Wednesday, July 7, 2010

PILIHANKU...

Pilihanku...
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati...
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata...
Takut jika diwarnai kegelapan...
Kita buta hilang arah...

Pilihanku...
Bukannya pada manis tutur kata bermadah...
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela...
Andainya suara dikaburi fitnah...
Kita rebah tiada bermaya...

Pilihanku...
Bukan pada banyaknya harta dunia...
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga...
Bimbang kemewahan membawa leka...
Menghilangkan cinta kita pada-Nya...
Lalu dimanakah bahagia?

Pilihanku...
Seorang yang buta...
Buta menilai paras rupa...
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku...
Keikhlasannya melakar cinta yang diredhai...
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku...
Seorang yang bisu...
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti...
Kerana harapan disandarkan pada Illahi...
Pendiriannya menusuk nurani hawa...
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu...
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur...
Hina kerana sederhana...
Iman memujuk jiwanya...
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah...
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan...

Pilihan Kami...
Pada agama yang memelihara
Pada syahadah yang mengiringi
Pada Al-Quran yang membimbing.

Biar...
Cinta kami pada Maha Menyintai...
Kerana janji-Nya pasti...
Cinta kami pada Kekasih Illahi
Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki...

Kasih isteri pada cinta yang diberi...
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya...
Bukan cuma kekasih duniawi...
Tapi teman menuju Syurgawi...

Ramai yang mencari cinta tapi tertipu olehnya, ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya, ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya. Kerana cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Bila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan dari leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digadai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya IMAN...apapun cabaran, kita tetap mara ke hadapan, insyaALLAH...

No comments:

Post a Comment

Sudi2 la komen kat blog ni..:-)