Sunday, March 22, 2009

TAUBAT NASUHA


Sesungguhnya hakikat Taubat Nasuha itu terbahagi kepada 6 perkara :

1)Menangis

Taubat Nasuha memang perlu sangat di iringi dengan air mata, Nabi Muhammad SAW dan semua sahabat baginda dalam riwayat menceritakan akan mereka adalah selalu bergenang air mata walaupun untuk dosa oarng lain, apatah lagi dosa diri sendiri..Jika tak boleh manangis, pura pura menangis juga di benarkan…

2)Tidak mengulangi

Bukanlah Taubat namanya jika repeat back to the same action yang di katogorikan dalam senarai taubat-taubat sepanjang hidup. Sesungguhnya batal sudah akan taubat kamu bila kamu ulang balik dosa itu.Menghampiri kepada perkara yang boleh mengulangi dosa juga akan membatalkan taubat, yelah,contoh kalau dah taubat tak nak berzina, tapi in the same time masih lagi menghampiri zina, bergurau antara pusat dan lutut misalnya.., tak ke hampeh?, so basic yang paling simple dalam taubat adalah: never repeat forever and ever!Senang cerita sampai mati tak akan buat dosa itu, dan sanggup mati daripada mengulangi dosa itu…

3)Tiada Niat untuk mengulangi

Jika tadi tak mengulangi, sekarang niat untuk mengulangi pun kena bersih…Ada Ustaz yang menyatakan bahawa sekiranya orang yang mendakwa dirinya sudah bertaubat, tapi masih ada niat untuk ulang balik dosanya jika ada peluang atau sering berkhayal melakukan dosa itu, maka taubatnya adalah batal, kerana dia adalah belum betul betul bertaubat…So, baca perenggan seterusnya untuk atasi masalah ini.

4)Menyesal

Antara azab yang paling menyeksakan hidup adalah ‘menyesal’.., menyesal akan datang apabila peluang di berikan tetapi telah di sia-siakan, sebagai contoh ahli neraka akan menyesal gila bila Allah tayang shurga yang patut mereka dapat.., sebab Allah dah siap shurga sorang satu, tapi bila bakal ahli shurga itu telah tidak melayakkan dirinya, maka Allah telah bahagi-bahagikankan shurganya itu kepada ahli shurga yang lain.., tak menyesal gila dibuatnya? Meroyan habis kau!Dan bila ahli neraka melihat azab, menyesal sehingga menggigit jari jari sampai putus putus..oh!Jadi balik kepada isu menyesal dalam adab adab Taubat, kenalah faham bahawa selain tidak mengulangi dosa, juga kena rasa menyesal gila pada perbuatan dan ketelanjuran terhadap dosa dosa yang lampau..

5)Jangan cerita dosa kita pada orang lain.

Dalam adab Taubat, dosa hanya perlu cerita pada Allah sahaja kecuali dosa jenis terlibat dengan hak orang lain, seperti mencuri ke, terambik barang ke, terumpat ke, itu memang nak kena cerita direct kepada mangsa jenayah kamu itu.Dalam kes ni, samalah juga macam kes pakcik diatas, silap-silap bila kita cerita dosa kita pada orang lain, sekali datang pulak rasa bangga… terus batal taubat!

6) Menzahirkan Taubat.

Ini yang paling penting, pendek cerita, orang yang mencuri bila bertaubat kena pulangkan balik barang yang di curinya, orang yang bergaduh bila dah bertaubat kenalah berdamai dan saling memaafkan, orang yang membunuh bila dah bertaubat kenalah mintak maaf kepada ahli kelurga yang dibunuh…, panjang cerita, terpulanglah kepada jenis dosa masing masing dan kembangkanlah sendiri akan bagaimana nak zahirkan taubat…Sebab, dosa dengan Allah pasti akan diampunkan kerana Allah adalah Maha pengampun, dengan syarat kita bertaubat, tapi bila dosa dengan makhluk Tuhan, inilah yang paling di takuti..
7) Tidak putus asa.
Adalah menjadi kesalahan besar pada mana mana penzina atau pembuat dosa apabila berputus asa dengan Allah kerana hakikatnya sifat Allah adalah Maha pemurah lagi Maha Pengampun, dan Rahmat Allah adalah lebih besar dari mana-mana dosa…
Seperti diterangkan dalam surah Al Baqarah ayat 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
Dan juga surah Al-Baqarah ayat 222,"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
So, jangan putus asa walaupun kamu jenis yang lepas taubat buat balik dosa… dengan syarat bila kita doa mintak ampun kat Allah, buatlah cara seolah-olah kita betul-betul tak layak untuk dapat pengampunan disebabkan dosa yang menggunung tinggi tapi dalam hati mengharap kepada Rahmat Allah yang melangit luas.
Tapi jangan pulak salah guna sifat Pemurah Allah, untuk buat lebih banyak dosa… Naduzubiullah, itu mengcabar namanya.. dosa lagi besar untuk niat begitu…
Maka bila kita dah terbuat dosa atas kelalaian kita , kelemahan kita , keterlupaan kita dan sebagainya, sememangnya itu sifat manusia sebab Nabi Muhammad SAW telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi:
"Setiap anak Adam pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat ".

Bak kata pepatah penjajah dari Negara Komanwel:

“Every man will pay the penalty for his own misdeeds. The men who remember this will be angry with no one, indignant with no one, revile no one, blame no one, offend no one, and hate no one…”

No comments:

Post a Comment

Sudi2 la komen kat blog ni..:-)