juga dari kalangan ulama terutama ahli sufi yang memasukkan peringkat ini seperti diisyaratkan al-Quran, maksudnya: "Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan." (as-Syams:8)

Nas terbabit pada amnya menjelaskan manusia boleh menerima suatu saranan di dalam dirinya sama ada berunsur kejahatan atau kebaikan. Ini juga menunjukkan diri seseorang sentiasa diilhamkan dua unsur; kejahatan dan kebaikan.

Berdasarkan nas dan sejarah hidup manusia sepanjang zaman membuktikan di dalam diri manusia ada satu daripada dua unsur itu, seperti suatu alat yang dapat mengesan gelombang suara dari alam ghaib.

Fenomena ini adalah realiti yang diakui tanpa diragui. Dalam bidang ilmu, fenomena ini dikaji ahli psikologi.

Pelbagai pendapat dan istilah dikemukakan, namun semua kajian menyakini fenomena terbabit sekalipun berbeza dari segi penafsirannya.

• Nafsu muthmainnah - Nafsu di tahap ini lebih sempurna, dari sudut usaha menyucikan (tazkiyah) dan melakukan jihad (mujahadah) terhadap nafsunya.

Hasil dari jihad nafsu yang tabiatnya sentiasa bergelora dan membara tanpa ada batas kepuasan, berpandukan syariat Allah dan jauh daripada maksiat, zahir dan batin, menjadikan diri mencapai ketenangan.

Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hukum Allah dan manhajnya, ketentuan qada dan qadar (takdir), mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadat.

Malah, diri tenang menghayati konsep kehambaan diri kepada Allah, sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada segala penyakit.

Diri dalam peringkat ini akan mudah terasa dengan kesalahan dan dosa manakala ukuran dan timbangan terhadap sesuatu amal kebaikan semakin cermat.

Kedamaiannya dinikmati oleh diri dan oleh orang sekelilingnya, bahkan kadangkala menjadi penaung kepada mereka yang diburu kerisauan dan keresahan hidup.

Diri di peringkat inilah yang mendapat panggilan Ilahi sebagai hamba-Ku (ibadi) dan tentunya akan mendapat ganjaran syurga.

• Nafsu radiyah - Diri di tahap ini dapat mendiamkan syaitan dari dalam dirinya. Allah menurunkan ketenangan ke dalam hatinya.

Diri akan menghayati sifat reda dan menjadi maqamnya (tahap kedudukan), namun diri ini masih bimbang dan berasa belum diterima Allah.

• Nafsu mardiyah - Diri di tahap ini diredai Allah. Diri yang mencapai peringkat ini akan dapat merasakan maqamnya (tahap kedudukan) diterima Allah.

Tetapi rasaan ini bukanlah suatu yang dibuat-buat dan sekadar satu dakwaan sedangkan sebenarnya tidak ada pada batin dirinya.

Rasaan itu adalah pemberian Allah sebagai 'busyra' (khabar gembira) dari Allah kepada hamba-Nya yang diredai ketika mereka masih lagi hidup di dunia.

Istilah pada diri di tahap ini diilhamkan dari al-Quran. Tahap ini yang dihayati serta dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan keazaman oleh tokoh kerohanian Islam seperti ahli sufi.

Bagi kita yang bukan ahlinya dan tidak menempuhinya, selayaknya kita menerimanya selaras dengan anjuran al-Quran.

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka; maka bertanyalah kamu kepada ahlu'dz-dzikri jika kamu tidak mengetahui." (al-Anbiyaa':7)

Nafsu Ammarah Darjat Paling Hina

SETIAP orang mempunyai nafsu. Ia adalah kurniaan Allah yang bersifat fitrah sebagai pelengkap kepada unsur kemanusiaan di samping akal.


Dengan nafsu kita dapat makan dan minum, melakukan itu dan ini memakmurkan bumi, malah beranak pinak. Sebab itu, jika manusia tiada nafsu untuk makan, ini menunjukkan petanda buruk.


Cuma yang berbeza ialah tingkatan nafsu pada diri seseorang. Sesetengah dapat mengawal nafsu, manakala yang lain terikut-ikut telunjuk hawa nafsu, malah kerap terbabas kerana gagal mengawal nafsu.

Dalam Islam, nafsu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu muthmainnah, radiah dan mardhiah.

* Nafsu ammarah - Nama ini diambil daripada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai pengakuan Zulaikha (Imratulaziz) atas kesalahan dan kesediaannya membuat pengakuan yang Yusuf bersih daripada sebarang keburukan dan kesalahan.

Ia adalah nama bagi nafsu di tahap paling rendah. Diri di tahap ini disifatkan al-Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan.

Maksudnya diri manusia dikuasai sepenuhnya oleh unsur kejahatan sehingga manusia menjadi hamba nafsu, bahkan menjadikan nafsu sebagai Tuhan yang ditaati.

Manusia yang memiliki akhlak serendah ini nilai baik dan buruk tidak bermakna dan tidak penting.

Cuma yang penting baginya ialah yang dapat memenuhi kehendak nafsunya saja. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

Diri dalam peringkat terendah inilah yang diistilahkan oleh ahli kerohanian Islam sebagai 'nafsu'.

Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja.

Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil.

Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara.

Al-Quran mengumpamakan seperti seekor anjing yang termengah-mengah dan terjelir lidahnya kerana kepenatan.

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu. Tetapi ia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing; jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah.

"Dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Al-A'raaf: 176)

Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian. Diuji dengan sifat rendah dan buruk.

Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang, melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya itu.

Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri, tabiat dan kelemahannya.

Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi hamba dan mengabdikan kepada Allah saja.

Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat maju ke peringkat yang lebih tenang.

Betapa Agung Syariat Allah Haram Babi

MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.


Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.


Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari.

Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."

Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."

Pengharaman babi dalam al-Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia, termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut berpuluh nyawa.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya.

Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri.

Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit.

Dalam menghadapi situasi ini kita bertanya mana kehebatan negara kuasa besar dunia yang tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta kalangan saintis?

Mereka sedang mengkaji, tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan-Nya.

Amat menakutkan akibat dari babi ini, H1N1 berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas, hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana - di pusat beli-belah, tempat letak kereta, kedai kopi, stadium dan perhimpunan.

Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar, ia bergerak begitu pantas. Anda juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat anda yang terkena, sekurang-kurangnya kena kuarantin.

Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah kata.

Bahaya ini tak masuk lagi pengharaman lain yang lama dilaknat Allah, tetapi masih berleluasa dalam masyarakat kita dilakukan bukan sahaja secara sembunyi lagi, sebaliknya sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk seperti persundalan.

Yang paling menakutkan kita masih 'pekak' dengan kemurkaan Allah.

Biasanya apabila dah reda sedikit sesuatu wabak atau bala kita akan lupa semula Allah. Lupa apa yang Allah larang, balik asal buat ingkar.

Apabila kena bala baru semua sepakat berdoa Allah, mula rajin solat tetapi apabila sudah sihat lupa lagi Allah. Begitulah kedegilan sebahagian kita.


"Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Begitu cepat ia merebak. Jangan lupa gunakan kuasa doa sama ada doa biasa ataupun doa dengan qunut 'naazilah'".

Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada, semua dengan izin Allah semata-mata.

Islam Agama Sejagat

ISLAM!

Satu agama yang menekankan konsep ketuhanan yang satu, berasaskan ajaran yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran, iaitu satu-satunya kitab yang terpelihara daripada sebarang bentuk kesilapan.

Mereka yang memeluk Islam diiktiraf sebagai golongan terbaik. Ini diakui sendiri Allah melalui firman-Nya, bermaksud: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah." (Al-Quran, surah Ali-Imran: 110)


Sinar Islam terpancar di seluruh penjuru dunia. Selagi tempat itu dihuni manusia, demikianlah cahaya kebenaran itu menerangi hati masyarakatnya.

Begitupun, Islam paling berpengaruh di benua Afrika dan rantau Timur Tengah, termasuk di beberapa negara benua Asia.

Komuniti besar juga dijumpai di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Russia, yang dulunya kebal dengan anasir komunisme. Tidak ketinggalan di Eropah Barat yang bertunas melalui kumpulan imigran Muslim.

Hari ini dianggarkan ada kira-kira 1.8 bilion umat Islam, dengan 20 peratus tinggal di negara Arab, 30 peratus di wilayah dan perbatasan sebelah India manakala 15.6 peratus adalah Indonesia, iaitu negara paling ramai masyarakat Islam.

Secara umum orang Islam terbahagi kepada dua denominasi besar, Sunni (85 peratus) dan Syiah (15 peratus), namun mereka teguh bernaung di bawah kepercayaan yang satu, malah ibadatnya serupa.

Jumlah yang sangat besar itu sekali gus menjadikan Islam menjadi agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian.

Suburnya Islam ibarat 'cendawan selepas hujan' hasil dakwah dan perjuangan yang dipelopori junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, nabi terakhir bagi manusia.

Realiti ini membuktikan Islam agama yang sesuai dan semakin diterima sekalian manusia, tidak mengira jantina, usia dan taraf kedudukan, baik miskin atau kaya, selagi mengakui tuhannya Allah dan Nabi Muhammad s.a.w Rasulullah.

Tetapi apabila sudah besar, muncul pula perselisihan. Bukan sekadar urusan keduniaan, malah persoalan seperti untuk siapa dan milik siapa Islam ini, bahkan siapa yang layak memartabatkannya juga diperdebatkan.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, bermula daripada bibit kecil itu tercetus pertikaman lidah, tuduh menuduh dan saling mempelekehkan, sehingga terbawa-bawa kepada isu terkeluar daripada Islam yang sebenar, dek kerana terkeliru.

Penyandang Kursi Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim, menegaskan Islam yang diturunkan Allah melalui Rasul-Nya sebenarnya untuk semua manusia.

Menurutnya, sesiapapun berhak menganut agama suci itu dan tiada sebarang sekatan dalam hal ini, termasuk untuk mengamalkan ajaran Islam dan memperjuangkannya.

Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa mengajak kepada petunjuk, baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikuti (ajakan)nya, tidak dikurangi sedikitpun daripada pahala-pahala mereka." (Hadis riwayat Muslim)

Beliau berkata, sekiranya masyarakat menyelusuri sejarah, Islam wujud semenjak zaman Nabi Adam a.s lagi, kemudian ia berterusan kepada nabi dan rasul selepas baginda.

"Cuma selepas Nabi Ibrahim a.s, banyak pihak yang meninggalkan ajaran Islam sehingga menyembah berhala, menyekutukan Allah.

"Akhir sekali datang Nabi Muhammad s.a.w membawa Islam iaitu Islam yang dibawa yang sama dari dulu.

"Cuma dakwah Nabi Muhammad ini berbeza sedikit dengan nabi sebelumnya, kerana nabi sebelumnya membawa ajaran untuk kaum tertentu saja.

"Baginda s.a.w pula membawa ajaran Islam untuk semua manusia, tidak terbatas di negara Arab dan kaum tertentu saja.

"Islam seluruhnya adalah komuniti yang paling besar dan kerana itu dalam solat, ibadat puasa, hatta menunaikan haji juga di tempat yang sama iaitu di Tanah Suci Makkah.

"Melalui ibadat ini menjelaskan kepada masyarakat, umat Islam adalah satu dan kita harus bersatu," katanya.

Beliau juga menegaskan, Islam adalah milik semua pihak yang mengaku Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir, mengucap kalimah syahadah dan tidak murtad, iaitu selagi tidak menyatakan keluar daripada Islam.

"Apabila mengatakan solat tidak wajib, terkeluarlah daripada Islam dan kalau melakukan maksiat sekalipun, selagi tidak menafikan kewajipan dalam beragama, masih dikira Islam," katanya.

Lima ahli hadis meriwayatkan daripada Tamim ad-Darimi dari Nabi s.a.w, baginda bersabda, (maksudnya): "Agama adalah nasihat." Kami bertanya: "Untuk siapa?" Nabi s.a.w menjawab: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, ulama umat Islam dan umat Islam secara keseluruhannya."

Orang Islam mempercayai Allah mewahyukan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w, melalui malaikat Jibril serta menjunjung tinggi al-Quran dan sunnah sebagai sumber asas dalam kehidupan, sama ada membabitkan politik, ekonomi, pendidikan dan hal ehwal kemasyarakatan, selain mengambil hukum melalui ijmak, qias dan ijtihad.

Sebagaimana fahaman lain yang mempunyai tatacara, Islam juga tidak terlepas daripadanya, malah rangkuman tiga segmen; ketuhanan (tauhid), peribadatan (syariah) dan nilai (akhlak), menjadikannya ajaran yang lebih tersusun.

Ringkasnya, umat Islam perlu mematuhi lima prinsip yang disebut Rukun Islam, gabungan ketiga-tiga segmen terbabit.

Bagi umat Islam, walaupun Nabi Muhammad yang membawa ajaran Islam, mereka tidak menganggap baginda pengasas agama baru, tetapi sebagai rasul mengembalikan semula ajaran asal ketuhanan yang satu Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan sekalian nabi a.s.

Dr Ismail berkata, dalam soal ini tidak berbangkit lagi persoalan sama ada sesetengah pihak itu Islam atau terkeluar daripada Islam, selagi dia mematuhi prinsip terbabit.

"Islam bukan untuk orang Melayu atau Arab sahaja. Michael Jackson pun kalau dia mengucap kalimah syahadah, dia juga orang Islam," katanya.

Mukjizat Al-Quran

AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.


Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.


Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran.

Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.

Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran.

Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.

Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.

Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.

Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya.

“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).

Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.

Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)

Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.

Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.

“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.

“Antara katanya, gajah...apa itu gajah...ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.

Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya.

Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.

Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.

Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”

Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”

Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”

Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking.

Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu.

Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.

Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”

Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah.

Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”

Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”

Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar.

Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”

Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.

Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.

“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.

“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.

Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair.

“Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah.

“Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.

“Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati...” (al-Quran, surah al-An’anm:155)

Ganjaran Besar Puasa 6

BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.


Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.


Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.


Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Wednesday, September 9, 2009

MUKJIZAT DISEBALIK BISMILLAH..

Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Ya ng Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu , suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya..

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

JOM BLAJA CAKAP GANU..hehehe

meh pakak blajo bahase ganu kiter...


*jauh sapok.....teramatlah jauhnye

*panah sang (panah kettik)......panas yg teramat sgt

*comel lote.........comel yg amat

*ija naung..........hijau kehijauan

*sejuk ketto........sejuk yg sgt2

*itang lettung ( itang leggang)......tersangatlaa hitamnya

*punoh jahnang......rosak

*pughah hangik......hampeh gile

*gugha bewok........gurauan yg menyebabkn pgaduh

*air geh tujuh yu - pi cak katung jogek-jogek...air 7UP(kole beghang)

*taik ayang muna....tahi ayam yg masih hangat

*kona lepe.........kona lipat

*kelecak...........terpelanting

*nakuk paik.......penakut yg amat

*tinggi lonjong....tinggi sgt

*tinggi nyayuk......sama cm diatas

*masing pekkok.....teramat masin!

*sekak netting.....singkat sgt (kain)

*nipih nayyang.....sgt nipis

*maknga............cuai

*babei.............degil (taktau nak eja camane)

*jabir/supek/plastik ghok-ghak....plastic bag

*koghok............tengkorak

*kehek.............muntahkan semula

*puahsang..........boring

*meppeh............tak larat

*kepeh blepeng..kempis sgt(sampai mcm lempeng?)

*lapo perut........lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)

*ngatuk mate.......ngantuk

*rokok cap unta nabai.. rokok camel koleberang's)

*bodo oh lalu........bodo lebeh2 lebih2

*koghok keghing goh....tengkorak yg sudah kering

*(cm mengata/mengumpat)

*kelecak baghak......terpelanting

*kerek tlage......konkrit mengepung telage

*tadok aghoh........habis ikhtiar

*penuh poppok/rumbu.......penuh sampai melimpah

*khapoh...........kerak (goreng posang etc)

*penuh nembok......penuh sampai melimpah

*gemuk debbok......gemuk sgt

*kuruh kering.....sgt kurus

*botok licing.......botak licin (rambut)

*beso jereguk.....besar

*kecok.............jln terhincut2

*gege..............bising

*suke glekek.......ketawe menggelekek

*ketor geggor......terketar smp bergegar..hehe

*manih leting......sgt manis

*dulli mung........tak ambik peduli

*musing ketang caghi-cari merate

*letihsang.........sgt letih

*bapok gong........sgt besar

*gong..............sombong

*srupe tule/supatula.......serupe je

*beghak nanang......sgt berat

*ringang lepung.....sgt ringan

*ketik nnyamuk......digigit nyamuk

*makang kkucing.....dimakan kucing

*kattok wong........katak (siap ade bunyi tuu)

*dop tahu starang.....tak tahu pun

*busuk kohong....busuk gile

*agah...org yg sombong

*soheh dok munggg??... ko ni biar betul!!

*makbrekmok... tuuttt(censored)

*sewang......lbh kurang serabut jgk

*membo nga bang......dok tahu nk explain

*ape ke jadah ...... apa hal

*apah nyor...... hampas kelapa

*anguh letong...... sangat hangus

*bata golek ..... boaster/bantal pelok

*bronok ..... sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu

*bepang ....... sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut

*boloq woq ...... serabut

*bahang ....... pukul kan!

*Bluahh ......comot

*culah ...... malah

*ceekiik....... cubit-cubitan

*dokdang ....... tak sempat

*glising ......merekah

*iiising ....... gile dooo

*ikang aye ...... ikan tongkol

*ikang kerah ekor ...... ikan cencaru

*kheloqq ....... malu kot!

*tunggu stor ....... malu sekejap

*Kupik .........kedekut

*Kembit ......mengada-ngada

*gembik.....lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je

*ngerek...... selalu bwk awek kot?

*Lembek ..... tilam

*Lambur ....... beranda/balkoni

*meroh merang ........merah sangat

*memang dok arr ....... memang tak ar!

*musing ligat ......... berpusing2

*musing ketang ......... berpusing2

*ngoyang ....... meroyan

*nyekik ......... menyampah

*nyakit nyamang ........ tidak bersangkutpaut

*nyeh-nyeh ........ mengada-ngada

*nisang .......gula melaka

*skekk ..... sedikit

*se`jek ...... masjid

*sekut merri ......biskut merrie

*se'eh ...... kenyang sangat

*sorok....... drawer

*tawor hebbe ....... tawar gile

*tawor lembo....tawar(air)

*tohok......buang

*senyak tupih( senyap tuppah ).....senyap sunyi

*tinggi sayuk....sgt2 tinggi

*beso jallo.....sudah besar(org)

*kecik tuik.....kecil sgt2

*pucak kesi.......pucat

*bising bango.....biSinG giLEr

AMALAN RASULULLAH SAW

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan
dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? -

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah
maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat
menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah

-(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum.

-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi
H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama  diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru), Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara satu lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah

Jazakallah

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...

" Berbudi selagi perlu,Berukhuwah selagi mampu "

9 JENIS ANAK SYAITAN

Sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

KRITERIA LELAKI YANG SOLEH

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.


2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

RENUNGAN UNTUK KITA

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Thursday, September 3, 2009

Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak Oleh Allah SWT?

Salam n Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. :-)
Kali ni aku nak share ckit berkenaan dgn faktor yg menyebabkan amal ibadat kita ditolak oleh Allah SWT..

1) MENGUMPAT
= naik malaikat ke langit yg pertama membawa seorang hamba yg dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, bersinar-sinar cahaya amalannya seperti matahari, lalu malaikat penjaga pintu langit pertama berkata : "Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskan ke mukanya! Aku, Tuhan tempatkan disini sebagai peneliti dosa orang-orang mengumpat supaya tidak membiarkan amalan orang mengumpat naik melintasi aku ke atas."

2) BERMEGAH DGN KEBENDAAN
= Datang pula malaikat lainnya membawa amalan soleh hamba Allah yg sangat bersinar2 amalannya itu. Apabila sampai ke langit kedua maka malaikat penjaga pintu langit itupun berkata : "Berhenti! ambil amalan itu dan pukulkan ke muka orang yg empunya amalan itu kerana bersarang dengan kemegahandunia, tidak boleh melintasi aku kerana dia bermegah2 dengan amalannya kepada manusia, mencari keredhaan manusia (kerana pangkat, wang, nama, pujian dan sebagainya)."

3) TAKABBUR
= Naik pula malaikat yg lain bagi membawa amalan hamba Allah yg bercahaya dan cemerlang dari amalan sedekah, puasa, sembahyang yg menakjubkan malaikat sendiri. Apabila tiba di langit yg ketiga ditahan oleh malaikat penjaga pintu langit, katanya : "Berhenti! ambil amalannya dan pukulkan ke muka tuannya. Aku malaikat pengawas sifat2 takbur tidak membenarkan melintasi aku dengan perintah Allah kerana amalan ibadatnya mengandungi takbur."

4) HASAD DENGKI
= Naik lagi malaikat lainnya membawa amalan hamba Allah, apabila tiba di pintu langit yg kelima, malaikat itu berkata : "Berhenti! pukulkan amalannya itu ke mukanya, tengkuknya, bahunya, aku malaikat pengawal sifat2 dengki manusia tidak membenarkan orang2 yg hasad dengki amalannya itu dinaikkan melewati aku di langit kelima ini."

5) TIDAK BERSIFAT RAHIM
= Malaikat yg lainnya pula membawa naik amalan hamba Allah menghadap Allah lalu ditahan oleh malaikat penjaga langit keenam : Berhenti! ambil amalannya itu palukan ke muka tuannya kerana dia tidak bersifat rahim sesama manusia - orang ditimpa bala dia hanya suka sahaja melihatnya. Aku malaikat rahmat sentiasa meneliti sifat rahim menusia. Allah perintah kepada aku supaya jangan membiarkan amalan hamba yg tidak ada sifat rahim naik ke atas."

Wallahhu'alam..

Wednesday, September 2, 2009

NASIHAT RAMADHAN - Berhenti Daripada Banyak Cakap

      1.  Syaikh Hussain Yaaqub anak murid Syaikh Soleh Uthaimeen berkata :
             
              "Di bulan Rmadhan ini, tolong tutup mulut! cakap hanya yang perlu! berpuasa adalah satu ibadat seperti solat."

   
    2.   Rasulullah SAW bersabda : 
        
              "Sesiapa yang percayakan Allah dan hari Kiamat harus kurangkan bercakap."


      3.   Ketahuilah setiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah ganjaran ataupun hukuman kepada kita. Fikirkanlah!! Malaikat Munkar dan Nankir yang menulis.

   
     4.   Apabila kita bercakap tanpa berfikir, keadaan ini mengundang berlakunya sesuatu yang buruk, salah dan berdosa.

   
     5.   Rasulullah SAW bersabda :

               "Sesiapa yang berdiam diri lebih selamat, ambil sikap ini, Allah mencipta satu lidah dan dua telinga ada sebabnya - kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar."

ENAM PERSIMPANGAN

Salam..hahai lamanya x post entry kat sini..busy ckit akhir2 ni huhu..ha kali ni aku nak bercerita kisah teladan ckit hehehehe..so mari lah kita sama2 mendengar cerita kwek3.. :-)

Abu Bakar r.a berkata "sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa disebelah kananmu, nafsu disebelah kirimu, dunia disebelah belakangmu, dan semua anggota tubuhmu berada disekitar tubuhmu.  Sedangkan Allah SWT diatasmu.  Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa, dan Allah mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud "... dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya"

Siapa yang memenuhi ajakan iblis maka hilang agama dari dirinya.  Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.  Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.  Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.  Dan sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang Syurga dari dirinya.  Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dar dirinya semua kejahatan da dia memperolehi semu kebaikan.

Iblis laknatullah adalah musuh manusia,sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah.  Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.