Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Bulan Rahmat dan Bulan Pengampunan

Salam semua n selamat menjalani ibadah puasa.. :-)
Kali ni just nak kongsi ckit maklumat berkenaan bulan Ramadhan yg aku amik dari akhbar Harian Metro.. :-)

       Kehidupan di dunia ini tidak bererti jika kita tidak mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT. Lebih tidakbererti lagi jika segala kesalahan, keterlanjuran serta dosa yg dilaukan tidak mendapat keampunan-Nya. Sebagai org beriman, kita dituntut sentiasa memohon keampunan kpd Allah SWT di atas segala dosa kecil atau besar. Sesungguhnya, bg org yg tidak memohon keampunan kpd Allah SWT, mereka dianggap angkuh dan sombong dgn-Nya. 

       Hari ini hari kedua kita umat Islam menunaikan ibadah puasa dgn penuh kesabaran dan ikhlas krn Allah SWT semata2 mengharapkan keampunan dan keredhaan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yg terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
       Satu drpd hikmah diwajibkan kita berpuasa adalah utk meningkatkan ketaqwaan kpd Allah SWT.
 Firman-Nya dlm surah al-Baqarah ayat 183"Wahai org2 beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas org2 terdahulu drpd kamu supaya kamu bertaqwa."

       Adalah baik bg kita merebut segala peluang yg Allah SWT sediakan pada Ramadhan ini drpd ia disia-siakan krn belum pasti lg sama ada kita berpeluang atau tidak utk terus bersama dgn Ramadhan pada tahun yg akan dtg. Ini krn Allah SWT menyediakan dlm bulan Ramadhan ini satu mlm yg nilai keberkatan dan ganjaran pahalanya pd mlm itu lebih baik dpd seribu bulan.
     
          Firman Allah dlm surah al-Qadr :
"Sesungguhnya kami menurunkan (al-Quran) ini pd mlm Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dpt mengetahui apa dia kebesaran mlm Lailatul Qadar itu?"Malam Lailatul Qadar lebih baik drpd seribu bulan. Pd malam itu, turun malaikat dan Jibril dgn izin Tuhan mereka, krn membawa segala perkara (yg ditakdirkan berlakunya pd tahun yg berikut), sejahteralah malam (yg berkat) itu sehingga terbit fajar."
      
         Berdasarkan surah al-Qadr, dpt kita fahami bahawa besar kelebihannya bg org yg beribadat pd malam Lailatul Qadar, di mana amalan yg dikerjakan pd malam berkenaan digandakan. Ia sama dgn solat yg kita kerjakan, bacaan al-Quran atau zikir serta amalan lain yg diamalkan. Kerana itu, bg mendapatkan malam berkenaan, Nabi Muhamma SAW mempertingkatkan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan bukan hanya setakat bg dirinya saja, malah baginda meminta ahli keluarganya bangun bersama utk beribadat.

      "Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan, baginda akan mempertingkatkan amal ibadat, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga." (Hadis riwayat Bukhari)
      
          Orang yg tekun beribadat semata2 utk menemui malam Lailatul Qadar pasti akan mendpt rahmat dijanjikan Allah SWT, terutama dgn melakukan amalan spt berikut :

1) menghayati mlm itu dgn memperbykkan beribadat spt solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, beriktikaf, berdoa dan sbgnya.

2) beriman dgn yakin bhw mlm Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dgn beribadat serta dikerjakan semata2 krn Allah SWT dgn mengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.

3) dlm kita melaksanakan ibadat di mlm Lailatul Qadar, hendaklah kita bertaubat dgn sebenar2nya iaitu taubat nasuha dgn terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

4) perbykkan berdoa, terutama doa khusus utk malam Lailatul Qadar spt diriwayatkan drpd Ibu Saidatina Aisyah RA. "Saya pernah bertanya Rasulullah SAW, seandainya saya mengetahui mlm Lailatul Qadar dgn tepat, apa patut saya akan doakan pada saat itu. "Baginda menjawab, berdoalah dgn doa berikut :

"Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan diatas kesalahan hamba-Mu, oleh itu maafkalah segala kesalahanku." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Allah SWT berfirman dlm surah al-Isra' ayat 9 :
"Sesungguhnya al-Quran memberi petunjuk ke jalan yg amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yg menggembirakan kpd org2 yg beriman yg mengerjakan amal2 soleh bhw mereka beroleh pahala yg besar."

Friday, August 21, 2009

Alkisahnya..

Salam semua!!
aku nak share citer ckit..hehehe besa la..blog ni kan namanya coretan kisah hidup.. :-)

kemarin - 20 Ogos 2009..aku,mak n bapak aku p sg.petani..sbb aku nak p beli buku Islam Hadhari kat Yadim..kedai Yadim tu bersebelahan dgn Tesco Sg.Petani..lepas beli buku bapak aku ajak p shoping kat Tesco..saja la tengok brg2 apa yg nak dibeli..lgpun aku nak beli cerek elektrik..kat floor aku x dak air panas kat water cooler sbb rosak..susah kalo x dak air panas..sbb tu aku bertekad nak beli cerek gak hehehhehe..

lepas dah beli brg2, kami pun nak balik dah la..kami pusing2 nak kluar bapak aku benti kat kdai jam Time Galerie..kat kedai tu jual jam yg branded2 ja..brand yg paling byk kat situ ialah brand Paris Polo Club..brand tu dah lama aku berkenan tp x mampu beli guna duit sendiri lg hohohoh..bapak aku nak beli jam so di kesempatan itu aku mntak 1 jam kat bapak aku..jenis yg aku berkenan la..hehehehe Paris Polo Club..kebetulan bapak aku pun nak beli jam jenama yg sama..aku pun pujuk la bapak aku yg aku nak jam tu yg berharga RM2++.++..mahal sgt sbb tu aku x mampu beli guna duit sendiri..bapak aku bg kebenaran utk aku pilih yg mana 1 yg jadi pilihan hati hahahahhaaa..mmg best la sbb dpt jam brand yg aku mmg minat..Terima Kasih Banyak2 Bapak!..ada waranti setahun tp kalo kena air baiki kena bayar..waranti tu bukan utk kena air..n lepas 5 tahun aku bleh p tukaq bateri secara percuma di mana2 kedai Time Galerie..bestnya!!hehehe alhamdulillah dpt gak aku pakai jam brand yg aku minat dari dulu lg.. :-) bapak aku pun beli jam gak yg berharga dekat2 RM200..jam yg besaq yg mcm org la ni dok pakai..bapak dah beli ritu tp adik aku bg hilang kot sbb tu bapak aku nak beli baru..lepas dah beli jam kami pun bertolak balik ke umah..hampir sejam gak la baru sampai umah hohohohohoh..mlm tu bapak aku ada kuliah kat Ibu Pejabat Polis DaerahTimur Laut di Pulau Pinang..
So..itu saja citer aku..aku mmg gembira n syukur sgt2 sbb dpt jam Paris Polo Club yg aku idam2kan.. :-)

Tengok la gambar jam aku hehehehehehe..sekadar berkongsi cerita..x dak niat lain pun..lgpun blog ni mmg khas utk aku coretkan segala2 yg aku alami dlm hidup aku..sekian wassalam




























Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah syukur sgt2 sbb dipanjangkan umur utk bertemu lg dgn bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun 2009 ini.. :-)
X sabar rasanya utk menjalani ibadah puasa pada bulan yg membawa barokah ini..bulan Ramadhan juga memberi peluang kpd kita semua utk menambahkan pahala..kedatangan bulan Ramadhan ini membawa bersama solat sunat tarawikh..solat sunat tarawikh ini hanya didapati dlm bulan Ramadhan sahaja..inilah peluang yg Allah kurniakan kpd kita utk menambahkan pahala..selain itu dlm bulan Ramadhan juga ada malam Lailatul Qadar yg iaitu malam yg lebih baik drpd seribu malam..MasyaAllah!! Allah memberi pelbagai peluang kpd kita utk kita lebih dekat kepada-Nya n memberi peluang kpd kita utk menambahkan amal ibadah serta menambahkan pahala..so marilah kita bersama2 mengambil peluang yg terdpt dlm bulan Ramadhan seterusnya menuju kejayaan di dunia n akhirat InsyaAllah.. :-)
p/s : jgn lupa tingkatkan amalan yg baik dan jauhi drpd perbuatan yg boleh membawa kpd kemurkaan Allah SWT n jgn lupa bykkan bertaubat n berdoa supaya dosa2 yg lalu diampunkan oleh Allah SWT..
Ada hadis yg menyatakan bahawa malaikat Jibril berkata kpd Nabi Muhammad SAW : wahai Muhammad, ada dikalangan umatmu yg tidak mendapat keampunan bermula dari awal Ramadhan sehingga ke akhir Ramadhan..na'uzubillah..wallah hu 'alam
Semoga kita tidak tergolong dlm kumpulan org yg tidak mendapat keampunan drpd Allah SWT amin!!
Semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT..insyaAllah

Sunday, August 16, 2009

Balik Kampung!!

salam....lamanya x post entry kat sin..aku mmg terlalu busy sepanjang mggu lpas smpai x dak masa nak mengepos citer kat sini huhuhuhu adoyai..aku dlm mood yg hepi skrang sbb dah balik umah..hilang dah ckit rindu kat famili n kucing2 parsi ku yg comei2 hehehehhe.. :-)
alhamdulillah aku smpai di rumah hari jumaat 14 Ogos 2009 pada pkul 4.45 ptg..balik cuti ni aku x bleh enjoy sgt sbb nak bt asgnment yg belambak-lambak yg x sentuh lg hohohoh napa la aku ni mcm malas ja nak bt asgnment sem ni..dah la tahun last ni huhuhuhu..insyaallah lpas ni aku akan dptkan balik mood nak bt asgnment..nnt aku citer lg..aku kureng idea la ni huhuhuhu..jumpa lg..wassalam
Selamat Bercuti :-)

Wednesday, August 5, 2009

Positif Hadapi Kritikan

Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri drpd dikritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca org yg tidak berakal inikan pula kita manusia yg lemah.

Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas drpd kitikan yg sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yg duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara. Jadi, berwaspadalah terhadap apa yg mereka katakan. Kuatka jiwa utk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka utk mengotori hidup kita. Cara terbaik yg kita boleh lakukan ialah dgn menunjukkan akhlak yg baik, usah merasa tertekan terhadap usaha uk menjatuhkan kita. Ini krn setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapn penghormatan utk kita. Berdiam diri itu lebih baik utk memadamkan api yg sdg marak.

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Matilah kamu dgn kemarahan kamu itu" (Surah Ali'Imran : 119)

"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kpd mereka dan limpah kurnia-Nya" (Surah At-Taubah : 74)

KITA INSAN YG BERUNTUNG..

Cuba perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana. Betapa byk penderitaan yg di tanggung dan hanya iman menjadi kekuatan utk mengharunginya.

Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dgn cabaran yg kecil. Kini sampailah masa utk kita merenung ke dlm diri sebagai org yg mulia bersama mereka yg terkena musibah. Tiba juga masa utk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bg org2 Mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan.

Semua yg dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.
"Dan kami pula telah nyatakan kpd kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul" - Surah Ibrahim, 14 : 45
Anggaplah dugaan yg diterima itu bagaikan duri2 kecil yg tidak ada ertinya. Mohonlah kpd Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurniaan-Nya. Jadikan Rasulullah saw sbg teladan yg redha dan bersabar dgn palbagai cabaran yg menimpanya dlm menegakkan Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad saw malunya kita jika hanya dugaan kecil, kita sudah berputus asa.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kpd kamu (ujian dan cubaan) seperti ygtelah berlaku kpd org2 yg terdahulu drpd kamu?Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)"

Etika Bersahabat

Dalam mana2 perhubungan pun, kita x dpt lari drpd masalah. Sama ada hubungan di rumah ataupu dipejabat ataupun di sekolah ataupun di institusi2 pengajian tggi, persefahaman atau sikap x mahu mengalah sering menjadikan sesuatu perhubungan hambar atau retak. Bagaimana utk mengeratkan persahabatan? Marilah kita tinjau 13 tips utk kita praktikkan bersama.

1) KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap sahabat itu menyinggung perasaan. Mungkin dgn kesabaran yg ditunjukkan, si sahabat akan berubah dan mula berfikir ttg hati dan perasaan org lain.

2) BERTERUS TERANG
Jgn seskli memendam perasaan jika anda tidak menyenangi sikap teman2 di sekeliling. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yg membelenggu diri akan selesai dan jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3) IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan org sekeliling akan lebih menghormati kita.

4) SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org sekeliling dan sudah tentu org lain juga akan menghormati kita.

5) JUJUR
Belajarlah menjadi seorg yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadikan hubungan pesahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka2 krn itu aan merenggangkan persahabatan.

6) SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan x berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan berjaya.

7) SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorg yg pemaaf sekiranya sahabat anda menyinggung perasaan anda. Sika pemaaf bukan sekadar mulia ttpi juga dpt memberikan kesan positif terhadap diri sendiri.

8) BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur satu faktor penting utk membina perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri sendiri dan org lain. Ttpi jgn harapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dgn kita dan dlm masa yg sama kita pula mengambil kesempatan ke ats mereka. Ini tidak adil namanya!

9) JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama org sekeliling. Sikap mulut lepas ini selalu mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10) NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah diluahkan secara baik dan bukannya dgn melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingati itu satu perbuatan yg mulia?

11) AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri. Ambil berat antara satu sama lain. Jika sahabat dilanda masalah, ambil masa utk berada di sisinya tanda setia kawan. Namun berpada-pada juga, jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya, mungkin akan membebankan diri sendiri. Kita juga ada masalah yg perlu diselesaikan!

12) SALING BERHUBUNG
Anda mungkin dipisahkan oleh jarak dan kesibukan. Apa kata eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon atau sekadar menghantar sms sudah memadai tanda ingatan.

13) BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah adalah perkara normal. Insya-Allah itu akan menjadikan perhubungan bertambah baik dan lebih saling mengenali serta memahami. Tetapi elakkan bergaduh tanpa bermaaf-maafan. Beralah dan saling meminta maaf utk menjernihkan keadaan.