Friday, January 30, 2009

Operasi Khidmat Masyarakat di Naka, Kedah

MT n AJK OPKIM 2009 yg gembira walaupun keletihan


Salam n salam sejahtera semua!!


Rasa2nya dah lama sgt aku x bercerita kat cni..utk pengetahuan semua, aku baru balik dari operasi khidmat masyarakat (OPKIM) yg dianjurkan oleh persatuan mahasiswa kedah UM yg diadakan di Desa Keda Bendang Tok Teri,Naka Kedah Darul Aman..aku n roommate aku, Dhila dok serumah masa kat sana.Kami dok umah ayah n mak angkat iaitu En.Yahya bin Yusoff n sekeluarga (Terima Kasih ayah mak sbb sudi amik nurul n dhila sbg anak angkat selama 6 hari 5 mlm..nurul mintak maaf kalo nyusahkan mak n ayah)


Ni la kampung Keda Bendang Tok Tri yg kami p..



Ni la famili angkat aku..verybig n hepi famili..love u all muah3


Aku rasa sedih sgt masa nak bertolak balik ke UM, maklumla dlm masa 6 hari ja aku jadi rapat dgn keluarga angkat serta org2 kmpung tersebut.Layanan yg diberikan mmg ok n org2 kmpung baik sgt2..Org2 kmpung byk berkorban masa, tenaga n wang ringgit utk kami semasa kami semua peserta2 OPKIM berada di sana.Jasa mak n ayah serta org2 kmpung akan dikenang smpai bila2 insyaallah!..Insyaallah kalo ada masa nurul p sana lg..


Selama 6 hari kat sana aku rasa mcm sekejap ja sbb setiap ari aktiviti kami penuh sgt2 sampai pkul 12 tngah mlm sehingakan x dak masa nak bersembang lama2 dgn mak n ayah angkat.Ada masanya plak rasa kehadiran aku membebankan mereka plak sbb mak kena masak n ayah plak sggup tggu kat surau smpai kami abih aktiviti sbb ayah tau kami tkut nak balik umah sbb jalan nak ke umah gelap x dak lampu jalan pun.Lumrah alam la tu kalo takut apa yg nak diherankan hehe..


Dlm OPKIM ni aku ditugaskan sbg bendahari n in-charge unit mknan utk VIP..so mmg busy sgt2 la aku..dah la unit mknan x dak ajk tersendiri, semua benda aku uruskan sendiri nasib baik aku ada kwn yg baik aku tarik ja depa utk tlg akuthanks sgt2 kpd dhila, dek nor n jannah sbb sentiasa tlg aku..kwn2 lain yg membantu pd 28hb pun x dilupakan gak..thanks ye semua sbb sudi membantu aku..


kami bertolak pulang pada 29hb pukul 3.30 ptg n sampai di Kolej 8,UM pukul 2.45 pagi..huhu mmg letih sgt2 tp aku bergembira dlm keletihan sbb berpuas hati prgram yg dijalankan sepanjang 27hb hingga 29hb berjalan lancar walaupun ada perubahan pada jadual prgram..Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat Illahi..




Ha..aku nak story kat korg semua ttg aktiviti yg dilakukan sepanjang 6 ari aku disana iaitu bermula 24 Januari hingga 29 Januari 2009..


Rombongan pertama termasuk aku sendiri bertolak ke Naka pada 24 Januari pukul 10.30 pagi dari Kolej 8, UM..kita hanya merancang Tuhan yg menentukan segala2nya..kami dijangka tiba di Naka petang dlm pukul 5 @ 5.30 petang tp spt yg dikatakan kita hanya merancang Tuhan yg menentukan, kami terperangkap dlm kesesakan jln raya yg mata dahsyat!kami tiba di Naka sekitar jam 9 mlm..aku n semua yg berada dlm bas tu dah letih merungut2 sbb terlalu lama berada di dlm bas..rombongan kami disambut dgn meriah oleh penduduk keda Bendang Tok Teri..walaupun mereka menunggu kami sejak dari petang lg ttpi sambutan yg diberikan kpd kami tidak sedikit pun menampakkan kekurangan walaupun kami tiba bukan on-time nak buat mcm mana kan bukan salah kami hehe..kami diberi mkn bihun goreng yg sejuk sbb bihun tu dimasak petang tadi tp oleh krn lapar kami mkn dgn penuh berselera walaupun bihun tu sejuk..:) selepas mkn, kami n penduduk kampung berkumpul di dlm surau utk pembahagian peserta kpd keluarga angkat..aku n dhila ditempatkan di rumah En.Yahya Yusof..rumah beliau bernombor 18 berhampiran dgn surau..kami pulang ke rumah pada pukul 11.30 mlm..mlm tu kami tidur pukul 12 lebih selepas berbual2 dgn ayah n mak angkat..keesokan harinya, iaitu 25Januari 2009 kami kena berkumpul di surau pada pukul 9 pagi utk meeting sblum rombongan kedua sampai n meeting sblum program yg dirancangkan dilaksanakan..pada tengah harinya pula, kami pulang ke rumah angkat masing2 utk mkn tengah hari dan solat zohor sblum berkumpul pula pada sebelah petangnya utk membincangkan perkara2 yg dirasakan perlu dibincangkan hehe..:) kami busy dgn meeting shja n pulang ke rumah pada sebelah mlmnya walaupun prgram x bermula lg..pada 26 Januari 2009, pukul 9 pagi kami berkumpul di surau n buat persediaan utk menerima kedatangan rombongan kedua yg dijangka tiba pada pukul 11 tengah hari..selepas rombongan para peserta tiba, mereka dibahagikan terus kpd keluarga angkat n selepas selesai acara pembahagian tersebut mereka pun pulang ke rumah angkat masing2 n kami diarah utk berkumpul semula di surau pada pukul 2 ptg utk persiapan upacara perasmian..aku,dhila n dek nor pergi ke rumah mak Jurinah utk menolong mak Jurinah masak mee goreng utk VIP mkn sbb itu mmg dibwh bidang tugas aku..upacara perasmian bermula pada pukul 3.30 ptg, aku, dhila n dek nor sibuk mengemas taska utk dijadikan tempat mkn VIP n alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik walaupun nampak agak kelam-kabut sbb kami x sempat nak hidangkan mee goreng sblum VIP masuk ke dlm taska tp everything was fine sbb ada usher lelaki yg bleh diminta tlg utk menuangkan air kpd VIP..kami bertiga mmg busy pada hari itu n ke'busy'an kami tidak berakhir pada hari pertama saja sbb kami akan melakukan perkara yg sama pd hari2 seterusnya utk menyediakan, menghidangkan, melayan VIP mkn n seterusnya mengemas semula taska tersebut slpas digunakan..hari pertama (26 Januari) berakhir dgn jayanya alhamdulillah syukur yg x terhingga ku panjatkan ke hadrat Illahi sbb perancangan kami berjaya n lancar..


Pada hari kedua iaitu pada 27 Januari 2009, pukul 8 pagi kami dah kena berkumpul di surau utk get ready utk prgram seterusnya pula..penduduk keda mmg byk berkorban masa n tenaga dlm membantu kami menjayakan setiap aktiviti..kami dibawa melawat ke ladang getah n utk pengetahuan semua, ni merupakan kali pertama aku masuk ladang getah n masa kaki aku melangkah dlm ladang getah tekakku mula terasa loya n spt semua mknan yg aku mkn waktu sarapan tu bagai nak keluar semuanya, tp aku bertahan n gagahkan diri n alhamdulillah aku berjaya bertahan sehingga akhirnya kakiku melangkah keluar drpd ladang getah tersebut..dlm perjalanan ke surau utk get ready tk aktiviti gotong-royong membersihkan kampun, surau n ada sebahagian drpd kami yg menolong penduduk memasak bubur syura n memasak utk kenduri sblum forum perdana bermula..pada hari kedua ni, prgram terbesar kami ialah forum perdana yg diadakan pada pukul 9 mlm..keda Bendang Tok Teri menyewa 8 buah bas utk menjemput penduduk2 drpd keda2 lain utk menghadiri forum perdana yg akan dijalankan pada mlm hari, penduduk keda Bendang Tok Teri mmg pemurah n baik hati krn sggup mengadakan kenduri utk menyambut kedtgan penduduk2 drpd keda2 lain..aku,dhila,dek nor n jannah mcm biasalah busy dgn penyediaan mknan utk VIP dan seterusnya mengemas semula taska slpas digunakan..mlm kedua ni kami balik rumah pada pukul 1 pagi..bayangkanlah betapa letih n busynya kami sepanjang OPKIM 2009 nie tp kami melakukan semua kerja dgn rela hati..:) kami busy sepanjang hari sampaila pukul 1 pagi selepas abis post-morterm yg membincangkan masalah2 yg dihadapi pada hari tersebut n mengemukakan cadangan2 @ tindakan yg perlu diambil supaya prgram yg akan dijalankan pada keesokan harinya tidak menghadapi sebarang masalah..


Pada hari ketiga pula iaitu 28 Januari, kami semua membantu penduduk kampung memasak utk prgram terbesar kami iaitu Kenduri Rakyat..walaupun kenduri rakyat merupakan prgram kami ttpi dgn kerja keras pak lang @ lebih mesra dipggil abah, kenduri rakyat itu diadakan dgn duit yg abah terima drpd pejabt KEDA..alhamdulillah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 dgn org yg berniat utk melakukan kebaikan kpd masyarakat sekeliling tanpa meminta balasan..inilah bantuan yg Allah turunkan kpd kami di saat kami kekurangan dana utk menjalankan prgram Kenduri Rakyat ALHAMDULILLAH..hari ketiga ni aku, dhila, dek nor n jannah agak relaks sbb dgn tiba2 aku dpt 4 org AJK utk menolong aku served mknan utk pekerja pejbat kesihatan yg dtg membuat pemeriksaan kesihatan percuma n mengadakan pameran kesihatan kpd peserta2 OPKIM serta kpd penduduk keda Bendang Tok Teri..hari ketiga juga berjalan dgn baik walaupun sukaneka yg sepatutnya dijalankan pada hari kedua ditunda n dibawa ke hari ketiga..sambutan yg diterima drpd kanak2 n org dewasa amat menggalakkan..pada mlm harinya, diadakan malam kebudayaan iaitu dgn diadakan pertandingan kanak2 terampil..seperti biasa kami semua boleh pulang ke rumah pada pukul 12 tngah mlm selepas post-morterm..


Pada hari keempat iaitu 29 Januari 2009 menjadi hari yg paling sedih bg semua peserta OPKIM 2009 krn hari ni merupakan hari terakhir kami berada di Keda Bendang Tok Teri..Kami berkumpul di surau pada pukul 8 pagi utk bersiap sedia sblum upacara penutup diadakan..upacara penutup berjalan dgn lancar walaupun terlewat drpd yg dirancangkan..selepas abis upacara penutup aku, dhila, dek nor n jannah x abis lg dgn kerja kami mengemas taska n aku meminta bantuan solah utk mencari 2 3 org lelaki utk menolong aku mengangkat n menghantar kerusi n meja yg digunakan ke surau semula..selepas abis semuanya kami bergambar kenangan dgn ahli keluarga angkat serta bergambar kenangan dgn MT,AJK serta peserta2 OPKIM 2009..walaupun selama 3 ari kami berjemur di tengah2 panas dan bermandi peluh tp kami semua gembira krn setiap prgram yg dirancangkan berjalan dgn lancar..utk pengetahuan semua, muka aku yg mmg sensitif dgn panas terik mentari telah mengelupas n berbelang hitam huhu sedih2..:( walaupun sedih aku tetap bergembira hehe {agak pening ayat aku nie..buat2 paham je la ye..:) } selepas selesai semuanya aku n dhila pulang ke rumah n menukar pakaian seterusnya mengangkut beg pakaian kami ke surau krn kami dijangka bertolak pulang dgn bas UM pada pukul 3 ptg tp terlewat setengah jam..kami semua bersalam-salaman dgn mak2 angkat n berpeluk-pelukan serta semuanya menangis krn sedih nak meninggalkan keluarga angkat walaupun baru mengenali semuanya selama 6 hari tp hbungan yg terjalin antara kami semua begitu mesra seolah-olah telah lama kenal..itu yg membuatkan kami semua sedih n berjanji akan dtg lg ke Keda Bendang Tok Teri InsyaAllah..kami bertolak pulang dgn linangan air mata kesedihan n pandangan kesayuan dilemparkan ke perkampungan yg aman itu..dlm masa 6 hari saja aku telah memperolehi kenangan yg terindah sepanjang hidup aku alhamdulillah aku bersyukur krn terpilih utk mengikuti OPKIM 2009 ini..


Kami sampai di UM pada pukul 2.45 pagi..setelah sampai bilik, barulah aku terasa keletihan yg teramat sgt..dlm keletihan itu, terselit rasa bangga krn ini merupakan kali pertama aku mengalami pengalaman sebegini n juga merupakan kali pertama semasa cuti aku x balik umah aku huhu..maknanya boleh buat catatan sejarah la hua3..:) riak keletihan jelas terpancar di wajah kami semua n di sebalik keletihan itu juga terpancar kegembiraan yg tak terhingga krn berjaya menjayakan prgram yg dirancang selama 4 hari di Desa Keda Bendang Tok Teri alhamdulillah..

Aku rasa setakat ni ja la catatan aku buat masa ni..insyaallah lain kali ada cerita yg best2 lg aku cerita kat korg semua ye..tggu kemunculan aku dgn cerita yg lain pula ye hehe..:) See U Again









Bersama dgn Pengarah OPKIM 09 bergambar dibwh terik matahari..:)

No comments:

Post a Comment

Sudi2 la komen kat blog ni..:-)